Selalu ke taman seringkali ke pantai,
Kali ini ku luahkan diri ke halaman rumah,
Di depan lihat warna yang suram.
Ada keindahan hilang oleh zaman,
Ku tangkis namun tidak berdaya,
Ku relakan untuk mereka,
Untuk diri ku cuba sedaya upaya.
Semalam senja semalam,
Aku lihat engkau bermain dua,
Sedang bermesraan bersama insan itu,
Tak ku kesal namun hati pecah binasa,
Andai itu mahu dari hatimu,
Ku biarkan dan tolong...
Tolong lepaskan aku.
Ada haiwan melihat tangisku,
Airmata yang tersebak tidak dapat ku tahan,
Airmata menitis dari sanubari,
Aku tak mahu,
Seperti basuhan terkumpul air,
Seperti awan menggelap keberatan air,
Jatuh turun berlinangan,
Hujan turut membasahi aku,
Ku biarkan...
Agar tiada siapa yang tahu.
Aku pergi demi kamu...
No comments:
Post a Comment