Wednesday, March 21, 2012

MAHLIGAI HATIKU

MAHLIGAI HATIKU

Letih kadang hidup sendiri,
Semua yang berlaku tiada bernyawa,
Ku utuskan azam untuk berteman,
Tinggal bersama aku,
Dan aku tinggal bersamamu,
Di sini…
Di mahligai hatiku.

Mewah tidak bermisteri unggul,
Ku cipta sesuatu,
Satu persatu,
Dari satu kepada dua,
Dari A kepada B,
Sabar…
Hasilnya nanti akan bertemu keriangan,
Bersama insan yang kita sayang,
Di mahligai,
Mahligai hatiku.

Bila berkebun di petang ini,
Hujan datang suruh berhenti,
Ku berlindung di tepi bunga,
Indah harum,
Meriah bermain hujan,
Basah,
Basah di sana sini,
Kehidupan mereka permai dipandang,
Tidakkah hati merasa tenang,
Bila melihat hasil cinta dan sayang,
Mahligai…
Sekali lagi ku kata mahligai,
Ini kediamanku.

HUJAN SUBUH DI ATMOSFERA

Kicauan burung bertanda suatu,
Bisikan dahan bambu geseran,
Dentuman guruh semacam pecah,
Oh ribut…
Datang di subuh ini.

Terjaga aku dari lamunan,
Ku imbas esok siang apa berlaku,
Akan ku lalui jalan berlumpur,
Jalan hidup yang sungguh meluatkan,
Ku tetap tabah,
Harungi duga buat hidup perlahan,
Bukan selalu,
Bukan selalu…
Hujan jadi penyeri,
Jika kita boleh hayati,
Menarilah bersama dia,
Dalam hujan,
Seperti dahulu…

Hujan subuh di atmosfera,
Pernah kita bercerita satu,
Sampai mata tak menahan lagi,
Tidur lena bersama pasti,
Riang hati si anak kecil,
Bermandi hujan,
Berkaki ayam,
Berbaju longlai,
Merah tanda pencinta,
Ku depakan lengan,
Syukur kepada sang Pencipta,
Titik hujan di muka ini,
Hanya ku dengar,
Suara semulajadi...
Yang lain masuk berlindung,
Aku di sini bersukaria...
Nyaman,
Seorang,
Bermain hati,
Air,
Semua indah bila hujan di atmosfera.

Tuesday, March 20, 2012

HARUMAN DARI SYURGA

Di hatimu aku tahu,
Kau tak tahu apa ada dalam hatiku,
Yang kau tahu…
Hanya yang perlu ku beritahu,
Kau di hatiku,
Walau bencimu sentiasa ada untukku,
Maafkan aku,
Kau haruman yang ku intai,
Senyummu bisa buat aku berdarah,
Marahmu buat diriku…
Berduka.


Tidak ku mahu ia jadi begini,
Kasih sayangmu aku petik sekuntum,
Aku serah kepada yang lain,
Maafkan aku…
Maafkan aku,
Selagi berpijak aku di bumi,
Kasih setiamu selalu ku hargai,
Hingga udara tak selamat lagi,
Bila air tidak boleh diminum lagi,
Seperti tanah tunggu dihimpit,
Jadi petroleum yang semakin perlu,
Segala kata boleh ku kata,
Segala indah ku boleh beri,
Tolong maafkan aku,
Hulurkan sedikit,
Haruman itu..
Haruman dari syurga.

Biar kita rasa nikmat bercinta,
Pandangan mata jadi cantik istimewa,
Kau gadisku,
Kau ilhamku,
Kau ratuku,
Kau musuhku…
Kau temanku,
Kau hari dalam hidupku,
Kau benci aku,
Aku cinta,
Aku cinta padamu.

BAYU SENYUMAN

Selalu bayu bertiup merdu,
Bunyi gemalai sang daun yang hijau,
Hijau dan terus mekar,
Gugur nanti biarlah berguna.

Resah hati hampir tidak tertahan,
Ingin menjerit…
Aku melambai engkau,
Tidak ku toleh sebelah kiri,
Ku lihat depan memandang alam yang fana,
Di belakang ku biar berlalu,
Kalah beribu lantaklah di situ,
Tidak ku kalah dengan kasih di hati,
Tidak akan,
Tidak akan…

Ku memandu laju tetapkan haluan,
Selaju bayu,
Mententeramkan jiwaku,
Ada esok ku cuba lagi,
Untuk memeluk dirimu dinda,
Daun mekar segar selalu,
Sesegar senyummu,
Tawa dan manjamu.

Kenari menyanyi,
Ku rantai bintang antara bintang,
Ku pagar bumi berbulan terang,
Ku tanam jati setia menanti,
Ku semai agar mekar manismu,
Selalu…
Selalu…..
Dan setiap waktu,
Kau tahu,
Ku harap kau tahu.

SERI PEWARNA

SERI PEWARNA

Mencari ilham aku seorang,
Berteman hati aku tak tahu,
Di mana ku mula,
Tercari jalan cerita,
Lampu terpadam di malam hari.

Mencari kata,
Kata demi kata…
Jadi pendorong aku terus berdiri,
Setelah lama ku berbaring tidur,
Ku pacakkan semula,
Suatu seri pewarna.

Ku bermula dengan...
Biru.
Ku lakarkan langit tinggi membiru,
Warna putih ku tambah pewangi,
Yang datang dekat terhidu harum gembira,
Ku titiskan hijau,
Alam yang penuh mesra,
Anugerah Tuhan kita hayati semula,
Warna gelap jadi bingkai semua,
Lihat nanti hasil ini di galeri.

Selesai…
Aku menggenggam secawan kopi,
Ku sapu tepi,
Ku susun satu persatu,
Menari kecil,
Senyum sipu-sipu,
Seri pewarna menyerikan hariku,
Puisi...
Walau lantai penuh berwarna.

Sunday, March 18, 2012

APABILA MENTARI SENJA

APABILA MENTARI SENJA

Sepetang tadi,
Aku berpasir di suatu masa,
Butiran halus,
Terigau aku melihat sang enggang,
Kenapa ada di Sabah…
Bukankah hanya,
Ada di bumi kenyalang…

Ku lihat,
Sepasang hati bersatu mesra,
Mereka tak tahu erti perjuangan,
Mungkin kini hanya mengikut hati,
Lain hari,
Nanti…
Segala ikatan diuji gusaran,
Adakah sekental hingus berguguran,
Ditelan segan,
Diluah,
Ada perawan.

Kudoakan,
Segala indah rasa sedalam,
Kecewa nanti,
Jangan kamu patah hati,
Dongak tinggi,
Apabila mentari senja.

Kawan mengerti,
Tidak hanya berjalan sambil ketawa,
Tidak hanya duduk seketika,
Jalanlah bersamaku,
Akan kau tahu...
Gusaran maksudku,
Apabila mentari,
Senja...

KE POHON ASMARA

KE POHON ASMARA

Sediakan,
Dahan rapuh untukku,
Aku patahkan agar tumbuh hilang berganti,
Aku duduk penunggu bulan,
Itu kata…
Kata bidalan.

Tak tahu mereka niat hatiku,
Duduk malam melihat bulan,
Mata memandang,
Hati melawan,
Untuk meredahkan rindu padamu,
Oh bulan…
Di kala sabit di tengah bulan,
Senyum cahaya buat hati biasa,
Bila bulan penuh purnama,
Buat janji,
Hidup sampai mati berjanji terang bulan.

