Wednesday, December 31, 2014

TAKUT

Ingin menyayangi
tapi takut mencintai
Ingin mencintai
tapi takut hilang harga diri...

TUKANG RUMPUT

RAMAI yang mengeji rumput. Namun mereka tak sedar, rumput pada masa kini memberi nafkah kepada segolongan insan.

Tukang Rumput.

BUKAN LAGI MIMPI

menulis atas jerami
beriktibar pada hari yang pergi
melukis pada dinding almari, bukan lagi mimpi kucari...

KE BUMI

aku telah letih
aku harap engkau mengerti
malam ini berbunga api, debunya jatuh juga ke bumi...

TUNGGU

Aku tak tunggu
ia datang bertalu-talu
malang tak berbau
aduh... mana hati yang mahu?


seorang kududuk termangu
mengenang nasib malang yang berlaku
kali ini bukan padaku
tetapi pada insan yang jauh dariku; dia tak tunggu...

hendak kumembantu
tiada ringgit juga hadirku di situ
cukupkah lagu untuk menyemai semangat kalbu
cukupkah doaku untuk mendamai hati-hati yang terganggu?

AMBANG

kudengari deruan terbang di ambang
dalam hati mengenangi mangsa yang telah pergi
takut sekali lagi

JANGMI

Pagi...
tenang bagai memberi ruang
untuk kita bersedia melalui ungkapan doa
dan dengan hati terbuka
aku menanti kedatangan Jangmi
mari kita berhati-hati...

TUNGGU

Ingin kugubahi berangkap puisi untukmu
namun kini kataku kelu
keluh...
kenapa jadi begitu?

AKANKAH

Hendakku peluk dirimu
tapi akankah daya tanganku tak sampai...

SEMANGAT

Membara pun api tak akan lama
begitulah jiwa seni
salam dingin aku menanti wacana
kubakar
bila hujan selalu sukar
bila panas takut aku terbakar.

SELAJU NIATKU

Adakala...
apabila kumemikirkan dirimu
hendak kupacu selaju niatku
tapi kutahu
kelajuan boleh membunuh...

NENAS

Di sini hanya duri nenas yang menyiksakan, terluka hanya pada kulit
di sana terlalu banyak seksaan, terluka sungguh dalam hati...

IBARAT

Alir air ini ibarat berlian
dan batu-batu itu ibarat batu permata
daun-daun hijau ibarat roh-roh kehidupan
bunyi-bunyi bernada tinggi ibarat sabda Tuhan.

TEGUH

Tanyalah hatimu
sehingga kau tak mampu
bukan bertanya kepada Mario Teguh.

HARI LALU

Makanku tak tentu
tapi minumku tentu sejak dua tiga hari lalu.

AWAS

Cantikku tidak terperi
mereka yang menafikannya turut menafikan penciptaku. Awas kamu.

KATAKAN

Katakan padaku yang aku lelaki di hatimu atau aku akan jadi wanita dalam hidupmu...

GANGSA

Siapalah aku di hatimu
hingga sanggup kau meninggalkan berlian demi gangsa

PENYINGGAH

aku memikirkan lebat hujan
pada malam
awan kelam kelihatan
namun kutahu
hujan tidak peduli akan aku
kerana
aku hanya penyinggah

Friday, December 26, 2014

BAH

kurang menyusahkan
apa lagi tiada
lebih juga lebih menyusahkan
bunyi menakutkan walau kala bersepian
kerana ia melemaskan
rugi lain lagi
selepas redah lain lagi susah
memang susah
tapi Tuhan mahu bah

TUHAN MASIH ADA

melihat aku dari jauh dan betapa sebaknya dada
melihat dia berdepan mata dan betapa hancurnya rasa
kuasa banjir semakin tambah
dalam hati
Tuhan masih ada

Monday, December 22, 2014

BUKALAH HATI

Sedangkan mimpi pun kadang tak tenteram,
apatah lagi
realiti...
bukalah hati.

DAKAPAN

Malam ini
bulan berseri-seri
menghiasi
aku sendiri

malam itu
juga bulan seperti ini
menghiasi
dakapan aku dan puisi.

CUBA MENYINARI

Pintu hati
kubuka seiring pagi hari
menjenguk adakah si putih merpati
tatkala awan sugul dan mentari cuba menyinari

PUDAR

Pudar waktu kerana aku
tanpa anak-anakku
dan penjaga makanminumku...

CERITA GURU

Titik hujan kukira sampai sepuluh
rasa jemu memikiri tentang ilmu
kalau diikutkan hatiku
mahu saja kupulang ke rumah ayahku
tapi ibuku mahu dan memaksaku
tuntut ilmu di situ


betapa indahnya hariku jika bermain kesat batu
namun rakan-rakanku pasti telah mula bertemu
di tempat ilmu
dalam masa yang sama guru-guru mula memandu

terbayang di benak hatiku
apa perlunya ilmu
kerana tidak pernah aku mahu
yang aku mahu hanyalah cerita guru-guru.

