Wednesday, December 31, 2014

TAKUT

Ingin menyayangi
tapi takut mencintai
Ingin mencintai
tapi takut hilang harga diri...

TUKANG RUMPUT

RAMAI yang mengeji rumput. Namun mereka tak sedar, rumput pada masa kini memberi nafkah kepada segolongan insan.

Tukang Rumput.

BUKAN LAGI MIMPI

menulis atas jerami
beriktibar pada hari yang pergi
melukis pada dinding almari, bukan lagi mimpi kucari...

KE BUMI

aku telah letih
aku harap engkau mengerti
malam ini berbunga api, debunya jatuh juga ke bumi...

TUNGGU

Aku tak tunggu
ia datang bertalu-talu
malang tak berbau
aduh... mana hati yang mahu?


seorang kududuk termangu
mengenang nasib malang yang berlaku
kali ini bukan padaku
tetapi pada insan yang jauh dariku; dia tak tunggu...

hendak kumembantu
tiada ringgit juga hadirku di situ
cukupkah lagu untuk menyemai semangat kalbu
cukupkah doaku untuk mendamai hati-hati yang terganggu?

AMBANG

kudengari deruan terbang di ambang
dalam hati mengenangi mangsa yang telah pergi
takut sekali lagi

JANGMI

Pagi...
tenang bagai memberi ruang
untuk kita bersedia melalui ungkapan doa
dan dengan hati terbuka
aku menanti kedatangan Jangmi
mari kita berhati-hati...

TUNGGU

Ingin kugubahi berangkap puisi untukmu
namun kini kataku kelu
keluh...
kenapa jadi begitu?

AKANKAH

Hendakku peluk dirimu
tapi akankah daya tanganku tak sampai...

SEMANGAT

Membara pun api tak akan lama
begitulah jiwa seni
salam dingin aku menanti wacana
kubakar
bila hujan selalu sukar
bila panas takut aku terbakar.

SELAJU NIATKU

Adakala...
apabila kumemikirkan dirimu
hendak kupacu selaju niatku
tapi kutahu
kelajuan boleh membunuh...

NENAS

Di sini hanya duri nenas yang menyiksakan, terluka hanya pada kulit
di sana terlalu banyak seksaan, terluka sungguh dalam hati...

IBARAT

Alir air ini ibarat berlian
dan batu-batu itu ibarat batu permata
daun-daun hijau ibarat roh-roh kehidupan
bunyi-bunyi bernada tinggi ibarat sabda Tuhan.

TEGUH

Tanyalah hatimu
sehingga kau tak mampu
bukan bertanya kepada Mario Teguh.

HARI LALU

Makanku tak tentu
tapi minumku tentu sejak dua tiga hari lalu.

AWAS

Cantikku tidak terperi
mereka yang menafikannya turut menafikan penciptaku. Awas kamu.

KATAKAN

Katakan padaku yang aku lelaki di hatimu atau aku akan jadi wanita dalam hidupmu...

GANGSA

Siapalah aku di hatimu
hingga sanggup kau meninggalkan berlian demi gangsa

PENYINGGAH

aku memikirkan lebat hujan
pada malam
awan kelam kelihatan
namun kutahu
hujan tidak peduli akan aku
kerana
aku hanya penyinggah

Friday, December 26, 2014

BAH

kurang menyusahkan
apa lagi tiada
lebih juga lebih menyusahkan
bunyi menakutkan walau kala bersepian
kerana ia melemaskan
rugi lain lagi
selepas redah lain lagi susah
memang susah
tapi Tuhan mahu bah

TUHAN MASIH ADA

melihat aku dari jauh dan betapa sebaknya dada
melihat dia berdepan mata dan betapa hancurnya rasa
kuasa banjir semakin tambah
dalam hati
Tuhan masih ada

Monday, December 22, 2014

BUKALAH HATI

Sedangkan mimpi pun kadang tak tenteram,
apatah lagi
realiti...
bukalah hati.

DAKAPAN

Malam ini
bulan berseri-seri
menghiasi
aku sendiri

malam itu
juga bulan seperti ini
menghiasi
dakapan aku dan puisi.

CUBA MENYINARI

Pintu hati
kubuka seiring pagi hari
menjenguk adakah si putih merpati
tatkala awan sugul dan mentari cuba menyinari

PUDAR

Pudar waktu kerana aku
tanpa anak-anakku
dan penjaga makanminumku...

CERITA GURU

Titik hujan kukira sampai sepuluh
rasa jemu memikiri tentang ilmu
kalau diikutkan hatiku
mahu saja kupulang ke rumah ayahku
tapi ibuku mahu dan memaksaku
tuntut ilmu di situ


betapa indahnya hariku jika bermain kesat batu
namun rakan-rakanku pasti telah mula bertemu
di tempat ilmu
dalam masa yang sama guru-guru mula memandu

terbayang di benak hatiku
apa perlunya ilmu
kerana tidak pernah aku mahu
yang aku mahu hanyalah cerita guru-guru.

BERLANTAI BAMBU

Dinihari sudah kudengar suara dapur
sesekali bagai kumimpikan air timba bercurahan
mahu buka mataku bila dengar minyak panas bak hiroshima
aku tahu,
itu nenekku


kubangkitkan tubuh kerdil ini dari perangkap mimpi
nyata... mimpi tidak indah belaka
lebih baik aku bangun mengucap salam
pada si dia
wira subuh berperang sesama belanga

langkah demi langkah kuperhati hati-hati
warga kota yang datang
tidak rela jatuh terhentam lalu patah tangan
lantai bambu sudah semakin usang
kini yang penting makan.

