Monday, December 31, 2012

PUISI TERAKHIR

Ada waktu kita hanya perlukan
Teman berbicara.

Bayangkan,
Setelah melalui hari aras neraka,
Semacam segalanya mahu menghimpit,
Bersama-sama,
Pada diri kita.

Ku telah temui jalan kekuatan,
Untuk aku melepaskan engkau dari hatiku,
Tiada lagi kata, '...akan jaga engkau.'
Kerana dia akan menjagamu,
Lebih baik...
Daripada aku.

Ku susun kata-kata hati,
Dalam madah bernada jiwa,
Di Taman Berkasih Asmara...
Sebuah villa,
Jadi kubur cinta kita berdua,
Dikapan dengan tema; Puisi Terakhir.

YANG TINGGAL KOSONG

Sepi tadi bukan telah tiada,
Selalu ada...
Bagi hati kuatkan rasa,
Nikmati saat-saat sukar,
Suka ada,
Dari ribut binasa.



Bila kau lihat bangku yang lama,
Hening sejenak ketekunan tukang,
Usah dikata...
Yang tinggal kosong,
Sebalik kata kadang berbuah makna.

Dalam diam,
Aku cuba bertahan,
Jika nanti akhirnya dilupakan,
Usah dikata yang tinggal kosong,
Kosong itu...
Penuh dengan makna.

DILUPAKAN

Di padang besar,
Dua insan turun basikal,
Melebarkan alas mahu tukar acara,
Duduk berdua,
Samping bersama,
Ilham di awan kasih dijalin sayang.

Putaran masa tidak diendahkan,
Bumi jadi milik kita sahaja,
Dilupakan kehuruharaan,
Kezaliman dibiarkan,
Asal kau dan aku,
Selalu...
Dekat antara sesama.

Kadang kesepian seperti melupakan,
Bukan...
Sepi itu indah,
Jika dilalui dengan hati terbuka.

AKHIRNYA

Dalam pelukan subur di taman,
Berteman malam bintang gemilang,
Akhirnya...
Ku ungkapkan sayang,
Sayang..... untuk selama-lamanya.

Ku sayang pada kenangan,
Bina sentosa,
Berbunga di alam maya,
Hubungan di kota larangan,
Puteri kayangan..
Bertemu putera penyayang.

Mata sipu malu berbuka kata,
Menjeling gaya,
Pura-pura pula...
Dalam hati berkata suka,
Engkaulah si dia yang dipuja-puja,
Diri teruja bila telah bersua.

CUBA BERTAHAN



























 




Andai rasa sudah jadi peka,
Cuba bertahan...
Menahan gelisah rindu berkata,
Dengan nada pasangan bercinta..

Selendang biru ku semat sekilas mata,
Meramas pada paras dada,
Hangat jua,
Apabila...
Dingin menunggu asmara.

Ku tahan ingin rasa di rasa,
Untuk menyentuh jari-jarimu,
Getar ke ruang arteri jantungku,
Mahu bercumbu..
Bibir dan dahimu.

DALAM DIAM

Ku temu selaras selendang biru,
Dalam jalanan ke dunia hidupku,
Serasi hati melihat ia,
Indah memukau hati kecilku.

Dalam diam aku tersenyum,
Lihat telatah lucu bersahaja..

Antara kami,
Jiwa luhur bersama,
Aku dan dia... lesung pipit berbicara.

Hmm.....
Bukan dewa ku harapkan ada,
Cuma adanya..
Sifat engkau begitu.

Ramah tamah tercipta suatu makna,
Mungkin telah kita jalin cinta.

BAHUMU

Di sana aku syahdu kerinduan,
Bahu itu mengingatkan dirimu,
Insan yang aku damba,
Ruang aku bermanja.

Ada titik jarum dahulu,
Ketabahan hati kecil yang lalu,
Ada bulu halus di situ,
Ku dekat sayu ada harum kulitmu,
Juga tepuan lemak berpadu,
Terbayang engkau kandung anakku.

Ada rasa yang mahu di situ,
Bahumu...
Sentiasalah di sampingku,
Ku tundukkan dahi ke bahu sayangku,
Kekebalan hatiku jatuh memohon restu,
Maafkan aku,
Tangismu,
Jadi kelemahan diriku,
Bahumu...
Tempat aku mengadu..... selalu.

PENYERLAH AYU

Kalau cantik,
Memang menawan,
Ukir senyuman,
Buat aku tidak tidur malam,
Alunan tubuh,
Berdebar aku memeluk gitar,
Buat melodi jauh lari ke lautan.











 





Meskipun begitu,
Belum cukup jadi cetusan,
Penyerlah ayu seorang insan,
Pemangkin rindu setiap malam,
Belum cukup..
Dan itu yang aku intipkan.

Ketekunanmu...
Ada suatu kelebihan,
Buat hati sungguh ditawan,
Seperti tekad pahlawan,
Sumbanganku tidak berharga,
Keikhlasan pula nyata.

BUKAN HATIMU

Ini hatiku!
Bukan hatimu.

Menyusun kata lembut di lidah,
Turut hati terubat rasa,
Luah maya dalam rahsia,
Tinggi liku hidupku tahu.

Butakan mata,
Hanyut khayalan...
Pekak ku bisu,
Ini semua bijakku,
Langkah, memang tiada.
Namun jauh sudah bicara.