BERLANTAI BAMBU

Dinihari sudah kudengar suara dapur
sesekali bagai kumimpikan air timba bercurahan
mahu buka mataku bila dengar minyak panas bak hiroshima
aku tahu,
itu nenekku


kubangkitkan tubuh kerdil ini dari perangkap mimpi
nyata... mimpi tidak indah belaka
lebih baik aku bangun mengucap salam
pada si dia
wira subuh berperang sesama belanga

langkah demi langkah kuperhati hati-hati
warga kota yang datang
tidak rela jatuh terhentam lalu patah tangan
lantai bambu sudah semakin usang
kini yang penting makan.

KUDICUMBU

Setitik embun yang jatuh ke bumi
menyejuki diriku yang hangat bercintaan
sehirup kopi yang panas seperti kudicumbu oleh kasih sayang...

PUNCAK

Puncak gunung kita perhati
puncak hati kenapa tidak diselami...

BERHENTI DI SITU

Kumelihat dinding putih
dalam mahligai yang tersergam nan biru
hatiku berkelabu pada saat dibelenggu
ke kiri atau ke kanan tanyaku
tidak terjawab aku
lalu bersendirian menunggu waktu


aku lalu berhenti di situ
berpaling ke belakang kerana dalam penantian
yang lain deras meninggalkan aku
hanya mampu melihat
tapi tidak ada yang mahu meningkat
kerana mereka terlalu laju berlalu

menanti dan terus menanti sendiri
berpatah mungkinkah lagi
ke kiri takut termakan budi
ke kanan takut bertambah benci
lalu aku berhenti,
berhenti di sini sampai mampu melangkah kembali.




PUISI

Sepatah kata
memberi seribu makna
ungkapnya tidak kuterkata hingga kau ternganga
puisi umpama gadis berbaju merah tanpa pandangan mata
pedang di tangannya
berkata sekata manis pandangnya
berkata salah padah dapatnya.

PAGARI

Kupagari laman rumahku dengan bunga berwarna-warni
kau pagari rumah sendiri dengan pagar berbesi-besi?

KENANGAN

Hatiku umpama burung baharu di angkasa
terbang tinggi dengan laju deras seribu perwaktu
nafas yang lega terhembus dari degup jantung seiring awan biru
tiada lagi konsep ilmu yang dahulu berakit-rakitku ke hulu
bersenang-senang aku sekarang...
tinggal kenang-kenangan.

TUNGGUL JATI

Pasti madah cintaku meluatkan dikau yang kusayangi...
jika itu terjadi,
jangan lagi kau cari lelaki seperti diri ini
carilah yang lebih pasti umpama tunggul jati.

WAKTU

Usah biari aku seorang dalam kedinginan embun pagi
hampiri aku dan peluklah
agar hangatmu juga menghangati subuhku
sepanjang waktu...

BERSERTAMU

Kedengaran merdu nyanyian puji kepada Tuhan
satu-satunya harapan yang ada
bila semua telah berpaling tadah
dan bila harapan yang diimpikan seperti tidak mahu berlaku
imanlah yang tinggal untuk kau dan aku

teguhkanlah imanmu
apa yang sedang berlaku
tidak mungkin akan selalu
kerana pada penghujung zaman
aku akhirnya pasti bersertamu.
Tinggallah di dalam diriku
begitu juga aku tinggal di dalam dirimu.

MANDI TAK BASAH

Malam sudah semakin dingin
burung-burung sudah tidak mahu bersiulan
ke mana sudah kesibukan siang
takutkah pada keindahan malam?


Malam sudah semakin kelam
ungas malam sudah ramai keliaran
ke mana sudah keberanian sang siang
takutkah pada kupu-kupu malam?

Malam sudah semakin hilang
mabuk sudah bukan alang-alang
subuh semakin siang
mandi tak basah kerana rindu semalaman.

KAYU

Ku melihat kayu lama
dalam kayu baharu
nun jauh di sana
ada kamu yang selalu kutunggu.

PINANG

I'm drinking alone in the darkness
how I wish you were here
of course with me
humble me... poor me
so,
I'm waiting for the moon
alone in the darkness
while lovers called it the dusk

I just want to be with you
and your lovely hair
then I continue drinking
while eating 'pinang' on my left hand
and thinking of you with my right brain
thinking about your eyes
ears...
breath and the kisses
yes I am not right as it may seem
I am going left
speechless...
I was beyond any words
at the moment
I kept chewing the 'pinang'
wish I can chew your lips
it taste so good
makes my world spinning around
feels like I'm drunk
God...
god can't help us anymore
only you and me can make the different
between love and being loved
I long for your sweet touch
caressing my skin
your words so sweet
whispering softly into my ears
I wanted more but you and I know we can't
I'm willing to cry for you
but die,
I hope no
'cause I want to live with you
as long as the pinang's tree
will do...
your love is like 'pinang'
sometimes it taste bitter, sometimes sweet
the more I chew the more I like
it makes me dizzy but it's okay for now.