Terfikirkah engkau mungkin bukan bulan,
Ku tunggu bintang,
Jatuh meteor tak kesampaian,
Ku laung hasrat,
Semoga bertemu cinta.

Bertahun lama aku meronda,
Jalan hidup,
Hidup yang banyak bicara,
Dari pohon ke pohon asmara,
Taman indah berganti suasana,
Langit cerah menghangatkan badan,
Peluk tubuhmu,
Meresap ke tubuhku,
Aku rindu,
Aku rindu,
Aku sayang,
Aku sayang,
Selama bulan bersinar di bumi indah.

Wednesday, March 7, 2012

MADAH BERAHI A TO Z

A – mbil tubuhku dan jagalah seumur hidupmu.

B – ila hati sudah sayang segala yang ada padaku, ku serah padamu.

C – ukuplah bercinta denganku.

D – unia itu indah bila kita dilamun asmara.

E – ngkau buat hatiku berbunga-bunga.

F – ikir sedalamnya, bila tarikh engkau datang meminang.

G – ila-gila aku tidak segila cintaku padamu.

H – anya aku sayang kau seorang.

I – nginku mandi bersamamu, bermain air buih sabun berciciran.

J – angan buatku berduka, berilah aku bahagia.

K – alau nanti kita terpisah, pergilah dalam duka.

L – upakan aku tapi jangan lupa memori kita.

M – ungkin nanti kita bertemu semula, senyumlah padaku.

N – ow and forever, aku mungkin menantimu di sini.

O – nak duri kita lalui bersama, terluka kaki tidak sedalam luka di hati.

P – ergi, pergi dari hidupku.

Q – ueen of my heart konon…

R – indu sudah bertemu pilu.

S – ayu terasa ingat namamu.

T – elah ku katakan…

U – ngu kabur luntur bertabur.

V – isi perkahwinan telah jadi misi yang gagal.

W – anita sering dilukai, lelaki ingin menguasai bumi.

X – untukmu, dalam bahasa untuk seorang bekas berahi.

Y – ang pernah memberi aku keindahan.

Z – oommmm… pergi meninggalkan aku.

Madah berahi A to Z,
Mula bahagia akhir nanti tinggal sendiri,
Ku baca semula bermula A...
Bukan susah,
Sambil baca aku menyanyi jua.


KUCUP KE HATIKU

KUCUP KE HATIKU

Aku berdiri di dalam salji,
Nyaman rasa berhembus bayu,
Suram hati tiada lagi,
Kucup ke hatiku,
Kucup ke hatiku…
Sampai di sini.

Ku kirim kembali,
Ku kirim kembali…
Kucup terbang melintas awan.
Sambil mendongak ke langit putih,
Burung terbang berkongsi hati,
Arah timur,
Di sana kau menanti,
Muah untukmu,
Muah untukmu…
Semoga sampai padamu jua.

Aku berlari ke dalam pintu,
Sambung semula masak rebungku,
Sup tulang pemanas malamku,
Alangkah indah jika kita berdua,
Pasang lilin,
Berdepan mata,
Suap sambil ketawa.

Cepat kembali,
Cepat kembali…
Aku menanti di pintu nanti…..

Monday, March 5, 2012

KU DALAM DILEMA

KU DALAM DILEMA

Di Sahara ku berlari laju,
Terik silau berpinar mataku,
Menahan hangat membakar diri,
Terus begini…
Ku mungkiri janji,
Pasti tertunggu…
Engkau di Malaysia.

Terhempas kapal,
Jadi misteri,
Di gurun yang terpencil ini,
Yang lain samar pergi ke mana,
Aku sendiri,
Antara dunia…
Ku dalam dilema.

Sunyi gemuruh deruan pasir,
Butiran kecil terluka mata,
Hendak aku pergi bersama,
Lalu terkubur,
Menjadi gunung.
Perlukah aku teruskan nyawa,
Antara dua,
Satu perlu ku putuskan,
Akan nanti,
Satu terus bersemi,
Yang ku semai satu akan layu.

Ku dalam dilema,
Tertunduk menahan dahaga,
Ku serah kepada suasana.

TENUNGAN PENCINTA

Jika engkau menjadi bulan,
Biarkan aku jadi bintangmu,
Bila nanti kau jadi lautan,
Aku renang laut dalammu,

Angin bertiup tidak ku sedar,
Ku jadi pohon berbuai gemilang.

Api menyala membakar lalang,
Biarlah aku jadi sinarnya,
Kepanasan sejati,
Telah bermula sinopsis cerita,
Hak milik kita bersama…
Bila berbunyi guruh di langit,
Berkilau petir bersambaran cahaya,
Buat dunia dalam kerisauan,
Kerana kita,
Hidup mati berjuang.

Bermacam igauan di siang ini,
Aku merenung fotomu sayang,
Aduh berdebar hati kecil ini,
Mahu bercumbu hingga tertutup mata,
Rasa cinta mengalir deras,
Seluruh uratku jadi pengurat,
Bersiulan diri,
Wajah penuh erti,
Ku mahu dekat rapat denganmu,
Sedekat yang kita mampu.

Sementara belum kita termampu,
Hanya mampu ku renung,
Dari jauh,
Dengan harapan segala kejadian,
Bercelaru…
Bermadu…
Berbisa…
Tenungan pencinta boleh cair dunia.

Sunday, March 4, 2012

SENTUH HATIKU

SENTUH HATIKU

Hanya ku perlu satu impian,
Yang lain aku kata harapan,
Cita-cita,
Semua hendak kita penuhi,
Hati manusia,
Tidak pernah rasa puas.

Dalam perjalanan ke pekan lama,
Pudar warna dinding tak bermaya,
Masuk ke dalam,
Debu berterbangan,
Setebal inci buat ku sesak nafas.

Selerak jualan tiada tersusun,
Hati rimas semacam mahu meletus,
Lihat harga bukan kepalang,
Mahal seringgit…
Alasan berbagai alasan.

Sentuh hatiku…
Perlu keadaan diatur semula,
Dengan hadir seorang putera,
Itu hajat puteri.
Hadir puteri idaman lelaki.

Berjuta insan hidup di sini,
Beratus melintas hanya pandangan,
Nanti hadir suara merisik,
Dalam hati,
Kau sentuhlah hatiku,
Sekadar senyum kucing pun senyum,
Sekadar tegur burung bersiul,
Main mata tiada selesa,
Sentuh hatiku,
Ku sedia bermesra denganmu…
Jari si kecil lahir sehari,
Lihat manja tersentuh hatiku,
Ku mahu,
Rasa semacam itu,
Bukan rasa kau kecewakan hatiku.

DI MANA KU CARI GANTI

DI MANA KU CARI GANTI

Termenung sebentar di kalangan alam,
Tercari jalan di suatu persimpangan,
Dalam dilema…
Di mana ku cari ganti.

Setelah purnama bulan menghilang,
Sejuk beku kaku hatiku,
Dalam gelita ku meraba suria,
Mencari cahaya penerang mata,
Yang ditemui hanya berkala,
Datang pergi,
Silih kadang tidak berganti.

Indahnya bila mata terbuka,
Di suatu detik dalam tidurku,
Bergegas ku kejar ke luar rumah,
Ibarat penunggu,
Turun menyusur salju.

Ku cari damai abadi,
Kini hilang ku mahu mencari ganti,
Mungkin hanya setakat di sini,
Tidak perlu kaki melangkah lagi,
Ku kira,
Ada berbatang pohon,
Ku serah pancaran itu,
Hijau berseri,
Sang matahari muncul lagi,
Tiada letih,
Terus menyinari…
Walau seminggu hujan tidak berhenti.

