Saturday, March 3, 2012

NADA CINTA UNTUKMU SAYANG

Kod cinta ku mainkan untukmu,
Misteri namun perlu kau hayati,
Tenang,
Kau tahu dan aku tahu,
Hanya kita yang tahu…

C – Carilah damai bersama aku.
A – Akan kucurahkan sepenuh hatiku.
F – Fikir tentang kita selalu.
G – Gitar ini kuharap dapat menyampaikan rindu.

Sebentar tadi kau baca kod laguku,
Belum kau dengar suara berpadu,
Antara kau dan hanya aku,
Bila kau duduk di kanan tanganku.

Sayu terasa bila ingat namamu,
Kini berjauhan tiada berita,
Rindu padamu,
Pertama temu,
Kau berbasikal dan aku berbual…

Sayang kurindu padamu,
Masihkah kau ingat kenanganmu bersamaku,
Terimalah kidung cinta buatmu,
Nada cinta untukmu sayang…
Kadang kita boleh jadi rock,
Kadang kita boleh jadi sentimental,
Malam ini kita sepi kerana menghayati misteri.

No comments:

Post a Comment