Saturday, March 3, 2012

SETIA MENANTI

Dua kata jangan kau pandang biasa,
Cuba kau rasa apa rasa menanti,
Sudah menanti ku setia lagi,
Pahit kopi bukan seteguk dua.

Pagi tadi setelah siap mandi,
Kusemat pakaian dan minyak wangi,
Kerana ku tahu,
Kita jumpa lagi,
Tempat yang aman tenang tanpa keganasan.

Tanjung Simpang Mengayau…
Pagi datang tengah malam ku pulang,
Tanpa berita dan khabar darimu sayang,
Tak tahu kenapa…
Adakah telah aku buat kau menangis,
Adakah telah aku buat hatimu luka,
Adakah telah kau jumpa yang lebih mengerti,
Adakah telah tak henti-henti…..

Tolong buat aku mengerti,
Engkau di mana…
Ku dail nombormu tidak menjawab,
Ku hantar pesanan tidak berbalas,
Aku keliru,
Sungguh keliru,
Apa silapku?

Tidak sayang,
Tidak…..
Kau pergi tanpa pesan,
Abangmu hubungi aku,
Kau pergi untuk selamanya…
Terkaku aku tak terasa jatuh ke lantai,
Jantung hatiku tiada lagi.

Setia menanti tidak bererti untukmu lagi,
Setia menanti ku tunggu mati.

No comments:

Post a Comment