Berdayu suara ikut memori,
Cinta semalam,
Hari ini dan esok lagi,
Peduli semuanya yang telah jadi,
Seperti laung batinku; Ini hatiku! Bukan hatimu.....

MAWAR MERAH

Sungguh indah bunga-bunga di taman,
Buat hati ingin memiliki,
Kalaulah ia kekal selamanya,
Akan ku jadikan tempat tidurmu,
Agar mimpimu,
Dipenuhi keanggunan.

Merah bersuara,
Hampiri aku...
Sentuh aku dengan belaian jiwa,
Naluri wanita,
Mawar merah buat dia jadi pesona,
Dalam hati berkata aku suka.

Keindahan serta harum yang menyerlah,
Di sampingnya,
Tiga segi berduri,
Indah kau rasa,
Sakitkan dia...
Jari nakalmu,
Boleh luka berdarah.

Sunday, December 30, 2012

TETAP BERSEMI

Kau tak tahu betapa sayangku padamu,
Kau tak tahu betapa menyesalnya aku,
Bertindak begitu...

Kau...
Cinta dalam hidupku,
Bukan lagi cinta,
Telah jadi hidupku.

Setiap hari yang aku lalui,
Aku tidak pastikan..
Tetapi akan pasti ada dirimu,
Dalam ingatan ini,
Selagi aku bernyawa.

Pernah aku katakan; ...walau aku gila, walau aku mati..
Mindaku tetap bersemi.

Suburlah di dalam hatiku,
Selama-lamanya..

BINA BERSAMA

Sebuah pandangan memulakan cerita,
Tiang ku pacak di tapak berlumpur,
Ku harapkan kukuh,
Menjadi mahligai cinta kalbu.

Papan disusun kita bina bersama,
Ruang dicipta untuk tinggal berdua,
Berbual senda,
Hingga hujung masa,
Kau dan aku dibuai angin asmara.

Darahmu muda,
Kembali aku menjulang arca,
Yang pernah ku terima,
Suatu waktu dahulu,
Ketinggian bertambah.....
Aku lupa diri.

Tidak terjadi jika bertepuk,
Hanya sebelah tangan..



Datang percubaan,
Ribut meranapkan segalanya...
Mahligai indah yang kita bina bersama,
Terburai..
Di gaung yang sedia memberang.

Saturday, December 29, 2012

PERTENGAHAN

Di hujung bukan jawabnya,
Awal baru bermula..
Di tengah antara pepenjuru,
Siapa tahu bila bermula,
Bila pula akan akhirnya.....

Ku cari burung di mana burung,
Terbang liar di awan biru,
Kembali tidak ku tidak tahu,
Sampai masa kita akan rasa.


Lepaskan sahaja apa yang dirasa,
Tidak awal hujung dikira,
Pertengahan jadi garis pemisah,
Menanti waktu tidak juga berguna,
Biarkan sayang..
Milik kita,
Akan tetap milik kita.

Jodoh tidak lari ke mana..... 

KELOPAK ASMARA

Dalam keheningan subuh,
Aku bangkit dari bangunku,
Ku nikmati kesegaran hari,
Isi bumi akan berterang lagi.

Aku lihat gerakan si kumbang,
Melewati madu di taman,
Sungguh aman menanti mentari,
Pagi yang ini aku sendiri.

Melangkah di denai kekasihku,                                     
Kasih asmara membahang suasana,                       
Cinta disulam...
Kita semai benih bebunga,                                    
Akan jadi taman di taman.

Mekar nanti kita gambar bersama,                  
Kasih berkasih dicantum kelopak asmara.

WEDDING TOAST

One Woman, one Man
with hearts so true
come before you
to say I do...

A love so fair
A dream come true
A couple shares
what they are destined to do

He takes her hand
to have and to hold
Their hearts embrace
and never let go...

A touch so pure
A smile so real
She closes her eyes
so she may feel

The love of one man
The love of her life
They join as one
as Man and Wife...

By Gretchen Gould.

WEDDING VOW

You are not the air that I breathe,
you are the sweet scent that drifts upon it

You are not the sounds that I hear,
you are the music of my life

You are not the food that I need,
you are the nourishment of my soul

You are not my will to survive,
you are my reason for living

It is with you that I experience
the wonders of the world

It is with you that I triumph
over the challenges in my path

It is your partnership that will lead me
to the fulfillment of my dreams

It is your friendship that guides me
as I grow and learn

It is your patience and wisdom
that calms my restless nature

It is through you that I know my true self

I do not take you for granted,
I cherish you

I do not need you
I choose you

I choose you today in witness
of all the people who love us

 I choose you tomorrow
in the privacy of our hearts

I choose you in strength and weakness

I choose you in health and sickness

I choose you in joy and sorrow

I will choose you, over all others, every day
for all the days of my life

By Rebecca W.

Friday, December 28, 2012

CEMBURU

Dengarkah?
Engkau guruh di utara,
Pedihkah?
Matamu bila kilat memancar kuasa,
Tidakkah?
Kau rasa lautan api tinggi bergelora,
Hujan turun bagai bah dua purnama.

Ku lihat cacing di jalan raya,
Menggeliat sehingga ke akhir lintasan.

Daun gugur dari pautan,
Disembur taufan,
Dari buluh itu.

