Thursday, July 24, 2014

BILA HILANG CINTA

Titis demi titis keringat menitis
tertunduk jatuh hatiku bagai pengemis
kian garang terbuka mataku
menyala umpama naga yang patah.

Melaungkan mungkin sisa-sisa hidup terkini
setelah segi cinta
hilang penuh kegagalan
rasa berazam untuk menamatkan keperitan.

Tajam kumelihat rasa kosong ruang ini
tali... hendak kugantung diri
pedang... hendak kutusuk tubuh ini
ringan hatiku hendak melakukan.

Sempat kufikirkan, inikah jalan yang senang?
bila hilang cinta
sudah di had usaha
bunuh diri atau merangkak sampai mati.


Friday, July 18, 2014

SENJA NAN MERAH

Betapa bencinya aku kepada malam
siang tidak kekal
antara bulan dan bintang
ada langit mengadu.

Itu sudah ketentuan
hati gersang ini terpaksa beralah
merintih di hujung pagar berduri
menanti dan melihat tenggelamnya sang siang.

Merah awan menyerlah
matahari sudah ada di sebelah sana
terbayangku senyum si dia
kerana paginya siang telah ada.

Malam... senja nan merah
selisih menyemarakkan tautan cinta
kerana malam hatiku keseorangan
tanpamu, aku tak keruan...


Tuesday, July 15, 2014

SEDIH

Sedih...
dendam mereka sudah turun temurun.
Pasti tidak akan aman.

Jika aku yang berdosa,
biarlah hanya aku yang tanggung
jangan terlibatkan keturunanku yang akan datang
tidak akan ku heret mereka
ke kancah dendam.

Maafkan...
saling memaafkan
walau bergenang airmata menahan keegoan.

Tapi jika
maaf tidak dilayan
peperangan bakal kulaungkan!

Saturday, July 12, 2014

LAMBAIAN (To Gaza-Israel Conflict)

Tersandung kakiku tadi
kuingatkan rata jalan ini
rupanya,
sudah penuh debu
penuh batu
penuh cebisan manusia
berdarah...

Mati sudah hatiku
apabila tadi berdepan dengan kesengsaraan
kuhadapi dengan kepiluan...

Tanganku ingin menahan bedilan
dari pihak Israel,
tanganku ingin memeluk kesabaran
bagi pihak Gaza,
tanganku ingin menghulurkan genggaman
pada anak kecil itu...
tapi kenapa hanya berbalas lambaian?

Seperti aku dihalau
untuk pergi dari arah muncung sasaran
seperti aku diarah diam
sudah cukup lama aku bersabar katanya...
seperti aku ditinggalkan
nyawanya sudah di pintu syurga.

Bukan hanya ku seorang
memohon agar Kau gegarkan bumi fana
jatuhkan bunga-bunga indah
dari syurga
agar kedamaian jadi kuasa
agar keamanan jadi sasaran; BUKAN peperangan!

Friday, July 11, 2014

KEKUATAN PERIBADI

Perasankah engkau di mana duduknya aku?

Di sini aku,
di kaki gunung Kinabalu.

Sambil mengingati diri
kurenung batu-batu gunung...
kususun kata pepatah untuk memberi kekuatan peribadi.

Baru sekali kudaki
kepenatannya tidak terbanding penatnya hari-hariku
hari-hari selama tahun-tahun
aku letih...

Gunung telah menanti berjuta tahun lalu
semakin hari semakin dia ternanti-nanti
begitu juga aku,
namun tertanya-tanya pula aku
adakah kerana tidak mempunyai hati, gunung itu seperti abadi?

SETIA

Hatiku berlari-lari
seperti mencari ganti
terbukti...
setelah kalah hati
lalu aku menyepi, ingin sendiri.

Ke depan tidak mahu kumelangkah lagi
jadilah turut bumi
setia ku pada memori
setia ini kurakam dalam hati sendiri
juga pada puisi-puisi.

Sampai bila baru kau mengerti?

MAU TAMPAR?

Lelaki...
sungguh aku tahu sifat lelaki.

Nanti...
jika sudah aku dewasa
berjanjiku akan berhati-hati
lelaki,
ibarat ombak di lautan Sulu,
nampak tenang pada waktunya
air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Pujilah rambutku
mataku kau kata bulat-bulat
hidungku kau kata sumber cintamu
bibirku terserlah dengan merah gincu
tubuhku kau kata macam Mariam Rivera?
Belum kau lihat kudisku.

Sekali kau sakitkan hatiku,
akan ku tanya kau satu
dua kali kau bengkakkan mataku,
tanpa tanya...
aku tampar pipimu!

Mau tampar?


