Saturday, March 3, 2012

CINTA SEMANIS OREN

Tahun baru sudah bermula,
Semangat kental segagah sang naga,
Air yang tenang di kedinginan subuh,
Embun pagi jingga menusuk kalbu…

Cinta bercerita lagi,
Ada cinta semanis oren,
Usah terlupa,
Ada cinta semasam oren,
Rasa…
Cinta penuh perasa,
Apa yang engkau rasa…

Indah dunia jika engkau mencintai,
Lagi indah bila cinta mencintai,
Hati aman di sana ada teman,
Senyuman menawan,
Semanis oren,
Bibirmu cantik sungguh bersulam.

Indah sayang matahari itu,
Semanis rasa kita sekarang…
Ku mahu ia berkekalan,
Selama lautan.

No comments:

Post a Comment