Sungguh tidak keruan hatiku bergoyang-goyang,
Datang cemburu ku tak tahu hendak dibuat apa...
Bertenang?
Bergegar darah di seluruh kulitku,
Cemburu buat aku terus keliru.

DALAM KERETA

Ada yang memikirkan;
                                   ...bunga-bunga tersusun indah,

Ada yang memikirkan;
                                   ...ayat-ayat harum berbunga,

Ada yang memikirkan;
                                   ...intan permata,

Ada yang memikirkan;
                                   ...suasana berlilin dua,

Ada yang memikirkan;
                                   ...meja berlapis merah,


Ada yang memikirkan; sampai melebihi syurga.....

Jika tiba-tiba aku bersuara,
Tanpa kau duga,
Tidak sempat memikirkan semua itu,

Sudikah dikau menjadi isteriku.....

Dalam kereta,
Lamborghini ungu.


BELUM LAGI

Bila dua hati sudah sebati,
Meleraikan ia amat sukar...

Maafkan aku,
Mungkin selama ini,
Aku melihat engkau hanya dari yang nyata,
Cinta boleh buat manusia jadi berpura-pura.

Setelah lama kita tidak bermanja,
Setelah masa mahu meleraikan kita,
Itu hendakmu,
Aku hanya menunggu.

Ku tahu hatimu telah tiada,
Itu yang kau beritahu..
Ku mahu hatimu dahulu,
Itu aku beritahu.

Belum lagi aku temui jalan yang punah,
Kerana sebati,
Memang benar susah dileraikan.

SEBALIK PINTU INI

Sebelum kau pergi,
Di sebalik pintu ini aku meminta,
Ketuklah pintu kamarku,
Katakan kau suka aku..

Aku begitu,
Suka padamu.

Perlukah ku nyatakan apa?
Semua tentangmu, sayang...

Sungguh sedih menahan kata,
Tidak rela ku lepaskan dinda,
Sebegitu sahaja.

Dari jendela berbayang tubuhmu,
Bersiap pergi,
Kerana hatimu pilu..
Seperti aku,
Tidak percaya,
Pada keistimewaan cinta kita.

KU CARI BAHAGIA

Bila aku mahu bahagia,
Bukan erti yang ku cari...
Bukan sesiapa yang ku harapkan lagi,
Hanya;

Laman ini.


Telah ku hidup lama di sini,
Bermacam petikan telah ku baca,
Erti cinta... rindu... benci... yang akhirnya pasrah.
Bahagia ada dalam semua itu,
Hanya apabila;
Dapat aku tempuhi.

Semua telah dilalui,
Ku simpulkan sebuah makna,
Selama ku cari bahagia,
Rupa-rupanya,
Ia hanya sementara.
Kalau mahu lama, ia perlu sentiasa.....
Elak sakit jiwa. ^_^

JATUH ASMARA

Dalam aku berduka,
Setelah berkali-kali dirundung sepi,
Engkau pelawa aku pergi berjalan-jalan.

Ke Istanbul.....
Tidak ku harap cinta berputik di sana,
Hanya untuk berbuai di buaian kayu,
Diiring oleh tali berdaun,
Di bawah pohon seratus tahun.

Buai laju-laju...
Tidak ku sangka,
Yang teman mahu jadi mesra,
Kepiluan tadi telah jadi misteri,
Hilang..
Di lorong yang sibuk.

Seminggu dua seperti telah lama,
Bila dua hati,
Jatuh asmara. Jangan lupa hati pernah berubah...

PEDIH DI SANUBARI

Ku paksa diri menyampaikan lagu,
Ku tahu suara ini tidak semerdu duyung,
Tari ini sekeras buah kenanga,
Senyum terhiris,
Dalam hati mahu cepat berlalu.

Dalam satu tubuh,
Di situ ada kepedihan,
Sangat menyakitkan bila pedih di sanubari.

Hendak ku capai cahaya syurga,
Hendak ku gapai haruman syurga,
Tidak mampu,
Ku sangat tak mampu,
Lagi...
Sesalan sudah diduga,
Kepedihan terus aku rasa.

PERFECTION IN MY EYES

All I ever wanted was to be part of your heart,
And for us to be together, to never be apart.

No one else in the world can even compare,
You're perfect and so is this love that we share.

We have so much more than I ever thought we would,
I love you more than I ever thought I could.

I promise to give you all I have to give,
I'll do anything for you as long as I live.

In your eyes I see our present, our future and past,
By the way you look at me I know we will last.

I hope that one day you'll come to realize,
How perfect you are when seen through my eyes.

By Ashley Borden.

LOVE

Love is like a lump of gold,
Hard to get, and hard to hold.
Of all the girls I've ever met,
You're the one I can't forget.
I do believe that God above,
Created you for me to love.
He chose you from all the rest,
Because he knew I would love you best.

By Loy Bowman.