Saturday, March 3, 2012

CINTA DRAGONBALL

CINTA DRAGONBALL

Bersalah,
Bukan serba salah...
Aku tahu rasa disakiti,
Kerana aku pernah di situ,
Bukan hendak tegakkan benang,
Tapi sebenarnya aku perlu sokongan.

Lihat perahu terhuyung hayang,
Tanpa nahkoda dia tidak ke mana,
Andai lelayang berputar laju,
Perlu penerbang pintar bertali,
Bila semua jadi tak jadi,
Henti di jeti,
Kau fikirlah sendiri.

Sejati lelaki bukan kerana darah,
Bukan jua kerana pemarah,
Jadi lelaki perlu pemerhati,
Wanita mengerti semua boleh jadi.

Jatuh lelaki sentiasa kembali,
Sangat ku harapkan wanita mengerti...

Tahniah,
Kau selalu mengerti,
Hatiku ini perlu sebati,
Dragonball perlu tujuh bebola api,
Aku perlu,
Hanya juwita di hatiku.

Tak setanding, semarak cinta dragonball.


SELAMAT PAGI SAYANG

SELAMAT PAGI SAYANG

Pagi ini hati terasa aman,
Mungkin kerana hujan di subuh tadi,
Walau malam ku lalui penuh ketegangan...

Ku fikir tidak perlu difikirkan sangat,
Perkara negatif yang telah terjadi,
Aku hidup bukan sehari,
Ku harapkan berhari lamanya,
Dan dengan itu,
Aku mengukir senyum di hati,
Dari hati wajahku turut berseri,
Yang sudah itu sudah...

Akan ku lalui hari ini dengan harapan yang baru,
Seperti bunga yang kembang setiap pagi,
Seperti burung berkicauan memulakan hari,
Cahaya mentari sangat mengasyikkan,
Mari sayang, bangun...
Kita pergi ke pantai,
Kita lihat laut yang tenang.

Selamat pagi sayang...
Mmmmmmmmuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhh!!!

DALAM MIMPIKU

Ku pejam mata dengan harapan lena tidurku,
Namun tidak selena akar tunjang yang bernyawa di halamanku,
Puisi begini telah lama ku bariskan,
Di halaman ini buat renungan bersama.

Sebulan kami tidak ketentuan,
Tamadun hilang hanya kerana pemintas,
Pelita dinyalakan tanda kembali ke pentas itu,
Pernah dahulu semua jadi begitu,
Kembali ke pangkal jalan.

Kehangatan malam tidak lagi terkata,
Kegelapan juga buat hidup bagai tak tentu,
Di saat harapan hampir tergendala,
Melintas malaikat memberi senyuman,
Katanya,
Jangan kerana kumbang kecil,
Hidupmu kau abaikan jalanmu kau tidak berhaluan,
Ingat teman,
Mercun bunga kau tanggung berisiko,
Hidupkan semarak sumbu dan lihat kemeriahannya,
Di kala malam tiada yang peduli,
Dentuman si dia akan membuat satu kampung berbicara,
Bulan tiada,
Hanya lilin penentu bicara...

Dalam mimpiku,
Di teratak bambu ini...

HUJAN RIMBA MENGHIJAU

Berdentum guruh dari semalam,
Ku rasakan jantungku bergoncang amarah,
Tidak ku marah semua jadi basah,
Malah hatiku rasa sungguh gembira,
Penat lelah aku berjalan,
Tak tahu berapa jauh tak tahu seberapa lama lagi.

Kadang dunia terlupa henti,
Bila asyik dilamun kehidupan...

Di bawah rimbunan aku berhenti,
Kerana rintikannya tidak ku terlawan,
Segala alam turut menyeru,
Kami mahu engkau berhenti,
Kami mahu engkau berteduh.

Sang bayu bukan lagi bayu,
Sudah jadi taufan kelabu...
Sang suria tidak lagi bersuria,
Sudah hilang ditutupi misteri...
Sang tanah tidak lagi bertanah,
Sudah jadi pelekit di kaki...
Semua jadi lelaki.

Sambil ku menunggu hujan berhenti,
Nyaman sungguh mata memandang,
Hembusan nafas terasa sangat segar,
Ditawan wanita,
Hujan rimba menghijau...

SIRATAN TEAM MALAYSIA

SIRATAN TEAM MALAYSIA

Bermula langkah ke pulau digeruni,
Lintas di fikiran apa akan jadi,
Namun ku teguh dengan senyuman,
Tanpa bicara aku terus melangkah.

Ada masa senyumku kaku,
Ku palingkan wajah penuh waja,
Siapa tahu dalam hatiku,
Tapi ku buktikan suatu nanti,
Pernah ku bermula,
Akan terus ku melangkah,
Menuju matlamat visi sanubari,
Untuk ku jadikan teladan misteri...

Tercorak nama di sekitar manusia,
Bukan aku,
Ya bukan aku...

Aku hanya penentu hala,
Aku jua mahu juara,
Tapi aku bukan aku,
Jika aku tiada kamu...

Mari raihkan kemenangan sejati,
Jatuh tergelincir itu pasti ku ingati,
Saat ku bangun ku harap ada kamu,
Jangan kau hina jangan kau hilang arah,
Capai tanganku,
Capai...
Mari kita teruskan siratan.

Siratan Team Malaysia...
Yang seiring dengan suratan takdir.

KEMBOJA BERHARAPAN

Terpaku puteri di atas batu,
Linangan sayu belum siapa yang tahu,
Aku sayu turut menunggu,
Saat bersatu jadi harapan bertemu,
Sungguh berat bahu memikul,
Langkah jitu jadi berbatu.

Bila suasana tenang membiru,
Gendang ku palu tanda pemalu,
Tidak ku tahu apa akan berlaku,
Langsung tiada tanda padaku...

Terserah...
Di waktu ombak membelasah tembok,
Aku menepis tempias bergaram,
Jauh terbang fikiran lelayang,
Hampir terputus kerana sayang,
Layang singgah di pohon aru,
Tepian pantai di tanjung aru.

Tak tahu,
Asyik tak tahu...
Mungkin sampai bersemadi waktu,
Sebelah pohon... kemboja berharapan.

PUTERI BERPAYUNG MERAH

Cepat aku melintas kerana sejuk tidak menahan,
Lapar perut keroncong hendak balik ke rumah cepat,
Ku lihat kiri dan juga di kanan,
Bila melintas terlintas wajah,
Gadis ayu berambut perang...

Sekali lagi,
Sekali lagi aku menoleh,
Siapa dia jelitawan itu,
Adui sayang tidak kelihatan,
Dia menutup bagai perasan aku tercarinya,
Payung merah menahan salji,
Di minit yang sejuk terasa panas menghangatkan,
Huhu...

Dengar ini.
Andai diri dalam kedinginan,
Biar aku jadi penghangatnya...
Andai diri menggenggam payung,
Aku rela ganti jadi pelindung...
Andai baju terlerai di daratan,
Aku bagaikan pengantin di belakang...

Menahan geram,
Hasrat tidak kesampaian,
Semakin jauh,
Semakin kabur pandangan ini...

Ada jodoh,
Pasti kita bertemu lagi...
Dengan si dia,
Puteri berpayung merah.

TERBENAM CAHAYA JINGGA

TERBENAM CAHAYA JINGGA

Ini mungkin yang terakhir,
Walau cinta akan terus bercerita.