KERAGUAN

Kasihku padamu
tidak seperti tali air di perpaipan
ditutup, hilanglah
dibuka, ada pula


kasihku padamu
umpama tali air yang mengalir di setiap sungai
terus mengalir tanpa lesu
namun di mana puncanya dan di mana akan berakhir?

sehingga subuh ini
aku masih mencari jawapan
bayang-bayang;
Kenapa hanya hitam?

Lalu, seru malaikat
engkau akan melihat bayang-bayang yang bercahaya
apabila engkau,
dipilih syurga...

kerana ramai yang melihat bintang-bintang
tetapi tidak mampu memahaminya
ini kerana
hatimu selalu ragu.

KEMBALI BERSEMI

Kelihatan awan menyelubungi
begitu turut hati
kelihatan bintang jauh menyendiri
begitu juga permaisuri


angin...
bawalah awan pergi
sang bulan aku mahu di sini
bentuklah hati jika terus di sini

agar hati yang telah pergi
kembali bersemi
walau keramat
dalam puisi.

REALITI

Sedangkan mimpi pun kadang tak tenteram,
apatah lagi
realiti...
bukalah hati.

Thursday, November 27, 2014

LAGU UNTUKMU

Tertulis bait-bait indah
memukau pandangan mata
kau ikuti tiap baris kata
agar hatimu yang duka beralih suka


mencari...
dan terus mencari
karya yang maha agung
lengkapi sebuah kisah antara dua penama

di situ ibuku
di sebelahnya ayahku
berdua
sehati sejiwa

"Apa kau lagu? kata DJ pada mereka...
malu-malu dan menoleh ibu padaku,
aku tahu dan ada lagu untukmu
ibu, ibu... engkaulah ratu hatiku...

akulah pelengkap dua nama itu
bukti cinta
yang pernah mereka tempuh
sejak dahulu hingga akhir waktu.

LAGU UNTUKMU

Tertulis bait-bait indah
memukau pandangan mata
kau ikuti tiap baris kata
agar hatimu yang duka beralih suka


mencari...
dan terus mencari
karya yang maha agung
lengkapi sebuah kisah antara dua penama

bersambung...

ANGIN

Dayu buaimu membelai rambutku
kulitku yang berpeluh rasa kedinginan
sejuk hatiku
rasa nyaman...


begitulah rindu yang terubat
bertemu denganmu
buatku jadi kaku
beku kerana cantikmu.

Wednesday, November 26, 2014

TAK 'KAN MENCURI

Mana lagi
hendak ku cari bumi
kalau bukan di kaki
sendiri...
bagaimana hendak ku cari rezeki
kalau bukan dari titis peluh sendiri.

MATAHARI

Matahari...
kian sepi di senja ini
siang tadi
sungguh terik tidak terperi


Matahari...
ia telah pergi
ku nanti bulan purnama
ku tahu, tak bersinar rembulan itu jika bukan kerana matahari.

BULAN

Bulan...
walau sinarmu menyilau mata
tidak dikau seperti mentari
hangatmu tiada rasa
pada tubuh insani


Bulan...
jauh di lubuk hati
sungguh dikau memenuh rasa
jalanku cerah hatiku gembira
walau malamku sering bergelapan.

Tuesday, November 25, 2014

BIARLAH

Aku mendengar nafas anakku
dan aku berdoa kepadamu
temukanlah mereka
ke jalan syurgamu
aku
biarlah...
ke mana pun jua.

ANUGERAH DARI SYURGA

Nampak lapang di tanah mada
gersang dan kering kekontangan
secubit rasa keluh pengayau
semakin lama semakin terjerahap


kuhimpunkan lebih dari satu harapan
jika aku seorang; nabung... mengongoi,
tidak dapat kumelawan dunia yang zulmat
teriknya mentari sudah semakin hilang

benih-benih cinta dari para nadim
bersemi indah nan zati
seniwati dan seniman berwajah riang
satu hati dalam buku tak robah

pada laila sebelum tidur
para dabir yang egah
senyum bak zakiah...
anugerah yang bukan dari zuhrah tetapi dari syurga.

