Saturday, March 3, 2012

MENANTI WANGIMU KASIH

Selesai mandi aku baring di kamar itu,
Menikmati harum syampu yang baru ku beli,
Nama biasa ada banyak di pasaran,
Tapi harum sangat menyerlah di hatiku,
Buat terimbas memori kasih,
Buatku ternanti wangimu kasih.

Kasih ada telah lama disemai,
Kali ini ku mahu bertemu dirimu,
Di kamar ini,
Hanya kau dan aku,
Malam ini ku mahu kita berdua.

Bila nanti wangimu tiba,
Akan ku hayati dari atas ke bawah,
Ku cumbu…
Rambut hitammu,
Ku cumbu matamu yang letih,
Ku cumbu pipi merahmu,
Di telinga ku bisik,
‘Sayang kamu… sudah lama aku menanti wangimu kasih.’

Pernah dahulu,
Aku berlalu di sebuah pekan,
Angin bayu membawa harummu,
Ku sangka engkau di belakangku,
Rupanya hanya rindu…
Malam ini ku kata padamu,
Dan ku tahu ini bukan lagi rindu.
Kerana ini peluk, cumbu dan bersatu…

No comments:

Post a Comment