ONE DAY

sometimes I lay
under the moon
and thank God I'm breathing
then I pray
don't take me soon
cause I am here for a reason
sometimes in my tears I drown
but I never let it get me down
so when negativity surrounds
I know some day it'll all turn around
because
all my life I've been waiting for
I've been praying for
for the people to say
that we don't wanna fight no more
they'll be no more wars
and our children will play
one day
it's not about
win or lose cause
we all lose
when they feed on the souls of the innocent
blood drenched pavement
keep on moving though the waters stay raging
in this maze you can lose your way (your way)
it might drive you crazy but don't let it faze you no way (no way)
sometimes in my tears I drown
but I never let it get me down
so when negativity surrounds
I know some day it'll all turn around
because
all my life I've been waiting for
I've been praying for
for the people to say
that we don't wanna fight no more
they'll be no more wars
and our children will play
one day 

one day this all will change
treat people the same
stop with the violence
down with the hate
one day we'll all be free
and proud to be
under the same sun
singing songs of freedom like
one day
all my life I've been waiting for
I've been praying for
for the people to say
that we don't wanna fight no more
they'll be no more wars
and our children will play
one day 


Sung by Matisyahu.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=WRmBChQjZPs 

MONALISA

Tiap sentuhan aku padamu,
Tidakkah kau rasa betapa dalamnya cinta,
Tiap bait kata ku ungkapkan kepadamu,
Tidakkah kau rasa betapa dalamnya makna,
Tiap renungan iris mata untukmu,
Tidakkah kau rasa betapa dalamnya mesra,
Tiap ingatan terhadapmu,
Buat ku rasa semakin dalam ku jatuh ke lubuk hatimu.

Tersimpan sebanyak rindu,
Tersimpan sebanyak rasa,
Tersimpan satu kata...
Namamu yang indah.

Di dinding itu tersemat senyum penawan,
Diukir sejak berzaman,
Tahan lagi sampai selama-lamanya,
Ku harapkan,
Kenangan yang melintas setiap hari,
Akan jua begitu.....
Monalisa.

TERBIT

Hendak ku kata lagi padamu,
Ku tahu sungguh beribu telah kau tepu,
Ku tunggu diam..
Tidak jua boleh diriku,
Ku tak tahu kenapa engkau di hatiku.

Oh... cinta sungguh mengasyikkan.
Setiap insan suka padanya,
Kerana rasa itu buat hati rasa nyaman,
...jika bermula.

Ku terbitkan suasana mula,
Seperti yang selalu ku rasa,
Igauku padamu,
Semakin menjadi-jadi,
Bila..
Ku lihat muka,
Ku lihat mata,
Ku lihat dirimu..
Bila..
Kau tiada,
Ingin setiap masa aku mencarimu,
Tahu pergerakan manamu,
Harapan kau sentosa dan selesa.

Hendak ku satukan sebuah kata,
Namun seperti membuat kaca,
Siap 'kan terbenam jua. Terbit...

PATAH SERIBU

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah

Sung by Shila Amzah

http://www.youtube.com/watch?v=4G8KOLk-I6o 


Thursday, December 27, 2012

FALSAFAH CINTA KUNG FU

Tidak ku nafikan,
Wajahmu buat hati ini tergoda,
Oleh kerana mata...
Tapi belum aku menjatuh cinta.

Ku beri jalinan ini suatu peluang,
Untuk engkau bersama aku,
Seketika..
Sementara menanti cinta,
Suka memang sedia ada.

Suatu hari...
Aku tergamam lihatmu melepaskan rasa amarah,
Tertanya hati kecil ini,
Kenapa dengan dia?

Sesudah itu,
Terdengar laungan kerasmu di dalam ruang itu.

"Kerana kamu sakitkan hati dia,
Akan ku hapuskan segala-galanya milik kamu!!!
Pergi kamu dari kampung ini!!!"

Aku tahu maksud itu.
Sebentar pagi aku digoda untuk pergi dari sini.
Kampung halamanku.
Demi kemewahan dunia penuh tamak haloba.

Aku berpaling... arah rumahku,
Ku tujukan kata padamu,
(membelakang) "Cukuplah... mari balik."

Di saat itu,
Hatiku telah terbuka untuk menerima jati cintamu.
Gerak pejuangmu,
Mengagungkan falsafah cinta Kung Fu.


Monday, December 24, 2012

MAKE MY WISH COME TRUE

searching for answers
that evaded me for so long,
i got lost in a maze of treachery
hidden under a mask of innocence;

it’s been so long
words kept me awake
all night long, making
me restless and confused;

drowning in the wishes
of a long lost past,
i let my life down,
i let myself down;

in the midst of the night
under the velvet skies
i surrendered to life
i whisper for forgiveness;

so with a smile on my lips
and a wish on my heart
i give faith(hope) one more reason
i give life another chance
to make my wish come true;

By Praveen.

Saturday, December 22, 2012

KEMUNCAK CINTA

Di manakah sebenarnya...
Punca cinta membuaikan.

Jawabnya,
Dari mata turun ke hati.

Di manakah sebenarnya...
Bila bercinta hati merana.

Jawabnya..
Putus cinta tanpa ku relakan.

Di mana pula puncak cinta sebenarnya...
Jawabnya,
Susah untuk diluah.

Ia perlu dirasa,
Sehingga kemuncak cinta di sana.

Di mana?

Apabila mata bertemu mata,
Cinta dibelai dengan nafsu sederhana,
Sentuh tubuh antara sesama,
Dari atas ke bawah...
Dengan sewenang-wenangnya,
Sentuh direstu.....
Kepuasan tubuh bersatu pada waktu itu.

Bukankah itu kehendak cinta?