MAIN KAU BURUNG

Petang itu,
aku turun ke bendang mencari pipit
mahu melastik...
tida juga bah kumau ia mati,
saja mau tingu campin ka tida...

Sampai sudah di sana,
niat di hati telah kulupai
tadi mencari pipit
nampak pula gadis berlesung pipit
cantik, macam aku mau cubit.

Jadi...
apa 'kan jadi?

Aku jadi lelaki.
Mula-mula senyumku padanya
kedua, main mata dan terus berpaling tadah.
Ketiga, tidak semena-mena bibir ini bertanya...
Siapa nama?

Jadi...
apa t'lah jadi?

Dia senyum tak rugi
nampak gigi
ada taring tapi itulah yang menambah lagi seri puteri.
Berani juga dia jawab, tanya pada burung.

Ui nah rayang... main kau burung!


Monday, July 7, 2014

BUKAN SEMUA

Sedang mentari menunjukkan sakti
datang pula awan memutih
awan...
tidak semestinya akan hujan.

Di gurun,
bukankah jarang hujan?
namun pasti mentari terus bersaksi
dengan awan yang hanya melintasi
awan... beri perteduhan,
tidak semestinya akan hujan.

Ada yang memiliki garis kesenangan
empat musim silih berganti,
dan bukankah luruh pasti berbunga lagi?
dan salji akan berpanas kembali.

Bukan semua yang kau cari akan kau temui
namun...
akan kau temu apa yang sepatutnya
jika hendak mencari cinta,
tapi tidak lagi kau jumpa,
sedarkah dikau ada yang setia?

SUKA DUKA

Suka - Menang,
Duka - Kematian...

Rasa seperti hendakku hentikan suara percintaan,
dan mula mencari kebendaan.
...yang akhirnya aku tahu, hanya sayang kubawa ke Syurga.

BAZAAR RAMADHAN

Meriah sungguh bazaar Ramadhan itu
tapi bagaimana harusku ke situ?
jika sesen pun tiada padaku
terpaku...

Kuteruskan perjalananku
kesal memikirkan...
apa 'kan jadi juadah berbuka untuk anak-anakku?
singgahku di kuburan.

Terperanjat aku,
melihat bebunga dan buah-buah
patutkah kesyukuran ini kupancarkan kepada anak-anakku?
bersalahkah aku jika hadiah yang diserahkan kepada arwah isteriku;
kuberikan pula kepada anak-anakku?

Dengan penuh kerendahan,
aku mendoakan isteriku dan terus kubawa buah itu kepada yang sedang menungguku.

ESOK HARI RAYA

Hari itu...
senyummu keresahan
bibir nampak kering kekontangan
mata kekal padaku.

Subuh itu kau kirimkan utusan
bangun awal...
makan sahur akan kusediakan
bangun abang...

Harmoni sungguh kata-kata itu
satu malam tidak tertidur
takut terlelap
hingga ke lewat pagi.

Betapa sesaknya dada
menahan airmata kerinduan
esok hari raya
tapi tidak lagi kau ada bersama.

WANITA... RATU JIWAKU

Lembut pandang di mata
lapang rasa belaka
senyumku... bersahaja
tenang jiwa kerana dia.

Yang tua berlari-lari ke hulu
muda,
mengekori di belakang ibu
yang kecil terbahak-bahaknya ketawa.

Kusut sudah rambut itu
kakak tadi mengusai sendiri
muda pula minta tolong "mami"
si kecil masih rambutnya berdiri.

Apa lagi yang kucari, ...apa pula yang kau cari?

Ada lima wanita, ...ratu jiwaku.
Raja, ...gagah satu.

KUSEBUT NAMAMU

Gelisah rasaku
hariku bagai runtuh
hatiku lalu luruh
tercari di mana puteriku.

Di lapang ini
kulihat satu persatu pejuang bangsaku gugur
tadi kedengaran jeritan yang memecah sepi gunung
semangat kian hilang...

Berteduh ku sekarang
melihat sesisa keyakinan
mencari jawapan pada sesoalan
haruskah kuakui kekalahan?

Darahku yang mengalir tidak lagi dihiraukan
kering ia sendiri,
ku himpun perlahan-lahan panji kebangkitan
sebagai permulaan kusebut namamu...

Demi cinta, demi kesejahteraan kita...


SUSUK

Susuk tubuhmu begitu meliurkan aku
rambutmu begitu anggun dan ayu
keningmu bersatu
matamu bersinar bagai lahar gunung berapi
hidungmu kecil molek
nafasmu menggiankan aku
bibirmu... aduh hanya Tuhan yang tahu rasaku.

Keseimbangan wajah itu
buat aku jadi perindu
selalu...
siang dan malam
tidak kurasa masa telah berlalu.