Tidak tahu bermula mana tapi terbenam cahaya jingga...
Terakhir ku kata,
Hidup bermula dalam tangisan,
Berakhir dengan senyuman yang tabah,
Tabah jika kita bersedia,
Turutan itu akan ku junjung dalam hati waspada.

Dalam drama kisah akhir gembira,
Kisah ini aku pengarangnya,
Indah bukan untuk kita,
Tapi indah untuk yang sepatutnya...

Ayu,
Ingatkah engkau dari saat pertama...
Saat kedua...
Dan saat penghujungnya...
Walau segarang singa bila ia tiada,
Jika igauan mimpi jadi luar biasa,
Jika ombak mega sanggup kita redah,
Andai langit tinggi terasa di telapak tangan,
Tiada ertinya...
Jika benang tidak tersimpul mati.

Tunaikan seperti yang aku tunaikan,
Menghala engkau ke laluan sana,
Biar ku menghala ke laluan ini,
Hati akan ingat padamu,
Apabila,
Terbenam cahaya jingga,
Semua berhenti di sini,
Kehidupan baru akan bermula...

Seperti burung meniti di surut ini.
Jangan menangis sayang...
Kuatkan hati.


BUNGA CINTA MATAHARI

BUNGA CINTA MATAHARI

Selamat pagi sunshine,
Semalam aku janji buka mata ada indah dilihatmu.

Nah...
Bunga cinta dari aku petik untukmu,
Tak perlu ku cari buku di kedai,
Untuk menerangkan maksud sang bunga,
Memang ku tahu dan kau tahu jua,
Lain bunga lain maksudnya,
Tapi...
Tidak ku kisah.

Itu maksud dicipta mereka,
Bunga itu milik mereka,
Tapi lagi...
Bunga ini milik kita,
Dari aku senyum untukmu,
Dari jariku ku semat di sampingmu,
Biar aku memberi erti...

Bunga cinta matahari. Bunga cinta matahari...

Setia,
Seperti setianya dia memberi cahaya,
Walau kadang gelap kau rasa tapi percayalah,
Aku sentiasa ada...
Memang kadang hatimu terluka dengan tingkahku,
Maaf aku meminta...

Ceria,
Akan ku usaha beri engkau ceria,
Senyum selalu tawa tiap waktu...
Aku berharap engkau menanti,
Hari cerah selepas hujan sepanjang musim.

Kuaci,
Hehehe...aku tahu engkau suka kuaci,
Bila nanti bunga ini layu,
Sayang ambillah kuaci yang terhasil,
Seperti janji sehidup semati,
Akan ku usaha cari rezeki,
Untuk kita dan juga anak-anak kita...

Setia, ceria dan kuaci...mmuuahh!!!
Mari bangun sayang,
Kita simpan bunga ini di meja makan itu.

CANTIK DAN MENAWAN

CANTIK DAN MENAWAN

Kau berjalan di dewan itu,
Kau tahu di situ ada ratu,
Ratu permaisuri hatimu,
Selendang biru kau jejaki bila melangkah ke pintu itu...

Kau juga tahu,
Walau beribu wajah yang cantik dan menawan,
Kita akui,
Sebagai lelaki,
Semua wanita itu cantik dan menawan...

Cantik dan menawan belum tentu jadi milikmu,
Kerana,
Setiap yang tercipta itu ada tujuannya,
Setiap jalan yang kau lalui telah direncanakan melebihi yang kau tahu...
Tiada siapa yang tahu.

Tak perlu kau cari yang cantik dan menawan.
Tak perlu aku tegaskan.

Kerana walau hanya satu saat,
Saat bila kamu dipertemukan,
Itulah saat yang menentukan segala hidupmu,
Mungkin itulah hidup dan matimu,
Sebaik mungkin itulah hidup dan matimu...

Jodoh.
Walau hanya kerana kicap yang tertumpah,
Walau hanya kerana pin rambut yang tercicir,
Walau hanya terklik ‘add friend’...
Walau hanya kerana lima puluh sen,
Walau hanya kerana kemalangan misteri,
Kalau ditakdirkan,
Kamu tidak akan ke mana...

JERITAN SATU NAGA

JERITAN SATU NAGA

Beban berat ku pikul di belakang,
Ku bawa melangkah ke hari baru,
Tapi terfikir buat apa...
Kalau hidup kita boleh berubah,
Dari kurang baik kepada yang lebih baik.

Sejenak mata hati terloncat,
Bila terdengar jeritan satu suara,
Tinggalkan dahulu!!!
Beri ruang kepada dirimu,
Untuk meneruskan laungan dari hati,
Biar ku pecut sekali ini,
Mari aku lihat apa yang terburuk akan jadi...

Sekian lama naga bersepi,
Namun terbangun kerana jeritan itu,
Menyala api berbebola pasti,
Ku lancarkan ke udara biar hati berpuas hati.

Biar gelora terhenti seminit,
Beri ruang kepada hatiku,
Dia tahu aku sedang marah,
Marah seluruh dunia.

BILA CINTA BERKATA

BILA CINTA BERKATA

Kalau kau mahu tahu,
Ini hatiku sedang berkata...
Apabila namamu bermain di fikiranku,
Seluruh hariku ada bersamamu,
Dari suka dan juga duka dari pagi ke tutup mata.

Aku tak pasti kenapa...
Aku tahu tapi aku tak pasti,
Tidak ku mahu kecewa lagi,
Tidak ku mahu menempuh lagi,
Kisah cinta yang penuh misteri.

Hendak ku kata walau pernah ku kata,
Kau sentiasa di hatiku,
Walau tidak aku bersama diri itu,
Walau tidak aku berhubung denganmu.

Bukan itu ukuran cinta yang aku tahu,
Kerana cinta ada hanya di hatiku...
Hatiku tapi tidak ku tahu hatimu bagaimana.

Kalau boleh aku menjerit,
Akan ku jerit sekuat guruh di angkasa,
Aku sayang padamu!!!

Indah dikata jua didengar,
Untuk disegarkan begitu payah sekali,
Pasti ada sahaja peristiwa yang menghantui,
Bagai bandar dilanda tsunami,
Kenapa masih perlu dibangunkan?
Kenapa?
Kata dia walau bandar tetap membangun,
Badai pasti akan menyusul jua...

Mari kita lalui...
Mari kita hadapi dugaan itu...
Kalau hidup ini kita bersama,
Kita bersama walau apapun yang terjad

SUDAH TERTULIS BEGINI

Senang katamu berkata seperti itu,
Senang katamu berbuat seperti itu,
Senang katamu melakukan keputusan seperti itu,
Yang terasa kau dan jua aku..

Jatuh di batu beralas batu,
Kepala keras semacam batu,
Ku tahu bukan mudah begitu,
Perlu kekuatan keazaman yang sangat jitu.

Kalau nanti kau teringat memori itu,
Beri senyuman tanda kita berdua,
Pernah bersama di halaman rindu,
Di sebalik batu aku sedang berlagu,
Bersama gitarku dengan lagu yang sungguh sayu…

Berlinangan airmata.

Mungkin tak mungkin kita menambah lagi,
Kenangan terindah antara kau dan aku,
Tiada seindah saat istimewa itu,
Bisikan merdu…cukup…..tidak dapat ku teruskan kata…..

APA LAGI KU CARI

Lepak sahaja di petang yang renyai,
Tadi lebat rintihan hujan,
Cari makan terpaksa redah berjuang,
Hidup basah di tepi lautan.

Ayuh beri aku buah fikiran,
Perlukah semua berganti baharu…
Senang sayang,
Tidak perlu.

