Saturday, March 3, 2012

KAN KUKEJAR CINTA KAMU

KAN KUKEJAR CINTA KAMU

Lelaki selalu mencari,
Seorang gadis yang sangat memahami,
Hati lelaki jangan kamu silap mengerti,
Jatuh hati kamu sesal sendiri…

Tergoda,
Itu perkara dunia tiada siapa boleh berlari,
Kena hadapi dengan semangat jati,
Lelaki kejar sampai menjadi,
Lelaki sejati cukup sampai di sini.

Ada cinta harum mewangi,
Ada duka menghancurkan hati,
Wanita perlu disayangi,
Bila sayang semua boleh jadi,
Nikmat ku kejar cinta melodi,
Dari satu sampai akhir nanti,
Ingat…
Bukan untuk selamanya,
Tapi setakat yang termampu beri.

Petang indah aku beriadah,
Menimbang bola menimbang hati,
Adakah dia si jantung hati…
Tiada dia akan tercarikah hati…

Yang lain sedang bercinta,
Aku tenang lalu berkata,
Akan kukejar cinta kamu…
Jika hati sudah sesuai 'kan kukejar cinta kamu.

No comments:

Post a Comment