KUDICUMBU

Setitik embun yang jatuh ke bumi
menyejuki diriku yang hangat bercintaan
sehirup kopi yang panas seperti kudicumbu oleh kasih sayang...

PUNCAK

Puncak gunung kita perhati
puncak hati kenapa tidak diselami...

BERHENTI DI SITU

Kumelihat dinding putih
dalam mahligai yang tersergam nan biru
hatiku berkelabu pada saat dibelenggu
ke kiri atau ke kanan tanyaku
tidak terjawab aku
lalu bersendirian menunggu waktu


aku lalu berhenti di situ
berpaling ke belakang kerana dalam penantian
yang lain deras meninggalkan aku
hanya mampu melihat
tapi tidak ada yang mahu meningkat
kerana mereka terlalu laju berlalu

menanti dan terus menanti sendiri
berpatah mungkinkah lagi
ke kiri takut termakan budi
ke kanan takut bertambah benci
lalu aku berhenti,
berhenti di sini sampai mampu melangkah kembali.




PUISI

Sepatah kata
memberi seribu makna
ungkapnya tidak kuterkata hingga kau ternganga
puisi umpama gadis berbaju merah tanpa pandangan mata
pedang di tangannya
berkata sekata manis pandangnya
berkata salah padah dapatnya.

PAGARI

Kupagari laman rumahku dengan bunga berwarna-warni
kau pagari rumah sendiri dengan pagar berbesi-besi?

KENANGAN

Hatiku umpama burung baharu di angkasa
terbang tinggi dengan laju deras seribu perwaktu
nafas yang lega terhembus dari degup jantung seiring awan biru
tiada lagi konsep ilmu yang dahulu berakit-rakitku ke hulu
bersenang-senang aku sekarang...
tinggal kenang-kenangan.

TUNGGUL JATI

Pasti madah cintaku meluatkan dikau yang kusayangi...
jika itu terjadi,
jangan lagi kau cari lelaki seperti diri ini
carilah yang lebih pasti umpama tunggul jati.

WAKTU

Usah biari aku seorang dalam kedinginan embun pagi
hampiri aku dan peluklah
agar hangatmu juga menghangati subuhku
sepanjang waktu...

BERSERTAMU

Kedengaran merdu nyanyian puji kepada Tuhan
satu-satunya harapan yang ada
bila semua telah berpaling tadah
dan bila harapan yang diimpikan seperti tidak mahu berlaku
imanlah yang tinggal untuk kau dan aku

teguhkanlah imanmu
apa yang sedang berlaku
tidak mungkin akan selalu
kerana pada penghujung zaman
aku akhirnya pasti bersertamu.
Tinggallah di dalam diriku
begitu juga aku tinggal di dalam dirimu.

MANDI TAK BASAH

Malam sudah semakin dingin
burung-burung sudah tidak mahu bersiulan
ke mana sudah kesibukan siang
takutkah pada keindahan malam?


Malam sudah semakin kelam
ungas malam sudah ramai keliaran
ke mana sudah keberanian sang siang
takutkah pada kupu-kupu malam?

Malam sudah semakin hilang
mabuk sudah bukan alang-alang
subuh semakin siang
mandi tak basah kerana rindu semalaman.

KAYU

Ku melihat kayu lama
dalam kayu baharu
nun jauh di sana
ada kamu yang selalu kutunggu.

PINANG

I'm drinking alone in the darkness
how I wish you were here
of course with me
humble me... poor me
so,
I'm waiting for the moon
alone in the darkness
while lovers called it the dusk

I just want to be with you
and your lovely hair
then I continue drinking
while eating 'pinang' on my left hand
and thinking of you with my right brain
thinking about your eyes
ears...
breath and the kisses
yes I am not right as it may seem
I am going left
speechless...
I was beyond any words
at the moment
I kept chewing the 'pinang'
wish I can chew your lips
it taste so good
makes my world spinning around
feels like I'm drunk
God...
god can't help us anymore
only you and me can make the different
between love and being loved
I long for your sweet touch
caressing my skin
your words so sweet
whispering softly into my ears
I wanted more but you and I know we can't
I'm willing to cry for you
but die,
I hope no
'cause I want to live with you
as long as the pinang's tree
will do...
your love is like 'pinang'
sometimes it taste bitter, sometimes sweet
the more I chew the more I like
it makes me dizzy but it's okay for now.

KERAGUAN

Kasihku padamu
tidak seperti tali air di perpaipan
ditutup, hilanglah
dibuka, ada pula


kasihku padamu
umpama tali air yang mengalir di setiap sungai
terus mengalir tanpa lesu
namun di mana puncanya dan di mana akan berakhir?

sehingga subuh ini
aku masih mencari jawapan
bayang-bayang;
Kenapa hanya hitam?

Lalu, seru malaikat
engkau akan melihat bayang-bayang yang bercahaya
apabila engkau,
dipilih syurga...

kerana ramai yang melihat bintang-bintang
tetapi tidak mampu memahaminya
ini kerana
hatimu selalu ragu.

KEMBALI BERSEMI

Kelihatan awan menyelubungi
begitu turut hati
kelihatan bintang jauh menyendiri
begitu juga permaisuri


angin...
bawalah awan pergi
sang bulan aku mahu di sini
bentuklah hati jika terus di sini

agar hati yang telah pergi
kembali bersemi
walau keramat
dalam puisi.

REALITI

Sedangkan mimpi pun kadang tak tenteram,
apatah lagi
realiti...
bukalah hati.