Saturday, March 3, 2012

PASRAH

PASRAH

Hampir dua jam ku termenung,
Mengimbas suasana di tepi lautan samudera,
Di timbunan batu yang menahan badai ombak timur,
Pasrah…

Ku perhati masa lalu dengan penuh memori,
Aku cuba untuk mengerti,
Hampir menitiskan air mataku sebentar tadi,
Telah pun mengalir dalam memori itu,
Mengapa jadi sebegini…
Bukan ini yang diimpikan,
Masa depan terasa seperti botol hijau,
Kosong…
Hanyut bersama alunan jernih.

Dahulu botol ini berguna kepada pengguna,
Habis rasa dilontar sewenang alam…
Ia pasrah mengenang nasib sendiri.
Sebentar!!!
Walau keadaan seperti tidak menyebelahi botol itu,
Ada sesuatu yang menarik hatiku,
Sinarnya semakin terang,
Tubuhnya tidak mudah berubah,
Cekal walau tercalar di tepian…
Walau kosong dan hanyut kerana keadaan.

Ada Tuhan jua teman,
Seperti hembusan bayu buat ia berarah,
Dari tengah rehat sebentar di tepi pantai,
Aku mungkin perlu begitu,
Bertenang,
Biar masa yang menentukan,
Pasrah…

Perahu datang menjemput aku,
Ku menoleh ke belakang ke arah botol itu,
Ku pergi kepadanya,
Ku simpan dalam bakul ini,
Semoga ada waktu ia berguna kepadaku,
Semoga masa depanku secerah botol ini…
Ada peluang yang kedua,
Kali ini dengan cara yang berbeza.

No comments:

Post a Comment