Friday, December 21, 2012

DALAM HATI SIAPA TAHU

Tidak kau tahu perit di dada,
Beban di bahu,
Betapa beratnya,
Untuk menyimpan sekarung kata,
Untuk dikata,
'pabila kita berdua.

Sayang...
Di hujan yang turun sehari suntuk,
Ku lalui jalan yang basah dan sejuk menusuk,
Tiada kata lebih bermakna,
Walau setebal kamus rindu pencipta,
Namamu,
Namamu..... tiap hari ada di minda.

Hendak ku beli..
Gunung untukmu,
Hendak ku pandu laju ke rumahmu,
Hendak ku makan,
Titik peluhmu,
Hendak ku baca,
Isi hatimu.

Hendak ku peluk tubuhmu itu,
Hendak ku belai...
Rambut hitammu,
Hendak ku cium bibir manja itu,
Segalanya tentang kamu,
Hendak ku mahu.

Namun...
Sekuat mana hatiku meronta,
Sejauh mana,
Tanganku capai,
Sedalam mana renungku untukmu,
Sediam mana..
Ingatanku padamu,
Dalam hati siapa tahu,
DALAM HATI SIAPA TAHU.....
Adakah kau jua,
Begitu.....

Senyumku...
Tiada siapa yang tahu,
Itu jika aku masih mampu tersenyum,
Yang ku tahu,
Aku senyum,
Bila mengimbas memori..........
Antara kita.

No comments:

Post a Comment