TIADA ERTI PENYESALAN
Telah terjadi apapun yang telah terjadi,
Tidak ku kenal erti penyesalan,
Ke arah positif tentangnya negatif,
Yang telah terjadi,
Ada tujuannya.
Ditinggalkan aku di kedai runcit,
Sebelum itu,
Gagahnya kita bermotorsikal,
Semua hitam…
Melangkah aku ke kedai itu,
Semua mata memandang tubuhku,
Tidakkah engkau jadi cemburu…
Terkeluh aku engkau tinggalkan,
Seperti ekzosmu melambai-lambai,
Selamat tinggal gadisku.
Aku tak sesal…
Ku mulakan azam yang baru,
Aku hendak belajar lagi,
Erti hidup yang beronak duri,
Jatuh gagal,
Aku terus cuba lagi,
Berani gagal…
Kata biasa yang jadi luar biasa,
Teladan alam yang harus aku banggakan,
Ada masa,
Seorang dan keberanian itu sahaja yang tinggal,
Setelah sisa kegembiraan jelas terbang melayang,
Tidak mahu bersama ketika ini.
Ku nyalakan api sehingga genggamnya bara,
Terus berjuang,
Hingga ke titisan darah yang terakhir,
Itu sekiranya permainan berdarah,
Kalau bukan,
Tiada perlu aku takutkan,
Tiada erti penyesalan,
Kerana…
Tidak ku tahu panasnya api,
Jika tidak aku alami.
Telah terjadi apapun yang telah terjadi,
Tidak ku kenal erti penyesalan,
Ke arah positif tentangnya negatif,
Yang telah terjadi,
Ada tujuannya.
Ditinggalkan aku di kedai runcit,
Sebelum itu,
Gagahnya kita bermotorsikal,
Semua hitam…
Melangkah aku ke kedai itu,
Semua mata memandang tubuhku,
Tidakkah engkau jadi cemburu…
Terkeluh aku engkau tinggalkan,
Seperti ekzosmu melambai-lambai,
Selamat tinggal gadisku.
Aku tak sesal…
Ku mulakan azam yang baru,
Aku hendak belajar lagi,
Erti hidup yang beronak duri,
Jatuh gagal,
Aku terus cuba lagi,
Berani gagal…
Kata biasa yang jadi luar biasa,
Teladan alam yang harus aku banggakan,
Ada masa,
Seorang dan keberanian itu sahaja yang tinggal,
Setelah sisa kegembiraan jelas terbang melayang,
Tidak mahu bersama ketika ini.
Ku nyalakan api sehingga genggamnya bara,
Terus berjuang,
Hingga ke titisan darah yang terakhir,
Itu sekiranya permainan berdarah,
Kalau bukan,
Tiada perlu aku takutkan,
Tiada erti penyesalan,
Kerana…
Tidak ku tahu panasnya api,
Jika tidak aku alami.
No comments:
Post a Comment