Hujung minggu hari sendiri,
Tiada ku risau tentang masa dan juga waktu.
Aku memandu laju menentang bayu,
Berhenti di bawah aru,
Ku hirup udara yang syahdu.
Ceria hidupku,
Kini ada yang menunggu,
Tambah sehari lagi riang hatiku,
Tak sepi seperti dahulu,
Kini ada yang menanti.
Sinar yang kembali,
Sinar itu menjelingku,
Mungkin cemburu dengan rambutku,
Mungkin jua kerana selendangku,
Yang ditiup angin di bawah bayu,
Indah hati,
Hadirmu selembut bayu.
Terima kasih hadirmu,
Tiada pernah aku sangkakan,
Memang pernah aku impikan,
Bertemu putera semanis senyummu,
Mata ayu buat aku merayu,
Hiduplah bersama aku,
Ku pasti,
Hadirmu buat aku jadi perindu.
Cantiknya pantai halusnya bayu,
Selamat datang ke negeri di bawah bayu.
No comments:
Post a Comment