Ada perkara perlu diperbaharu,
Banyak juga dibiarkan sahaja,
Seperti baju kau ganti baharu,
Kereta jua boleh cari yang baharu.
Tercabut kuku ganti nanti yang baharu,
Radio berteriakan Selamat Tahun Baru.


Pecah pembesar suara beli saja yang baharu,
Rosak komputer banyak yang baharu,
Rosak hati kau tanggung sendiri,
Ombak rindu? Ra-One? Superman 2012?
Angry birds? Samsung Galaxy 7?

Sayang,
Tetap sayang…
Bolehkah diperbaharu?
Cinta…
Boleh baharu.
Sayang…
Ku biarkan sahaja kekal begitu.

Apa lagi ku cari…
Manusia memang suka yang baharu.

TINGGAL NOTA DI PETI SEJUK

TINGGAL NOTA DI PETI SEJUK

Semalam tidak lena aku bermimpi,
Serabut minda ingat kau seorang,
Jauh dari diriku,
Tapi hati seperti di sampingku.

Ku petik kata dari alam maya,
Niat di hati menggembirakan hatimu,
Untuk kau berwajah senyum,
Senyum yang selalu kau beri padaku,
Hanya di masa gembiramu,
Walau kadang senyum kau paksa demi cinta itu…

Ku tahu,
Walau ada ku tinggal nota di sana,
Sekecil hatiku yang penuh riak wajahmu,
Ku suratkan ayat penuh erti…
Tadi, aku rindu padamu.

Sekarang aku jalani hidup di muka bumi,
Kerana untuk tanggungjawab bertempoh,
Kalau nanti ku pulang kembali,
Ku harapkan kau telah baca dan mengerti…

Walau hanya tinggal,
Tinggal nota di peti sejuk…
Seperti kenari basah menyepi.

AYAT TERINDAH VS. AYAT SENGKETA

Sayang…
Sekilas saat aku lihat wajahmu,
Terpaku sebentar aku di tepi dinding,
Seperti ada sesuatu yang menarik perhatianku,
Wajahmu buat mata ingin bermain mata,
Buat hatiku ingin memiliki,
Buat bibirku ingin berkata, ‘aku suka padamu’…

Ku berpaling,
Dalam sanubari aku menghayati,
Kalaulah aku dapat buat mu bermanja,
Akan ku peluk engkau,
Dengan kehangatan jitu beradu bersama keinginan ini…

Kau kini permaisuri hatiku,
Segala janji akan cuba ku tunaikan,
Mengikut kemampuan yang terhad ada padaku,
Ku doakan agar kau dan aku akan diberkati,
Oleh kelimpahan dan kemurahan kurnia dari Tuhan.

Andai begini jadinya ruang dahulu,
Kau berlari ke sana aku pula berlutut jatuh di sini,
Perpisahan sungguh memedihkan hati,
Namun kebaikan itu akan tersemat lebih lama di dada.

VS.

Boleh jalan laaa…..

TANGISKU BUKAN UNTUKMU

Nyata petikan kata,
Dari lagu ombak rindu untuk cinta salju,
Dengarkan sayang…

“…malam kau bawalah rinduku,
Untuk dirinya yang jauh dariku,
Agar dia tidak kesepian,
Selalu rasa ada cinta agung…

…Hujan bawa air mataku,
Yang mengalir membasuh lukaku,
Agar dia tahu ku tersiksa,
Tanpa cinta dia di hatiku…”




Menangis aku,
Jatuh menitis setelah bergenang di kelopak itu,
Ku tahan di hati,
Tapi pernahkah kau rasa ianya mahu jua melimpah…
Ya pernah, pernah ku lihat suatu saat itu.

Maafkan aku bukan kerana dirimu,
Tangisku bukan untukmu jua…
Airmata ini ku kesalkan sambil ku kesat,
Kerana keadaan yang tak patut berlaku telah terjadi.

Kenapa ini perlu kita lalui,
Kenapa…
Ada Tuhan sengaja memberi kita kepedihan,
Untuk apa…
Untuk apa…
Aku menangis kerana diriku,
Kerana tak mampu berjuang lagi.

MISS YOU + +

MISS YOU + +

Minda ku paksa melakukan sesuatu,
Tapi parah tidak juga dapat ku lakukan,
Tak pasti kenapa...

Wahai lilin kenapa kau membuat sinar namun membakar diri,
Mengeluh selalu.

Tidak patut ku cabut pohon berakar,
Walau berbunga cantik semawar,
Namun hati terpikat sukar ditawar,
Hanya satu nama,
Dengan dua suku kata begitu jua kata di hati ini.

Dua suku kata; Ya, dua suku kata...

Maafkan sayang kalau ku katakan kembali,
Berulang kali,
Mungkin buat kamu bosan...

Again and again,
I want you to hear the words,
Miss you...

HATIKU BERKATA

Bila kau berkata,
Di masa aku tenung matamu,
Dadaku terasa sesuatu,
Seperti jantung ku dilanda gempa,
Bagai kinabalu mahu meletus lagi...

Terasa seperti aku perlu sesuatu,
Untuk mententeramkan badai di jiwa ini,
Ku sanggup berikan engkau bulan dan bintang,
Walau kita tahu hanya di dalam mimpi,
Mimpi di subuh hari,
Terjaga ingat namamu...

Aku perlukan roket!!!
Untuk ku pergi menjemput si bulan,
Untuk ku curi sekeping bintang...

Bila ku kembali bulan depan nanti,
Aku berharap kau akan berkata...
Terima kasih sayang,
Untuk bulan dan bintang ini.

Senyum antara kau dan aku,
Ku sentuh jarimu ku cium pipimu...
Hatiku berkata...
Sayang selalu.

SUARA HATI

SUARA HATI

Dedikasi cinta ku mulakan untukmu,
Seperti...
Kedengaran satu bisikan di sudut itu,
Di kala aku menabur benih bunga,
Untuk ku hiaskan laman rumahku,
Seperti terhenti jalan hidupku.

Jatuh hati...
Buat hati kita mekar berseri,
Bibir merah senyum menawan,
Jelingan manja buat hati meronta-ronta.

Berpuluh tahun aku lalui,
Jalan hidup seiring masa,
Mungkin kau lebih tapi itu aku mengerti,
Tolak ansur engkau tenangkan...

Mari sayang,
Kita hias jalan hidup kita,
Cipta memori antara kita berdua,
Suka dan duka kita kongsi bersama,
Sakit nanti ku harap ada bersama...

Suara hati...
Jangan persoalkan kenapa,
Bila kita hidup di belantara,
Suara hati itulah yang sentiasa bersama kita,
Bagai pondok di tengah rimba,
Itu hati yang sentiasa mengerti...

ENGKAU YANG JAUH

Sakit sangat kepala ku terkurang oksigen,
Tidak sesakit rindu ini padamu di sana,
Jauh entah ko sedang buat apa,
Mungkin sedang makan,
Mungkin sedia untuk mandi,
Mungkin telah pun lena mimpi bergurau senda.

Hmmm…ku tenang dalam getaran,
Terhibur,
Harum ikan masin digoreng teman serumah buat perutku lapar,
Lihat potretmu buat hatiku ingin memutar masa,
Agar cepat berlalu,
Untuk kita bersua kembali,
Walau di dalam hujan mahupun ribut dan taufan,
Bila aku kata hendak melihatmu,
Kau pasti melihatku jua…

Puisi ku sandarkan buat teman bicara,
Untukmu sayang,
Untukmu si manis madu…

Engkau yang jauh,
Jauh di mata,
Seperti kata mereka,
Di hati kau sentiasa ada…

TERIKNYA PANCARAN CINTA

TERIKNYA PANCARAN CINTA

Seboleh subuh aku keluar mencari dia,
Walau jauh selama dunia aku perlukan,
Tidak mengapa,
Panahan itu aku tahan semampu lagi,
Ku intai cinta di tepi lautan.