Jeritanmu...
sungguh manja bagiku
goyang pinggulmu
menggoda zahir dan batinku.

Merah bajumu
menambah perisa di dada
lalu kupandumu
ke arah matahari terbenam
hanya kau dan aku.


MARI KAHWIN

Ini mungkin kali kedua
yang lama kekal ada
yang baharu...
hanya engkau yang tahu.

Marilah... mari kahwin...
perlukah ku ucap umpama drama di bumi Korean
atau perlukah berkata seperti pahlawan?
untuk membuktikan kebenaran?

Di hutan penuh kehijauan
ada yang rasa akan kesejukkan
di hutan memang penuh tumbuhan
perkahwinan ada kekurangan... kelembapan.

Ketawaku keriangan
bila tahu, engkau mahu...
sedih juga kerasaan
bila tahu, situasi yang tak mampu.

Sekurang-kurangnya,
engkau tahu...

ORANG TERKAYA DI BABYLON

Sekarang sudah terlalu lewat malam
malah hampir pagi
sudah pagi tapi buta lagi
gelap lagi.

Suatu masa dahulu
aku mempunyai satu impian
mungkin KEKAYAAN
tapi bila masa berlalu
berlalu... dan berlalu...
dengan begitu banyak percaturan
akhirnya aku tahu
KEKAYAAN tidak semestinya berpunca daripada mata wang
namun itu suatu KEPERLUAN pada masa kini.
...kerana dunia sudah dinodai olehnya
selagi hidup di sini,
wang wajib dicari!

Tidak mahu? Sengsara keturunanmu.

Berhenti meludahi... dengarkan dahulu...
kerana di pagi buta ini
rahsia orang terkaya di Babylon akan kusebarkan,
yang mana ku tahu
hanya, jika dan hanya jika engkau pernah mengetahuinya.
Membacanya.

Bila pernah
TAHNIAH... jika belum, KENAPA?

Berikut adalah idea utama hasilan daripada buku itu;

Dapat gaji sahaja, kena bayar diri sendiri dahulu, tetapkan jumlahnya sekurang-kurangnya 10% daripada gaji dirimu, kerana membayar dirimu terlebih dahulu adalah amat wajar sebab dirimulah yang telah bekerja bertungkus-lumus!

Ada lagi...
tapi temuilah sendiri. Hidup penuh suka dan duka, percayalah.

ANGEL

Dia akan menjadi kawan baikku esok lusa
walaupun tidak segalanya yang kuperlukan ada pada dia
tidak akan kutukarkan dia dengan apapun jua
dari dalam dunia.

Rambutnya senantiasa lerai
tawanya selalu buat aku turut tawa berderai
segalanya tentang dirinya
tidak akan ku ubah...

Hendakku katakan kepadanya
sering kali...
aku memikirkan tentang dia
begitu bermaknanya dia pada jiwa ini.

Kalaulah boleh masa kuputarkan semula
bersamamu aku mahu
mengisi ruang hatimu dengan erti cinta
melafazkan... kidung cinta untukmu.


I-THINK

Untuk si dia yang ber"I-Think":
Dibulat sana dibulat sini segi sana disambung-sambung banyak kata jadi satu-dua lagi bukankah indahnya jika dituruti oleh bebudak kampung.

SURAT CINTA

Dalamnya ada karangan
tanpa tahu ku betul bahasa
waktu itu baru mula kenalan
belum kenal maka belum pasti bercinta.

Bertanya...
soal-soal biasa
sudah makan dan juga harapan
berpesan mohon berbalasan.

Berharum semerbak pewangi
terpilih warna berpelangi
dihantar hari ini
hati riang menanti nanti.

...kemewahan hari itu
tidak lagi kulihat dari masa ke semasa
semua telah segera
kirim salam disambut dengan ikon senyuman.

KEKUATAN

Berlari ku seorang
dalam rimba ini
jalan menuju pulang
telah hampir tidak ku jejaki.

Di rumah,
ada yang menanti kepulangan...

Sesat aku segenap
pada bulan tidak lagi kelihatan
bintang hilang siang dan malam
matahari ditutup dedaun hutan.

Betapa lembapnya kini
kusangkakan alam menyejukkan aku...

Oleh kerana kekuatan,
hanya itu lagi pilihan
ku cekalkan hati
berjuang hingga kemenangan.

Kemenangan bagiku,
telah pulang dan melihat senyum mereka.

Yang tiada, telah tiada...
yang ada tidak akan kutinggalkan.

HILANG

Untuk si dia yang keHILANGan:
Kehilangan memenuhi bebayang kehilangan jadi pengajaran kehilangan buat aku terkenang masa depan kupenuhi dengan perlahan-lahan.