ANGAN

Ku kirakan hati ini
batu-bata yang ada di depan mata
ku kirakan jua...
daun-daun baru yang tumbuh melangkah masa


betapa tak terkira
butir-butir pasir yang ada di halaman rindu
rumput bunga lala semakin tinggi ke angkasa
aku tidak... langsung endah

walau beribu kali kunyatakan,
aku sayang padamu...
akankah hatimu memikirkan aku?
mungkin telah biasa dibisikku, lalu kau membisu...

ku teruskan lamunan
sampai awan berkepulan
ku teruskan juga angan-angan
yang ku tahu akhirnya tinggal kenangan.

Monday, November 24, 2014

ANGAN

Ku kirakan hati ini
batu-bata yang ada di depan mata
ku kirakan jua...
daun-daun baru yang tumbuh melangkah masa


betapa tak terkira
butir-butir pasir yang ada di halaman rindu
rumput bunga lala semakin tinggi ke angkasa
aku tidak... langsung endah

walau beribu kali kunyatakan,
aku sayang padamu...
akankah hatimu memikirkan aku?
mungkin telah biasa dibisikku, lalu kau membisu...

ku teruskan lamunan
sampai awan berkepulan
ku teruskan juga angan-angan
yang ku tahu akhirnya tinggal kenangan.

PULIH

Berikan masa, masa...
pasti akan pulih segalanya.

Sunday, November 23, 2014

HATIKU

Siapa aku di hatiku
sedangkan
tidak pernah kami bertemu
namun
tidak pernah ia jemu
bersamaku selalu...
merentasi waktu


hari itu kau marah padaku
hati berkata jangan... jangan...
aku,
terus siulan.

LAPAR

Sedang lapar
bernafas cinta
kucari tunggal selamkan rasa
daun hijau warnanya malar
semakin rindu kusemakinlah lapar.

HARAPAN

Sebenarnya...
agama itu politik pada mulanya

waktu itu,
parti belum ada...

amatilah...
bila kau terbuka

jika tidak membuka
selamanya akan terluka!

Luka pasti mendarah
akhirnya... tiada.

Kau persoal
kenapa agama itu kekal hingga sekarang

kerana,
HARAPAN.

PARIS

Aku
di Paris
ya,
kota percintaan
terlalu ramai di sekitarku
tapi hatiku hanya seru
kalaulah engkau besertaku...


bagaimana mungkin
sedangkan tidak pernah engkau berpaling padaku.

PATAH TUMBUH

Kehilangan...
menyedarkan aku tentang alam
kepahitan,
mengajar aku erti penghargaan


...patah tumbuh hilang berganti?

Friday, November 21, 2014

KEKOSONGAN

Hati kekosongan
bagaikan tidak terdaki gunung yang memilu
rasa rindu membuai di jiwa lara
perasaan membenih indah
di waktu ini


kusingkapkan panji kesetiaan
kuhunus kiriman pernyataan
mengisi hati dengan bait-bait murni
terus meniti
penantian yang terlalu panjang

ombak airmata membasahi pipi
deruan angin tidak pula menyejuki
sinar bulan tidak benderang
hanya mampu buatku tenang
bila kau di sisi

kembalilah,
kembalilah ke sini...
walau dekat di hati
dirimu lebih mahu ku sayangi
kasih.

Wednesday, November 19, 2014

MERAH JAMBU

Biarkan putih jadi putih
dan biarkan merah jadi merah,
mungkin kau tak tahu, apa itu merah jambu.

HANYA : LAGI

Aku perlu permata
bukan hanya cinta
di mana
harus kujumpa
ya...
anak raja;

Aku perlu permata
bukan lagi cinta
di mana
harus kujumpa
ya...
anak raja.

WAKTU

Cukuplah menyalahkan waktu
katakan aku
aku
membiarkan waktu.

PANTAS

Kau gantung cintaku
hingga mati
dalam hati ini
bertanyakan
siapa yang salah?

Mencintai berwaktu-waktu
memutuskan
sekelip waktu
pantas...
kepedihan ini ambil masa yang panjang untuk melupakan.

Sunday, November 16, 2014

PADA SAAT TEDUH

Oh tuhan...
dunia ini malar membekui aku
tolong temukan aku
ke arah kebenaran
kerana aku,
tidak dapat melakukannya seorang


tidak kutahu
arah mana harus kutuju
berkatalah padaku
sabdakan...
agar dekat aku padamu

pada saat yang teduh ini
sungguh aku merasai
tuhan sedang menghantar berkatnya padaku
kini aku percaya
ker'na selalu dia percaya padaku

dengarkanlah ya tuhan...
dengarkanlah doa ini
ker'na aku
percaya...