Litar kamera ku tuju ke arahmu,
Ku harap wajahmu…
Yang telah meruntuhkan egoku muncul di lensa ini,
Seperti tidak tertahan terima cahaya,
Cahaya cinta dari seorang permaisuri,
Walau kata indah belaka,
Tiada seindah bila ku dengar kau kata padaku,
Sebut namaku…
Dua suku kata.

Cahaya,
Sinar,
Terbentang indah ciptaan Tuhan,
Mari kita kongsi bersama,
Sambil ku genggam jarimu sayang,
Tepi pantai,
Jam enam pagi…

Kalau dapat kau selami,
Begitulah,
Teriknya pancaran cinta,
Yang membuat aku membuai harapan.

BERDIRI SETINGGI POHON RAKSASA

BERDIRI SETINGGI POHON RAKSASA

Untuk teman yang dalam dilema…

Meniti tangga buatan manusia,
Pokok kelapa jadi taruhan,
Dalam ku melintas ke destinasi baru.

Lantak la semua yang telah terjadi,
Hidup ini perlu aku teruskan,
Bukan lagi untuk insan dahulu,
Tapi untuk insan yang lebih perlukan aku,
Anak-anakku…

Menangis aku tak terkira masa,
Sampai dibelai oleh anakku sendiri…
Kenapa jadi seperti ini?
Kenapa Tuhan…
Bukan aku meragui hukum alamMu,
Bukan aku menafikan takdirMu,
Bukan ya Tuhan…
Bukan…..
Malah jatuh aku berlutut memanjatkan doa,
Agar hidupku ini lebih bahagia,
Bahagia dengan belas kasihanMu,
Berilah aku berkat untuk hidupku yang akan datang.

Berilah aku semangat tak putus asa…
Berilah aku kekuatan yang sejati,
Ku mahu harungi ombak mega ini,
Sambil berdiri walau tertitis kadang air mata kesabaran.

Aku mohon ya Tuhan…
Kasihanilah aku,
Anak-anakku…
Berkati kami agar dapat berdiri,
Berdiri setinggi pohon raksasa…

Berat mata memandang... Berat lagi bahu yang memikul.
Ampunilah segala dosaku Tuhan.

ALUNAN KASIH

ALUNAN KASIH

Berkumandang bunyi bernada cinta,
Ada kecewa ada bahagia jua,
Begitulah hidup bermadu asmara,
Semakin jauh semakin terasa,
Kerana rindu selalu pasrah…

Berbuai rasa beralunan suara,
Riang gembira bila kita berdua,
Sayang seribu makna…
Melangkah ke sana ku eja namamu.

Ku beranikan diri mengenal dirimu,
Walau ku tahu api boleh menyala,
Bunga,
Mekar kembali setelah lama musim sang luruh,
Ungu tanda sempurna.

Temu nanti senyumlah padaku,
Katakan jua kata mencuit rasa,
Gurau senda penghibur semalu,
Mari sayang kita pergi di sana.

Di sana,
Tepi lautan kita sama merasa,
Sentuhan kasih belai penuh manja,
Indah dunia antara pencinta.

Mampukah?
Kita hentikan ruang dan masa,
Kita semarakkan…
Alunan kasih.
Biar beralunan setinggi angkasa.

RINDU CINTAKU

RINDU CINTAKU

Seteguk kopi aku salurkan ke dalam tubuhku,
Sambil lepak di kerusi old town café,
Aku memerhati,
Seorang artis duduk di sudut itu,
Pegang buku warna kuning begitu.

Rindu cintaku…

Tersenyum aku membaca tajukmu,
Buat hati mahu cipta sesuatu,
Biasalah,
Puisi indah buat hidup kamu turut indah,
Cinta…
Bukankah sekata itu boleh buat hidup kita…
Bahagia…
Kecewa…
Tanya sahaja orang yang lalu,
Ketawa terkeluh hati rindu berpeluh-peluh.

Macam-macam cerita,
Akan terhibur hati pendengar,
Kerana terimbas memori sendiri.

Cinta terus bercerita,
Tak tahu mulanya juga tak tahu akhirnya.
Gerbang terbang melayang…
Burung boleh terhenti terbang.

KURINDU TAWAMU

KURINDU TAWAMU

Luas terbentang laut dan angkasa,
Langit dan bumi ada di antara,
Duduk kau di sana dan aku pula duduk di sini,
Melihat bibirmu cantik sungguh menawan,
Kerana senyum telah jadi ketawa.

Hati terusik dengan pandangan,
Segan mahu hati memang mahu,
Hahahaha...
Meriah dunia dengan laughing out loud,
Segala bebanan kita singkirkan bersama.

Thank you my dear,
Kongsi hidup selagi mampu,
Jangan difikirkan terlebih sangat,
Cukup untuk semalam ini,
Esok impian kita bersua lagi.

Senja bersilau di ufuk timur,
Di belakang ada warna menghijau,
Biru sayang,
Kurindu tawamu...
Bila sendiri... bersenyum ku sendiri. ^_^

The Brave-Hearted Will Take the Bride

DILWALE DULHANIA LE JAYENGE
(The Brave-Hearted Will Take the Bride)

Chaudhry Baldev Singh (Amrish Puri) is settled in London with his wife Lajjo (Farida Jalal) and two daughters, Simran (Kajol) and Chutki (Pooja Ruparel). Despite living abroad for more than 20 years, he still feels that Punjab is "home".

Daughter Simran is getting ready to graduate from school, and has begun thinking about her future and a possible man in her life, though she doesn't have someone in mind. Scenes show Raj Malhotra (Shahrukh Khan) winning at all types of male pursuits - rugby, bowling, swimming, etc. He wakes up on a pool raft realising he is late for his graduation ceremonies. He arrives breathless and slides in next to his friends, just as they are announcing that one candidate will not receive his degree. Raj makes jokes until he learns he is the one! His father, millionaire Dharamveer Malhotra (Anupam Kher), plans for Raj to start working for him, but Raj smoothly manipulates him into allowing a month long holiday first.

The next day Chaudhry receives a letter from his old friend Ajit (Satish Shah) in Punjab, saying that since Simran is grown it is time she married Kuljeet (Parmeet Sethi) as was agreed when the two were born. Simran is horrified but Chaudhry is oblivious.

Her friends plan to tour Europe by train after graduation, and she desperately wishes to go but knows her father will object. Raj and his friends are planning the same type of trip.

As Chaudhry locks up his store for the night, Raj and his friends pull up and beg to buy beer. He stiffly replies that the store has closed. Raj convinces Chaudhry that he has a headache and needs aspirin, pleading for aid to a fellow Indian. Then he leaves money for the beer and runs off with it, tossing the aspirin down. Chaudhry is furious at the boy with no honor. He has always insisted that his wife and daughters keep to Indian traditions rather than assimilating. In front of him the women comply, but he has no idea what happens when he is not home (wearing miniskirts, listening to rock music, dancing.)

The next morning, he finds Simran in traditional robes, praying sweetly before a household altar. She begs him to allow her "a month of my own life" to travel before obediently marrying a man she's never met. He finally agrees.

