SENYUM SELALU
Jika hati jadi misteri,
Bawalah ia ke syurga duniawi,
Ada jalan ke simpang tiga,
Menuju ke pantai yang indah lagi permai,
Juga meriah hijau di hutan,
Pokok kelapa melambai-lambai.
Jika senyum kau buat selalu,
Segala isu menjadi satu,
Si gajah lalu boleh keliru,
Senyumkah dia pada belalaiku,
Naga lihat terhenti terbang,
Senyumkah dia pada apiku…
Senyum boleh buat segalanya terhenti,
Terpaku mahu mencari waktu.
Senyum selalu…
Si dia boleh mengaku,
Yang dirinya dilanda bahagia,
Walau hati merah membara,
Senyum selalu,
Senyum kepada lalang,
Senyum si mentari tinggi,
Senyum bunyi gemersik cengkerik,
Senyum adalah bahagia yang tidak terkata,
Memang sementara,
Itu kerana engkau mesti senyum selalu. ^_
No comments:
Post a Comment