AKU YAKIN

Bajuku
masih yang lama
kusarungkan dengan penuh rasa
kekal sepadan
kekal seputih salju


kasutku telah tiada
selipar kusematkan sambil tutup jendela

dengan hati waja kami ke gereja
aku yakin...
tiga bintang memandu arah
sinar bulan selalu memberi harapan

buat ibu dan ayah
tidak salah kau pakaikan baju yang lama
tidak salah kasut itu tidak kau mampu bilang
asalkan tuhan berserta kita
raya,
sudah cukup indah
apatah lagi... kita semua masih bersama.

BERBISIK DI TELINGAKU

Malam itu
sendiri aku duduk di bangku kayu
berkelip indah
ada - tiada - ada tiada...


lagu-lagu mula berkumandang
berbisik di telingaku,

"...telah lahir sang penyelamat bumi."

Pada natal ini,
lahirkan kembali
jiwa-jiwa yang pernah pergi
bernyanyi mengagungkan pencipta
yang hadir ke bumi
dalam cara yang sederhana
tapi penuh makna.

Saturday, November 15, 2014

MASIH PEMALU

Aku melagukan puisi syahdu
berlatar melodi yang sungguh merdu
kutuliskan hanya padamu
namun...
tidak pernah kau tahu


ada waktu
nota lagu menyentuh hatiku
mula mengenang kisah nan lalu
cinta tulus
yang pertama

kala itu
tidak kutahu
rentak jantungku berubah
debar rindu semakin sesak menekan di dada
aku masih pemalu

kuingatkan...
degup itu kerana mahu
dekat-dekat padamu
rupanya
aku sudah jauh mencinta.

HANYA SATU

Aku menandakan suka padamu
batas rindu ini
masih lagi mahu membuktikan
rasa sayang dahulu


aku kurang yakin...
tampilkah lagi peluang
untuk cinta berabadi
atau akan terus bersemadi

tubuhku semakin usang
rambutku telah menimbulkan lebih banyak uban
berdetik saat berlalu
tanpa kusedari mimpi telah jauh meninggali waktu

kurelakan semua itu berlaku
dan berlalu
apapun yang akan terjadi nanti
hatiku kekal mengaku, kau hanya satu.

SUARANYA

Dari mana datangnya cinta
dari mata
turun ke hati;
dari mana datangnya cinta
dari suaranya aku tahu suara hatinya, kata si buta.

BILA KIAMAT

Di mana syurga? Lautan jawabku...
dan di mana neraka? Jauh di dalam bumi.
Setakat ini, syurga masih mengatasi neraka. Dan bila syurga sudah kehilangan, neraka akan bangkit ke muka. Waktu itu, kukatakan kepadamu, inilah pengakhir dunia.

Itu pun jika sempat kau tanya, "Bila kiamat?"

JIKA AKU KAYA

Aku melihat wanita itu
berusaha menjalani hidupnya
jika aku kaya
akan kuberi kepadanya
segala-galanya
tetapi itu bukan takdirnya

tidak akan dapat kulihat hatinya
jika dia kaya.

KECINTAAN-PENGHARAPAN-KEMAAFAN-KEIMANAN-KESABARAN-KEBEBASAN-KEAMANAN-KEKUATAN-INSPIRASI-KEYAKINAN-KESEMBUHAN

Kecintaan telah pun bermula
pengharapan juga mekar megembang
kemaafan para kisah yang lalu
tidak sesekali kuungkitkan,
keimanan akan jadi pertarungan...

kesabaran demi kesabaran
silih ganti kita lalui,
kebebasan bukan lagi mutlak berdua
keamanan jadi pengakhir malam
kekuatan,
datang dari doa...
inspirasi mula benderang
keyakinan sesubur pagi
semoga,
muncul kesembuhan
pada duka-duka semalam.

Wednesday, November 12, 2014

POKOK KELAPA

Kudratnya telah semakin lemah
dahulu dia
selalu ada
semakin lama semakin tiada


lalu kusuratkan tanpa alamat
agar tercapai segugus hasrat
walau sedikit kelam dan kabut
dalam goyah, kutetap mahu merebut

aku semakin tinggi
dia tidak lagi dapat menandingi
dibiarkan aku kesunyian
bersama pokok-pokok yang lain

haruskah aku tua dan mati...
justeru jatuh tersungkur
ke bumi
agar dia mampu melihat aku

telah pun aku tua, mati dan jatuh
tapi masih aku tersembunyi hingga tumbuh kembali
dia yang kusangkakan semakin lemah
rupanya khusyuk dengan cinta Borneo Samudera.

Tuesday, November 11, 2014

DI HUJUNG HARI

Di hujung hari yang hiba
aku mencari secebis syurga
bagaimana harus aku tiada
jika masih banyak yang perlu kulaksana?


di hujung hari yang hiba
aku cekal menahan rasa
walau diri bagai tak berguna
bisa... aku makin berpuasa

di hujung hari yang hiba
aku masih menunggu setia
dia...
masih belum terima

di hujung hari yang hiba
di hujung hari yang hiba
pada mereka aku siapa
adakah hina di mata mereka?