Both Raj and Simran are late getting to the train departure, and Raj pretends they are locked in the compartment. He tries to flirt with her, using one "line" after another, to her disgust. In Paris, they meet at a party, where Raj flirts with Simran's friend using the same lines! When he brags about his piano skills, Simran assumes he's lying and introduces him as a guest player. He acts embarrassed, messes around on the piano as a novice would, and then plays it beautifully, and does a whole song and dance performance. She ends up humiliated. The next day they meet and he offers a flower as an apology - and then it squirts water in her face.

Later he delays her in a shop and they both miss the train. Simran refuses to travel with Raj, but when she is stopped by the police for hitchiking, he stops and pretends she is his wife, along with lots of hugging. After the police leave she is furious, but he points out that it was not his idea. She apologizes and they travel together until the rental car breaks down. When she is exhausted from walking, he begs shelter from a nearby house. Learning there is only one room, she leaves in a fury, assuming again that it was a plot. He finds her in a drafty barn, and later apologizes. It starts to snow, and he drinks some cognac to "stay warm". When he awakes, he finds her roaring drunk and acting wild, and chases her all over town, then has a few drinks himself.

She awakes in the farmhouse bedroom, seeing clothes scattered about the room, and Raj fools her into believing they made love. She becomes hysterical, and when he says it was a joke she doesn't believe him. Finally he has to shout at her to convince her that an Indian man would not violate an Indian woman's honor. She is so relieved that she hugs him, crying. Later that morning, she spots a church and insists on seeing it. He turns to her and finds her kneeling in prayer, and the picture strikes him. He asks what she prayed for and she won't tell him. Raj runs back into the church and prays that her prayer will be answered.

As they wait to change trains, he shares a dream similar to hers at the beginning, about a possible woman in his future. She is shocked to hear how similar they are, but when he asks if she's ever thought that way, she admits that her marriage is already arranged. After they've rejoined the group, the two meet on a bridge, and he says in all seriousness that he loves her. She is stunned - then he bursts out laughing and says it was a joke. But then he asks if she'd still marry her betrothed if she fell in love with someone else. She does not answer, then the train horn sounds and she turns to go.

Back in London, they part at the train station after Raj sadly refuses a wedding invitation. As she watches him walk away, she realises she's fallen for him, and sees his face everywhere on the way home. Raj envisions her accompanying him home also. That night, Simran confesses her love to her mother. Unfortunately, her father overhears, and is furious. He decides to pack and leave for India immediately. Raj's father encourages him to go after her.

On the family's arrival in Punjab, Kuljeet appears from the hunt as a "man's man" rather stuck on himself, and Simran continues to be depressed. Her mother wants Simran to be happy, but has realized that women don't get to make those choices. She asks Simran to put aside her feelings for Raj for the sake of the family. Simran accepts and agrees to get engaged.

Early one morning Simran goes to the fields and Raj appears. She begs him to take her away, to elope (a shameful offense against tradition in India, causing scandal and permanent family estrangement). He refuses, wanting instead to win her father's approval. He asks her to trust him, and to pretend they are strangers when next they meet.

Raj arranges to trap her betrothed, Kuljit, while hunting, and then personally release him, earning his gratitude. He tells Kuljit he's scouting for a factory location. Kuljit brings him home to his family, where Kuljit's sister Preeti (Mandira Bedi) is infatuated. Raj attends a party with both families, where he delights Chukti, Lajjo and others, but finds out that Simran's father remembers his beer-buying prank. He continues to endear himself to the women, but trying to get on Chaudhry's good side seems impossible.

Kuljit's father wants to get Raj engaged to Preeti. Unfortunately, Raj's father arrives and agrees to the union, assuming that she is his desired bride, then has to spin a story to postpone it.

Lajjo catches Simran and Raj together, and bundles together her own jewelry, urging him to take her away. Again, Raj refuses to do the shameful thing. He finally begins to make headway with Simran's father. However, Simran's grandmother (Achala Sachdev) gets ill, and wishes to see Simran marry, so the wedding is moved up to the next day.

Even Raj's father says Raj must take Simran and elope. Raj lets his father make the arrangements, but still hasn't decided what he will do. Simran is crying over a photo from their Europe trip when she is called to the mehndi ceremony. It blows out the window and ends up at Chaudhry's feet, making it clear that Raj is a fake and the one Simran is really in love with. When Raj arrives, Chaudhry hits him but Raj doesn't raise a hand to defend himself. Simran rushes into his arms and cries that he should have taken her away when she begged. Raj makes a lengthy speech about elders being best qualified to make decisions for youth, and that they will choose what is best. He admits he has failed to win Chaudhry's heart, and that if Kuljeet will make her a better husband, then Chaudhry is right. He returns Simran's hand to her father.

Raj leaves and finds his father at the station. His father returns to the house to try to resolve the situation. While he's gone, Kuljeet and his friends show up and start beating Raj. When Raj's father returns, he tries to intervene, and the thugs turn on him. Suddenly Raj emerges from a pile of bodies with Kuljit's gun in hand. He threatens Kuljit, then drops the gun and proceeds to beat them all up with his body alone. Someone runs to the house begging Chaudhry and Ajit to stop the fight at the station before someone is killed. Lajjo sees them leave, and runs to bring Simran to the station as well. The fathers arrive and pull Raj off Kuljeet, and Raj barely pulls back in time to avoid hitting Chaudhry. He sadly boards the train with his father, but when he looks back at Chaudhry, he sees Simran standing there. Simran's mother pushes her forward, but Chaudhry catches her hand and will not release her. She begs for him to release her, but he stares fixedly at Raj, who meets his eye the whole time.

Finally he lets her go, saying that nobody will love her as much as Raj does. She runs for the train, and Raj reaches out and pulls her aboard, just as he did when they first met... RATED: 2S/2S



JANGAN ADA DUSTA ANTARA KITA

Ku hormati keputusanmu,
Bila kau kata begitu padaku,
Jangan ada dusta antara kita...

Pagi tadi aku memancing,
Tepi bakau yang penuh sang keli,
Tenang air setenang pagi ini,
Namun ku lihat tebal menggelap awan pilu di utara.


Datang ia membawa basah,
Ku relakan diri dihimpit asmara,
Kerana ku tahu ini laluan yang baru,
Sanggup ku tempuh,
Walau rantau itu pasti berjuri.

Sejarah lalu biarkan berlalu,
Itu lalu itu diri kita yang tahu,
Seperti jejak di tepi pantai,
Jejak hilang bersama ombak...

Aku,
Aku begini seadanya,
Engkau,
Engkau begitu seadanya jua...
Ku beri kau sehelai kertas kosong,
Kita karang musim cinta yang baharu.

TAMAN BERKASIH ASMARA

TAMAN BERKASIH ASMARA

Nanti jika kita bersatu lagi,
Ku telah fikirkan sebuah taman,
Untuk dijadikan ruang hidup kita berdua,
Ada bunga berbagai warna,
Ada rumah untuk kita berkasih asmara.

Sekali pandang kau pasti tak terkata,
Aku bersedia dipeluk manja,
Kata kasih pasti kau ungkapkan padaku,
Senyum ku seperti biasa tapi sedikit lagi ternampak gigi,
Gembira melihatmu begitu. ^_^

Sayang,
Kalau kau terima untuk hidup denganku,
Akan ku usahakan untuk hadiahkan itu,
Sebuah villa dengan nama…
Taman Berkasih Asmara.

