Saturday, March 3, 2012

SEINDAH LAUTAN II

SEINDAH LAUTAN II

Aku senyum,
Sebentar tadi hatiku terlalu tenang,
Terlalu tenang sehingga aku tak tahu,
Tak tahu apa lagi yang perlu ku lakukan.

Pernahkah engkau rasa seperti itu…
Suka tapi tak suka jua,
Hidup jadi terlalu senang,
Aku bukan seperti itu,
Aku perlu cabaran…
Aku lahir dari darah pejuang,
Aku mahu pencetus ilham.

Kau datang padaku,
Berkata kepadaku dengan suara biasa,
Namun ada sesuatu di situ,
Terasa dirimu seindah lautan.

Ada ketika kau beri gelora,
Ada masa kau himpun sejuta bahagia.
Aku suka,
Sangat suka…
Adakah itu cinta…

Mungkin kita sebati,
Atau,
Aku telah sebati denganmu…
Jatuh hati,
Tak tahu tapi kau perlu tahu,
Kau ku lihat seperti lautan,
Bila ku pandang hati terasa aman.


No comments:

Post a Comment