Aku masih tertanya
kenapa...
hingga di hujung hari yang hina
masih tertanya-tanya.

Thursday, November 6, 2014

LANGKAH KIAN MEMBISU

Diketawakan aku
bila langkahku kesepian
di jariku
tiada apa-apa
mungkin aku miskin dan hina di matamu
tapi aku,
punya hati...


betapa indahnya hidupku...
dalam s'tiap langkah ini
ditemani aku oleh batu dan debu
dilambai-lambai juga aku
oleh daun-daun keriangan
yang layu memberi lalu padaku,
dibantu oleh tiup bayu senandung

aku tidak akan mati
kamu pasti; bila habis bateri.
Dan waktu itu
langkahmu kian membisu
seperti aku
dilerai tali percintaan
antara aku dan kekasihku.

MENTARI

Walaupun
hari ini tidak kulihat wajahmu
betapa rimasnya hatiku
ada rasa rindu
ada rasa kelabu
ada rasa mahu mengadu
telah pun aku mengadu...
esok kusangsi,
akan timbulkah lagi mentari
namun dalam hati ini...
dengan yakin dan pasti
setelah bangunku dari tidur nanti
ia pasti kembali
menyinari...

Wednesday, November 5, 2014

NILAI

Tingginya nilai sebuah percintaan
tidak anda berada di sini
pada waktu ini
ketika ini...

Monday, November 3, 2014

KEDINGINAN

Di sini aku berdiri
di bawah cahaya hari
biar pula ribut membadai
kedinginan
tidak juga aku peduli!

AKU AKAN KEMBALI

Aku sedang membeku
membeku dengan apa yang terjadi
tidak aku akan kembali
ke masa lalu;
aku di sini
melepaskan sesuatu
yang lalu biarlah berlalu.

AMIN

Berdoalah, berdoalah sayangku...
sekalipun terapung ragumu
sekalipun telah seribu kali mengkali
Dia memahami.
Dia mengampuni.
Dia menyayangi,
Maha mengetahui apa yang TERBAIK untukmu!


Bukankah 'Amin' itu maksudnya. "Aku percaya."? ...tetapi mengapa engkau tidak percaya? Percayalah.

KUBIARKAN

Aku boleh memindahkan gunung
tapi kubiarkan ia di sana
agar yang lain dapat menikmati indahnya
bila rindu
akanku ke sana
bila jodoh
tak 'kan lari ke mana...

Sunday, November 2, 2014

SEKARANG

Malam sudah di tengah
kalaulah...
aku yang dihatimu
siang pasti menjelma
sekarang.

KERUAN

Hatiku sudah keruan
hendak lagi mencari timba
di mana
keruhnya tiada
Januari datang mudah-mudahan...

Thursday, October 30, 2014

JIKA HENDAK

Jika hendak jadi lelaki,
jadilah P. Ramlee

Jika hendak jadi wanita,
jadilah Saloma

Aku hairan di zaman ini, di mana suara burung-burung Kenari?
Hanya dibangkitkan suara-suara anjing.

NUR AMANINA AQILAH

November datang,
Umpama ia
Ranjau yang berduri...

Adakah
Misi ini
Akan menyempurnakan
Niat
Ibu dan,
Niat
Ayah, yang ada pada nama; Nur Amanina Aqilah?

Aku tidak mungkin akan jadi-
Queen for the king
It's all just a fairytale to me:
Lebih baik kuzahirkan kemenangan
Akhirnya doa 'kan jadi kenyataan
Hadiah kepada ibu dan ayah, sempena bulan penilaian.

Wednesday, October 29, 2014

TAKDIRMU

Engkau telah berjaya
adakah engkau terima takdirmu?

Jangan engkau berpaling daripadaku...

Lihat ke dalam mataku.

Engkau perlu tahu
apapun yang aku katakan pada ketika ini
itu hanya luahan,
bisikan hatiku tidak kau tahu
dan betapa aku mahu engkau tahu; Aku sayang padamu...

Engkau telah berjaya,
sudah kaya dan bertambah kaya
tetapi...
kenapa jasadmu seolah-olah ada
namun jiwamu
entah ke mana?

Maafkan aku, aku perlu beredar.

Tuesday, October 28, 2014

KAU KEKASIHKU

Aku diberi
peluang kedua
melihat kembali cahaya hati
bangun pagi disinar hangat mentari
malam tadi dibuai mimpi fantasi


bagaikan citra luhur kayangan
luka lama pun masih kelam
disembuh oleh...
kau
kekasihku

andai jodoh dalam perjalanan
kupinta kasih sayangmu
lindungi aku laksana pahlawan
kelemahanku,
kau pilih untuk dikasihi

semoga...
hari ini lebih indah sang suria pagi
semoga...
selalu merdu siulan sang burung merpati
semoga, bunga-bunga turut menari seperti hati ini.