Indah mata dan tenang hati yang memandang,
Belum kau tahu ada yang lebih bahagia menanti,
Masa depan,
Kita lalui bersama,
Seperti janji suka dan duka,
Sakit atau sihat…

Masuk sayang,
Selamat datang ke taman kita…
Petang nanti tolonglah siram bunga.

KU HULUR LAUTAN KASIH

KU HULUR LAUTAN KASIH

Sejak bermalam tiada lenaku,
Kerana menunggu ikan yang kurang mengganggu,
Hari ketiga aku berhenti,
Suatu pagi yang tenang membahang.

Laut,
Aman bila aku perhati,
Suatu masalah ku sebarkan di seluruh air biru.

Maaf kasih,
Jika maksudmu aku memberi engkau bencana,
Tidak…
Bukan.

Ku kata,
Ku hulur lautan kasih,
Bukan maksudku lautan itu.
Indah kata tak seindah kata di sebalik kata,
Cinta misteri seperti misteri di alam lautan…

Bulan sudah kita gapai,
Lautan dalam tiada siapa yang sampai.

Sukar dijanjikan segenap alam,
Namun ku berikan kau ketenangan,
Seperti mana yang sedang aku renungkan,
Dari kapal di tengah lautan kasih.


HANGAT KASIHMU

Kopi susu teringin aku,
Sambil menjamu kaki lurus di sofa itu,
Melihat matamu buat hatiku kaku.

Ku cubit manja punggungmu sayang,
Kau marah sayang sambil berkata…
Ish, sayang ni!!!

Hahahaha…
Kau melangkah ke dapur kelabu,
Hatiku lucu melihat bibirmu,
Cepat sayang,
Jangan buat aku tertunggu-tunggu,
Siap nanti kita minum bersama.

Ruang ini untuk kita berdua,
Bila mereka sudah dilena mimpi,
Penat sayang sehari kau menjaga,
Mari dekatku,
Ku urut bahumu…

Tahniah sayang,
Kerana menjaga hasil cinta kita,
Dengan belaian…
Hangat kasihmu,
Kepada anak-anak kita.

Mau tambah lagi sayang? ^_^

RINDU MEMBARA

RINDU MEMBARA

Sebulan buat ku mati,
Apa jadi jika panjang setahun lagi.

Kereta rosak di simpang jalan,
Dalam jalan jumpa dirimu..
Aduh kacau,
Buat masa jadi keruan,
Buat pula di tengah jalan.

Aku bingung,
Kalau rosak begini,
Gelap lagi dekat hutan menanti.

Arah berarah ke arah selatan,
Di situ ku tahu ada gadis menunggu,
Talian telefon tiada bergaris,
Bertambah hatiku geram.

Ku tenang,
Ku bakar sebatang rokok,
Rasa menthol ku harap jiwaku tenang,
Sambil berfikir kalau ku buat shortcut,
Boleh ku jalan,

cepat sampai ke taman.

Caranya…
Akan ku bakar hutan di depan,
Tak perlu mendaki dan selok membelok,
Jalan lurus terus ke tempatmu.

Begini rasanya jiwa rindu membara…

HALUAN SEHATI

HALUAN SEHATI

Motorsikal merah bersilau harimau,
Semerah gincu di bibirmu sayang,
Mmmmuuuaaaahhhhh!!!!
Mari sayang kita vroom vroom ke situ.

Ku tekan punat penghidup,
Masuk gear satu,
Ku pulas separuh…
Jangan takut sayang,
Serah hidupmu pada diriku,
Akan ku jaga segenap hatiku.

Bila ku rasa hati tak mampu,
Akan ku beritahu agar kau membantu,
Haluan sehati,
Tidak selalunya sehati,
Tapi berhaluan bukan seperti dahulu.

Laksana jalan yang penuh berliku,
Awas sayang…
Ku mahu belok baring,
Genggam erat tubuhku sayang,
Kita pecut kerana jalan tak berbatu.

Love is in the air...

ANGKASA PENGUBAT RINDU

Utara dahulu sebenarnya selatan,
Selatan pula jadi sebaliknya,
Beribu tahun aura cinta bertemu,
Bebas terbang menyeluruh alam,
Jangan disalahkan kalau cinta tetap bersemadi.

Rindu rindu selalu rindu,
Ku harap itu boleh mengubat rindu,
Ku guna talian boleh lihat wajahmu,
Sedikit kurang,
Angkasa pengubat rindu…

Sedikit kurang…
Tapi sebenarnya jadi pemangkin rinduku,
Tiap waktu ingat senyummu,
Riak wajah buat hatiku gembira,
Angkasa pengubat rindu.

Jauh sayang jauh dirimu…
Hati dekat terkumpul pilu,
Sekali lagi,
Angkasa pengubat rindu…
Pergi merpati terbang mengutus rindu,
Ku dail nombor sampai angka bilion,
Hanya untuk mengatakan rindu.

ANUGERAH CINTA BERBALAS

ANUGERAH CINTA BERBALAS

Bila masa tidak bersamamu,
Aku menghayati hidup yang dulu kelabu,
Berbagai batu telah ku sapu sayu,
Namun hati semakin membisu,
Terfikir…
Mungkin batu tidak perlu ku sapu lagi,
Ku kumpul batu,
Untuk membina tembok batu,
Sepanjang laluan hidupku denganmu,
Sudikah kau bersama aku…

Teringat jua gadis berpayung merah,
Dulu aku hanya lihat,
Kini dia memeluk diriku,
Kami berdiri di tepi pantai,
Sebentar tadi…
Bila ku katakan,
Aku suka padamu,
Anugerah cinta berbalas cinta.

Ku cumbu,
Dalam kedinginan tubuhku malu,
Rasa jantungku berdegup-degup,
Payung merah jadi pelindung,
Di kala rintis turun turut sayu…

Aku suka padamu.


KUHARGAI KASIHMU

KUHARGAI KASIHMU

Satu hari bukan suatu hari,
Kita pasti bertemu hari,
Di mana kau dan aku pasti akan terpisah,
Ku harap perpisahan ini semua hormati.

Tua,
Selesai sudah mengatakan cinta,
Puas sudah menghuraikan kata rindu,
Ku temankan engkau dalam perjalanan akhir,
Kubur tempat dirimu bersemadi.

Sugul burung di pohon gemuruh,
Menanti hari aku pula lagi,
Ku tabahkan hati pergi bersamamu,
Ku doakan engkau aman di sampingNya,
Jangan kau risau kekasihmu di sini,
Kuhargai kasihmu…
Tolong tunggu aku.

Belum puas aku bermadah untukmu.

MENGGAPAI CINTA AWAN BIRU

Tinggi menjulang langit yang biru,
Terbang ke sana dengan gayat jatuh ke bawah.

Mudah berkata kasih dan sayang,
Rindu tidak dapat aku nafikan,
Menggapai cinta awan biru,
Seperti merbuk bersayap putih,
Putih berseri masa depan bersamamu.

Kalau sejati sehidup semati,
Kalau hati sudah jatuh hati,
Ku harapkan hanya satu di hati,
Agar engkau hidup bersamaku,
Kita rancang satu persatu…
Impian untuk menggapai cinta awan biru.

Maaf sayang aku terlanjur,
Mengatakan setia kepada dirimu,
Tidak ku ikat janji seperti begitu,
Kerana belum masanya lagi,
Dekat sayang dekat padaku,
Jangan kau bersedih lagi,
Jika kau sedih aku turut menangis…

Tahan hati cekalkan diri,
Moga tamat cinta ini dengan ikrar di hari perkahwinan.