Tidak perlu kita sangkal lagi,
Relakan darah ini menggelegak seratus darjah,
Ketegangan tubuh menuju puncak sana,
Titis-titis cinta,
Cair dan membasahi nikmat tubuh bersua.


ANDAI KAU MELUPAKAN

Ku lihat antara kanak-kanak,
Bayang jiwamu laju berlegar melalui mereka,
Roh halus terbang bentuk merawak,
Dan ku pandang bunga,
Rapi tersusun di atas meja.

Andai nanti,
Sedikit demi sedikit,
Aku kau lupakan,
Kelopak mawar dileraikan,
Perlahan-lahan,
Satu persatu ditinggalkan di laluan samar.

Andai kau melupakan...
Itu sudah kemungkinan,
Akan ku bermula di lapangan baru,
Menyuburkan tunjang percintaan,
Ku harapkan,
Lebih manis akan datang.

Friday, December 21, 2012

YAKIN PADAKU

Sudah bermula,
Sejak pandang pertama,
Ku memang mahu tetapi malu-malu.



Aku bagai bujang melara,
Kereta tiada,
Rumah menumpang sahaja,
Sara hidup...
Dapat pagi makan pagi,
Makan maggie tiap-tiap hari.

Bagaimana hendak ku beri hidup padamu,
Sedangkan sendiri susah berjaga,
Kasihan aku.

Sebentar sayang; Itu sekarang.

Bila...
Seorang lelaki membulatkan tekad,
Untuk mewujudkan hidup keluarga,
Segalanya akan terusaha,
Yang miskin akan jadi kaya.

Itu pun jika kau yakin padaku.....
Yakin padaku.

DALAM HATI SIAPA TAHU

Tidak kau tahu perit di dada,
Beban di bahu,
Betapa beratnya,
Untuk menyimpan sekarung kata,
Untuk dikata,
'pabila kita berdua.

Sayang...
Di hujan yang turun sehari suntuk,
Ku lalui jalan yang basah dan sejuk menusuk,
Tiada kata lebih bermakna,
Walau setebal kamus rindu pencipta,
Namamu,
Namamu..... tiap hari ada di minda.

Hendak ku beli..
Gunung untukmu,
Hendak ku pandu laju ke rumahmu,
Hendak ku makan,
Titik peluhmu,
Hendak ku baca,
Isi hatimu.

Hendak ku peluk tubuhmu itu,
Hendak ku belai...
Rambut hitammu,
Hendak ku cium bibir manja itu,
Segalanya tentang kamu,
Hendak ku mahu.

Namun...
Sekuat mana hatiku meronta,
Sejauh mana,
Tanganku capai,
Sedalam mana renungku untukmu,
Sediam mana..
Ingatanku padamu,
Dalam hati siapa tahu,
DALAM HATI SIAPA TAHU.....
Adakah kau jua,
Begitu.....

Senyumku...
Tiada siapa yang tahu,
Itu jika aku masih mampu tersenyum,
Yang ku tahu,
Aku senyum,
Bila mengimbas memori..........
Antara kita.

Wednesday, December 19, 2012

TARI KUDURO

Angkat tanganmu semua
Goyang pinggulmu
Berpusing belakangi ku
Menari Kuduro
Jangan letih lagi
Kerana semua ini baru bermula
Gerakkan kepalamu
Menari Kuduro

Siapa nak kawal kuasa perasaan jahat ini
Yang kini menjalar ke urat-uratmu
Dan panas seperti matahari yang tidak benarkanmu diam pada rentaknya

Siapa nak berhentikan perasaan yang membuat pinggulmu bergoyang menari
Api di dalam dirimu membakarmu menjadi liar

Angkat tanganmu semua
Goyang pinggulmu
Berpusing belakangi ku
Menari Kuduro
Jangan letih lagi
Kerana semua ini baru bermula
Gerakkan kepala mu
Menari Kuduro

Gerakkan badanmu,
Di sini sangat hangat
Morena, mari ke sisiku
Tiada siapa akan berdiri tegak
Ku mahu melihatmu,
Mari, goyang Kuduro

Gerakkan badanmu,
Di sini sangat hangat
Morena, mari ke sisiku
Tiada siapa akan berdiri tegak

Oi, oi, oi, oi, oi, oi, oi…
Mari goyang pinggulmu,
Mari menari Kuduro

Oi, oi, oi, oi, oi, oi, oi…
Berambut coklat atau berambut perang,
Mari, goyang Kuduro.


Sung by Don Omar ft. Lucenzo

http://www.youtube.com/watch?v=7zp1TbLFPp8

Tuesday, December 18, 2012

TAHNIAH

Dalam kegelapan...
Pasti ada kelipan bintang,
Dalam kesunyian,
Pasti ada gemersik cengkerik,
Dalam kesakitan,
Ketahanan pasti ada,
Dalam diam.. benak berkata-kata.
. . . . . .
Tahniah,
Ketabahan hawa,
Sungguh buat aku terpesona.

KOMITMEN















Ingatkan aku,
Tentang komitmen...

Sehari Satu.

Monday, December 17, 2012

ADA RASA

Cinta,
Bukan tentang masa, ia tentang rasa.

Pecinta berkata,
Selama-lamanya, aku percaya..

Memang ada beza,
Seminit dan sejuta minit,
Tapi rasa...
Sekelip mata boleh berubah.