~ 1920 Evil Returns

Aku
adalah kawan Jaidev
tetapi...
Jaidev bukan kawanku.
Jaidev
mencintai engkau
tetapi aku tidak mencintaimu.
Engkau
cintai Jaidev tetapi...
aku membenci dia.
Jaidev
ingin menikahimu tetapi...
aku tidak akan membenarkannya.
Dia mengalahkan aku,
setiap kali,
tetapi...
kali ini aku akan mengalahkannya.


~ 1920 Evil Returns

DARITA CINTA

Aku tingu si Putut jalan kebingungan
mukanya pucat saja
dalam ati tertanya juga, "Kenapa la... dia tu?"
rasa ingin mendekati tapi takut pula ditumbuk pipi.


Ati kawan sudah rasa rimas
gerigittan sudah
sebab aku harap dia membelanja sarapan
tau-tau... lambat dia datang niari.

Akhirnya...
sampai juga tu masa
masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba
macam dia ok sudah
aku kasi dekat la diri kono dan mula menanya-nanya...

Pele: Ui... kau ok juga kaini?
Putut: Hm... begini laini kalau sudah sinta.
Pele: Napa kunu?
Putut: Panjang bah crita dia...
Pele: Crita ja bah...
Putut: Aku ingat cinta ni siuk la selalu. Rupa-rupanya, inda kau tau lagi Pele...
Pele: (Muka berkerut, macam betul-betul mau tau.)
Putut: (Dia paham juga.) Dulu...
Pele: (Dalam hati bercakap...) "Nah... mula sudah."
Putut: ...aku ingat time bercinta ni cantik ja selalu. Sekali sudah kawin... awal-awal tu siuk lagi la. Pagi-pagi buli bersium... balik karaja buli sudah berpenubuhan. Belum sempat malam, siang-siang sudah mengatur...
Pele: (Rasa terangsang; sebab tu perkataan 'berpenubuhan' tu dia tau maksud tu dalam malayu, macam mau kawin sudah ni malam. Tapi dia telan air liur ja dulu. Itu mulut sikit lagi ternganga...) (Trus si Putut sambung cerita.)
Putut: Sekali sudah tertubuh itu barang, nah... ini kali la...
Pele: (Masi siuk mau dingar. Nda dia paduli tu dialog seterusnya.)
Putut: (Dia paham juga. Jadi, dia sambung la bah...) Sekali sudah tertubuh... (Penegasan ni.) Jadi la ba tu budak...
Pele: (Masi lagi dia diam-diam.)
Putut: Aku kasi pindik cerita la ar Pele?
Pele: Bah. (Yakin dia.)
Putut: Sekali sudah keluar itu budak, tiap-tiap malam ba menangis... Kasian juga si Ugou bangun malam-malam mau kasi susu. Tapi, lagi kasian la ba aku ni sebab ini adikku nda menahan sudah. Mau mengacau, dikacau pula.
Pele: Bah kasi pindik lagi. (Nda sabar sudah dia mau abis tu cerita, macam boring sudah dia.)
Putut: Itu la ba aku lambat sampai tadi tu. Nda cukup tidur... nda juga la te'main, disuruh aku buat susu. Lepas tu disuruh lagi lap taii. Darita betul cinta ni Pele... ko ingat laitu ar...
Pele: (Mengangguk la kono dia...) Ow... patutpun ko lambat tadi... rilek ba, lama lagi tu kamu kawin. (Maksud dia, kawin tu bukan satu ari ja... sampai mati.)
Penulis: Ingat kamu... abis cerita pasal Darita Cinta.

AKANKAH AKU BERTAHAN

Aku
menyayangimu
tapi aku tahu
dalam masa yang sama
engkau menyayangi dia itu


Hari ini
aku mendengarmu menangis...
tersedu-sedu
kerana disakiti olehnya, yang pura-pura tidak menyayangimu

Apa yang harus kulakukan?

Sakit hatiku melihatmu begitu
sedih dan sungguh pilu
hanya aku yang tahu
dan betapa aku mahu engkau juga tahu.

Adakah perlu,
sehingga rasa duka ini
menghapuskan rasa suka yang bukan semalam jadinya?
Kuandaikan bagai intan yang hilang nilai harganya...

Akankah aku bertahan?

