Saturday, March 3, 2012

PETUALANG

PETUALANG

Bangun pagi hatiku gusar,
Kerana semalam ku baca suratmu,
Kau putuskan aku,
Aku tahu kerana kamu tak mengerti,
Kenapa aku buat begini…

Bukan kerana diri tapi kerana hati,
Hatiku mengarahkan agar aku begitu,
Payah untuk kamu mengerti,
Kerana kamu berfikir sendiri,
Bukan seorang diri,
Aku hanya dengan hatiku…

Setiap hari aku berlatih,
Untuk berlari di padang pahlawan,
Bukan niat hendak membunuh diri,
Berbakti untuk anak sendiri,
Aku bukan petualang negara,
Aku perwira bangsa.

Tidak ku niat riak sendiri,
Ku korbankan diri untuk kamu berdiri,
Menari…
Diiring lagu berentak sensasi.

Ku lakukan bukan untuk diri sendiri,
Ku lakukan bukan kehendak diri,
Bila ku lihat mata si bayi,
Ku tak mahu dia hidup disakiti,
Aku bangkit pagi ini,
Untuk berbakti di medan peperangan.

Maafkan aku sayang,
Doakan aku selamat kembali.

No comments:

Post a Comment