Lima jari ku tutup satu-satu,
Sampai lima,
Rasa itu sudah tiada,
Senang dikira,
Mempertahankan rasa,
Buat diri jadi binasa.

Lapangkan dada.....
Rasa.

Sebelum semuanya tiada,
Dan;
Jika masih ada rasa,
Lepaskan masa,
Pasti;
Masa akan tiba.

SAAT BERUBAH

Hendak menawan gunung tertinggi,
Rasa keyakinan dalam diri sendiri,
Mungkin tiada...
Jika tidak engkau kobarkan.

Bermula dengan azam,
Ku lintas pertengahan,
Terpesong salah haluan,
Dikaburi kegelapan malam,
Kini sendiri...
Hampir mati.

Reput jariku,
Dikebas oleh kedinginan darimu,
Aliran tubuhku gagal berfungsi,
Noda jadi bersedia untuk mati.

Berkhayal aku oleh halusinasi,
Ku rasa hangat dipeluk leherku,
Basah pipi dicium bibirmu,
Belai jarimu,
Sebagai panggilan ke alam barzakh.

Di saat nyawaku tidak ku hirau lagi,
Hendak ku layan layu mata hati,
Saat berubah.....
Seperti cahaya dari syurga nyata,
Pecutan terakhir buat diriku tekad,
Teruskan. Kuatkan jati diri!!!
Dia...
Terus memimpin,
Dalam ketegasan,
Aku yang jatuh diasak bangun lagi.

KERAMAT USANG

Nyaman siang di tepian lava,
Suatu waktu itu,
Duduk berdua mengisi ruang hidupku,
Bawah sinar...
Setelah subuh pergi.

Pintu kecil di ruang segi,
Kayu beruti dijadi tema bumi,
Petang hari mencari rezeki,
Ikan dibakar,
Diulit sambal belacan.

Kerana kemajuan desa,
Rumah ini telah ku tinggalkan,
Atas pinta keramat,
Usang kini jadi memori silam.
Tidak berulang,
Berulang tidak lagi sama.


Tak ternilai yang muda atau lebih lama,
Telah lama penuh wacana,
Tak ternilai erti cinta sulaman,
Mata indah seiring senyum menawan,
Setahu aku...
Mata lebih lama ku pandang,
Senyummu jangan ragu-ragu.

Kerana;
Suatu tatapan jadi berharga,
Melebihi kata,
Senyumku pula berbisik suka.

TUNGGU


Aku sedang menunggu..

Banyak bermain dalam minda perwira,
Menunggu hari,
Pulang ke pangkuanmu.

Tunggu...
Tunggu aku,
Aku mahu kembali,
Kepada insan yang ku cinta.

Sunday, December 16, 2012

ADA JIWA

Kali ini,
Ku cipta bait kata hanya untukmu,
Tanpa iringan lukisan indah,
Kerana...
Kata ini dari hatiku,
Untukmu,
Yang berjiwa seperti aku.

Kita tahu beza antara noktah,
Ada berhenti,
Ada terus berlari.

Jangan hentikan,
Bila jiwa itu adalah milikmu,
Biar harta di bumi tiada,
Yang cuma ada jiwa.

Ku tahu engkau di sana,
Semalam kau inginkan aku berkarya,
Malam ini...
Pintamu aku tunaikan,
Bukan kerana diri ini,
Tapi kerana hatiku kepadamu.

Pernah ku tatap matamu,
Tanpa kau sedari,
Perlu kau tahu...
Kau.....
Jiwaku!!!

RASA SENSASI

Kalaulah ada potretmu di sini,
'kan ku paparkan sebagai tenungan,
Bila terlihat wajah manismu,
Hatiku tenang namun mahu jua bercinta.

Ku tahu cinta itu bagaimana,
Kena bermula dari sangat bawah,
Payah bertahan untuk selamanya,
Apa lagi.. semula.

Dapat ku rasakan,
Bila penat aku ke rumah,
Lihat wajahmu,
Hatiku riang gembira,
Tambah lagi disambut tawa,
Meriah rasa sungguh sensasi.

Ingin selalu kau dekat denganku,
Wajah indah,
Mudah sungguh bersahaja,
Aku jatuh cinta..
Ingin hidup berdua.



TANPAMU

Jika pernah kau lalui hari yang kosong,
Itulah hari yang sedang aku lalui,
Sehingga senja tadi ku lipat helaian biasa,
Jadi perahu,
Untuk meneman diriku ini.

Ku layarkan dari tebing pasir,
Beralun sepoi ditiup sang bayu,
Kembali ke pinggiran tidak tahu tujuan,
Macam aku...
Di senja ini.

Ku capai semula,
Dan ku tuliskan isi di hati ini,
Aku di sini.....
Tanpamu.

Ke kiri tak jadi,
Kanan berkali-kali,
Depan tak juga jadi,
Belakang ku ingat memori sendiri,
Sendiri... tiada dirimu.


GELORA DI JIWA

Seharian aku bertenang,
Ku cari damai di puncak gunung,
Turun..
Belum turun.

Ku lalu di jalan yang sepi,
Ku dambakan suasana begitu,
Desiran..
Berkicau di telinga ini.

Ku telan lautan dalam,
Dengan harapan segala tenang,
Ombak..
Tetap bergoyang,
Dalam ikan terus berenang.

