Friday, August 2, 2013

CURAHAN KASIH

Tidak ku percaya pada cinta lagi..

Aku mandi,
membiarkan tubuh ini disiram kasih,
kucurah satu per satu..
untuk kembali mencinta lagi.

Tidak ku percaya pada cinta lagi..

Tadi ku lihat dia bersedih,
kenapa gadis kecil seperti dia tidak dilindungi?
dia disakiti,
aku sangat mengerti.

Tidak ku percaya lagi..

Kuberikan engkau secebis kasih,
kerana hatiku tiada benih cinta lagi,
jadilah sungguh kuat sayangku..
jadilah sungguh kuat,
ya sayangku...
ini bukan akhir cerita,
curahan kasih akan datang nanti.














Tidakkah kau ingat sang pari-pari,
yang dulu engkau rapati,
bersama mengungkap janji,
akan berjaya nanti.

Tidakkah kau hirau kucing putih ini,
dia minta perhati..
mahukah engkau jika dia pergi,
bila disangkanya dikau tidak percaya lagi.

Mari...
ikut aku.
Kita cari..
Sayap merpati.

No comments:

Post a Comment