Masuk ke malam purnama,
Ingin mimpi peristiwa semalam,
Lain..
Mimpi bagai di siang hari.

Gelora di jiwa,
Masih belum tenang,
Selagi..
Engkau tidak ku cumbu.

Saturday, December 15, 2012

RENUNG MATAKU

Ku henti keretaku,
Di ruang kuning untuk melihat engkau,
Hendak diri renung matamu,
Namun tak sanggup...
Kerana bila saja bertentang,
Hatiku penuh getaran,
Segala kata yang sungguh memanja,
Tidak meluah dari hatiku.

Segala terhenti...
Di saat mata kita bertentangan,
Aku tahu,
Maksud keadaan ini..
Aku tahu,
Ini yang buat dunia jadi sengsara.

Bila bibir ini tidak lagi berkata,
Ku tahu hanya syadu mampu menempuh,
Ku sentuh dirimu.....
Dengan peluk yang padu,
Hingga kini ada rasa itu.

Adakah kau tahu...
Masihkah hangat itu dalam hatimu,
Bukan kerana nafsu,
Kerana sayang aku ke padamu,
Telah ku katakan untuk selamanya,
Selamanya akan ku tunggu,
Untuk renung matamu dan kau renung mataku.

Friday, December 14, 2012

BUSANA BUNGA

Kuntum indah di antara mata,
Warna indah malaikat gembira,
Segar mata hati terasa,
Seperti rinduku kini padamu.

Oh cintahati dan kasih diriku,
Termenung kenapa beri ku tahu,
Kalau ada silap kataku,
Maafkan aku,
Ini bunga untukmu.

Mawar merah jadi biasa,
Ku petik bintang dari tingkat satu,
Ku harap hangatnya engkau terima,
Oh cintaku...
Di busana bunga.

Ceriakan dirimu agar aku turut terhibur,
Kerana tawamu,
Itu yang buat hatiku tersentuh,
Sayang,
Sayang... kamu,
Itu kau harus tahu.


Thursday, December 13, 2012

KOLEKSI BUKU HATI

Mari...
Masuk ke bilik ini,
Dalamnya ada hatiku,
Dalamnya ada kata citraku.

Lihat di sudut sana,
Itu untukmu,
Ku susun kata mengikut masa,
Semakin lama semakin membiru,
Hanya kamu,
Setiap katamu mengetuk pintu ilhamku.

Setiap mimpimu ku ulas dalam bait kataku,
Setiap helai rambutmu jadi baris dalam ayatku,
Setiap kelipan matamu,
Jadi koma dalam buku cinta itu,
Setiap langkahmu dibilang tebal kertasku,
Setiap hembus nafasmu,
Buat puisi ini bernyawa..
Jalan ke syurga harum keranamu.

Hatiku tertulis...
Dalam koleksi buku hati yang biru.


Wednesday, December 12, 2012

TIDAK TERKATA

Perahu kecil berlabuh petang,
Dari semalam bersauh di lautan,
Meniti hari hidup pembilang,
Disambut senyum buat lelaki kenang.

Dalam putaran hidup yang senang,
Ada hari hidup sungguh bertaburan,
Di sana pinang,
Sini dedaun sirih,
Bersatu jua namun dibuang sayang.

Ada ingin aku katakan,
Namun ku tahu ia buatmu muntah,
Kerana sudah berkali ku bilang,
Senang berkata digenggam berzaman.

Tidak terkata...
Ku sampaikan dari cahaya,
Bila terbit nanti,
Kau tahu,
Aku sentiasa mahu bersandiwara.


Tuesday, December 11, 2012

PUISI TIGA MALAM

Jika nyata...
Yang dijangka akan tiba,
Tiga hari tanpa cahaya.

Hendak dibuat apa lagi,
Cintaku yang mekar,
Akan terus bersinar,
Dalam gelap malam setiap hari.

Tiga hari tanpa cahaya,
Ku penuhi malam dengan sinar kataku,
Untuk ku persembahkan,
Kepada empunya malam.

Tiga hari tanpa cinta,
Lebih suram hati pedih tiada ruang.

Ku terus lakukan..
Detik yang mungkin berakhir,
Kita bersama,
Menyaksikan alam berubah malam,
Dengan senyuman,
Telah baca...
Puisi tiga malam.

Siang penuh pendusta,
Malam.. bukankah penuh ketenangan.
Ada ultraman lagi!!!  ^_^



Monday, December 10, 2012

MATA MEMANDANG

Tadi ku lihat berdua memancing,
Selisih gurau penat lelah menunggu,
Ikan tak memakan umpan,
Peti ais ku buka,
Meneguk secawan untukmu.

Kelu lidah..
Tidak tahu hendak dibual apa,
Ku beranikan diri tanya khabar kampungmu,
Adakah ibu sihat menyapu,
Masihkah ayah ke sawah bertani.

Terjawab satu persatu,
Ku tunggu tanda tanya darimu,
Sambil memandang jauh ke turus benua,
Ku hunus joran,
Ku semat dekat denganku.

Dibuai ombak,
Tiba-tiba disamun sang lanun,
Tinggal diri,
Yang lain dibawa pergi,
Ketawa..
Begini mungkin hari ini,
Ada hari untuk setiap hati.

Tenang mata memandang..
Walau beribu beban di bahu ini,
Sekali sahaja ku lihat dirimu,
Hatiku rasa senang,
Ringan seringan senyummu sayang,
Selalulah ada di dalam hidupku,
Kerana bila dahan ku hampir patah,
Hanya pandang matamu,
Ku tahu mata itu turut memandang,
Seperti biasa..
Dari mata turun.. ke hati.
Dari hati ingin setubuh denganmu.

Friday, December 7, 2012

MELANGGAR JANJI

Dalam kegelapan cahaya muncul,
Di bawah sinar yang tertelan embun,
Hilang pedoman,
Janji pejuang,
Mencipta renungan,
Indah-indah semalam.

Hendak aku teruskan,
Di depan ada halangan,
Katanya..
Sila beri laluan.

Dengan gaya tanpa goyah,
Ketua berazam teruskan pelayaran,
Dikata semula..
Sila beri laluan.

Sembilan kali,
Sembilan kali diulang,
Kata kesepuluh berkumandang di corong suara,
Di sini rumah api.

Terkelu ombak,
Bunyi naga disenyapkan,
Beralih; sembilan kali haluan,
Prinsip jiwa terkadang silap,
Melanggar janji sudah perlu kini.

Monday, November 12, 2012

IMAGE OF VIRGIN MARY

KUALA LUMPUR: An image resembling the Blessed Virgin Mary which appeared on a window at a private hospital in  Subang Jaya has sent hundreds flocking to witness the event.
Photos of the image - which have gone viral - show the figure wearing a blue robe with a halo above its head, similar to well-known depictions of Mother Mary.
News of the appearance exploded within the Catholic community and within hours, the devout, curious and skeptic converged at the Sime Darby Medical Centre (formerly known as the Subang Jaya Medical Centre) to see for themselves what many have touted as a 'miracle'.


This image showing what appears to be Mother Mary was taken on Saturday afternoon and has been going viral on Facebook.

Clutching rosaries, Bibles and even bringing along aged relatives in wheelchairs, many braved the thunderstorm yesterday evening and gathered at the first floor of the hospital's new wing singing hymns, lighting candles and reciting prayers.
Entrepreneur Jansen De Silva, was among the first few who turned up at the hospital when news of the apparition broke.
"I witnessed a fully formed image resembling Mother Mary on a window located at the 7th floor of this new wing. It was a truly amazing sight as the image was rather visible despite the distance from where I was standing (first floor)."
"On looking around, I could ascertain that there wasn’t any architecture within the vicinity that could have reflected this image on a bright sunny afternoon," he said.
De Silva added that there was also a voice recording going around among those present that afternoon in which the words "Fatima Father' were clearly audible.
"I don't know how authentic it is, but I heard it for myself from a woman's mobile. It also captured some murmuring in the  background," he said.
Desiree Lewis, 32, had also rushed to the hospital when she got a phone call from her relative informing her of the apparition.
"I was in the neighbourhood when I heard about this so I rushed here. I am truly awestruck and in a little bit of a shock. I never thought that Mother Mary would appear here," she said.
As evening came, the colour and definition of the image began to fade but people continued to gather in droves.

By evening, the image began to blur.

Retiree Jane Loh, 55, said she was happy to have made the trip from Seremban to see it despite the image slowly blurring.
"This is a miracle and it happened at our doorstep. It is a wake-up call," she said.
A spokesperson for the Catholic Church said church officials will have to investigate the event to determine if it was a true apparition.
Some of the most famous sightings of the Virgin Mary took place in Fatima, Portugal in 1917, in Lourdes, France in 1858 and closer to home, in Vailankanni, Tamil Nadu, India. The authenticity of every reported apparition is subject to approval by the Catholic Church.

Friday, November 9, 2012

TELAH TIADA

Terukir kata berbicara,
Saat itu senyum kau lepaskan,
Kau genggam erat tanggan ini,
Bagaikan dian menyuluh gelita jiwaku.

Saat bahagia tercipta,
Tangan kau lepas tanpa suara,
Detik cinta sudah tiada,
Masihku ingat kenangan dan gurau tawamu,
Berakhir sudah...

Maafkan aku,
Aku tak bisa...
Pertahankan cintamu yang telah tiada,
Meniti makna cinta yang sudah..
Antara kau dan aku.

Dan kini siang ku mulai bosan,
Tanpa bisikan cinta dan airmata,
Maafkan aku kerana cintamu,
Telah ku duakan.

Sung by Caroline Yusof.

TIDAK PERLU

Ada ketika...
Kata-kata tidak bermakna,
Ketika itu...
Sedang aku lalui,
Depan mata ada panorama,
Tiada kata,
Hati turut patah,
Hanya perlu meniti masa,
Tidak perlu...

Tidak perlu berkata apa-apa lagi.

AKU TIDAK BISA

Di pinggir ini aku berdiri,
Rambut aku dibuai angin laju,
Dihembus dari kutub utara,
Indahnya rasa..
Hati telah terima.

Di galeri itu aku terpegun,
Melihat warna ceria seperti ku rasa,
Cerah...
Sungguh ceria,
Kalau boleh hendak ku terbang ke awan-awan.

Di ufuk sana mengukir pantai,
Belai ombak memutih suasana,
Gelombang jiwa dilanda asmara,
Sungguh indah,
Hendak aku terbang ke angkasa,
Sayang sekali aku tidak bisa.