Thursday, October 23, 2014

TIDAK LAYU

Seri di wajahmu dibasahi airmata
mari kuhapuskan duka luka
sebelum
langit membiru

kubisikkan...
sebuah lagu baharu
hasil nukilan hatiku semalaman
nyanyikan dari hati, bersamaku
bayu
lebah merayu
namun bunga tidak mahu mengaku
mungkin malu
kelopak bunga itu
kusiram satu-satu
bila nanti mentari tinggi
engkau kekal tegak berdiri. Tidak layu...

KABUT RINDU

Kabut rindu mengaburkan pandangku
hendak berjalan
ke depan tidak mampu lagi

Kabut rindu menyejukkan jasadku
bila menahan
menggigil ketagihan

Kabut rindu mengingatkan aku
igauan datang lagi
senyummu di sebalik kabut itu.

PERPISAHAN

Waktu itu...
cinta kami berputik sejak dia kecil
tiap hari kuberi padanya
makan ikan-ikan
selang masa,
membesar sudah dia
jadi anjing, bukan lagi 'anak anjing'.


Suatu hari,
sedang aku ke taman
bermain seperti kanak-kanak riang
berbasikal...
ia ikuti aku dari belakang
dan di pertengahan jalan
aku terdengar bunyi tekanan...

Ia pergi untuk selama-lamanya. Terpisah sudah aku dan dia...

Perpisahan itu membuat aku putus harapan
antara cinta peliharaan.

Mungkinkah begitu rasanya?
Apabila teman-teman yang kehilangan
orang-orang yang disayang...
tertutup pintu hati
langsung tidak mahu mengerti lagi
makna cinta,
pada seseorang.

Wednesday, October 22, 2014

DEEPAVALI

Dari semalam ku menanti sinar cahaya
Embun pagi makin kabut di jendela
Engkau belum lagi ada, mata hari dan mata hati...
Pintaku, hadirlah Dewi Shakti
Ardhanarishvara jadi separuh jiwaku.
Villa ini dilindungi cahaya jati
Atman: abadi dan tidak terhingga, agar
Lebih banyak kebaikan di bumi Qamari
Indahnya dinihari Deepavali.

Tuesday, October 21, 2014

JOKOWI

Jurutera itu sudah rasmi gabenor
Orang majoriti telah memilih dia
Kau tidak memimpin dengan cara menindas orang
Oleh kerana itu engkau kami pilih untuk jadi;
Wali Kota
Inspirasi Pemimpin Masa Depan


"Kau tidak memimpin dengan cara menindas orang, itu kekerasan namanya, bukan kepemimpinan. Pemimpin harus cukup dekat dengan yang dipimpinnya agar bisa memahami kondisi mereka, tetapi harus cukup jauh juga agar bisa memotivasi mereka." - Buku Harian Jokowi

Monday, October 20, 2014

KEPUTUSAN

*** BAB 1 ***

...pagi itu,
Aku tersesat di bangunan baharu. Dalam hati, mengeluh... "Hmm... salah tingkat." Memang beginilah orang hulu bila datang ke hilir kota, Putrajaya.

Bergegas aku turun ke bawah. Dari tingkat lima, ku tekan punat lif bernombor satu. Tidak sempat pintu lif tertutup... gadis bertudung merah jambu menahan ia dan terbukalah semula. Tersentak hatiku. Wajahnya cukup menawan. Gadis Melayu terakhir bisikku.

Tidak dapat aku berkata. Hati bergelora ingin bertanya, "Hendak ke mana?" Tapi aku malu. Lantas tinggal hanya kumenghidu harum wanginya. Dalam hati masih tertanya... siapa dia.

...tengahari itu,
Di kala matahari tepat di atas kepala, aku masih lagi bekerja. Tekun seperti biasa. Perutku telah mula menegur, "Krok... krek... krek..." Malas sungguh aku makan. Prosesnya terlalu leceh bagiku.

Mengidam aku masakan, ketam masak maggie. Semakin tinggi seleraku. Air liur sudah satu cawan rasanya ditelan. Akhirnya, aku kalah.

Bergegas aku turun ke bawah. Ku lihat dia sedang melayan di Gerai Puteri Mahkota. Segera ku laungkan kepadanya, "Maggie kari ketam!" Dia hanya senyum.

...petang itu,
Berdua kami duduk bersebelahan. Dia di kananku. Di bangku itu hanya duduk bersahaja. Tiada bersentuhan.

Cerita kami seperti bulan yang terang pada senja Sabtu. Kaki mula kaku, "Mari jalan-jalan." Ajakku dengan nada romantis. Dia hanya senyum.

Kami menuju ke arah bulan, matahari terbenam di belakang. Bayangkan. Masih segar di ingatan, betapa bulan pada petang itu lebih kami idamkan. Dalam bualan, "Esok, matahari akan terbenam lagi. Bulan belum tentu ada lagi." Tegasku kepada kekasih hati.

...malam itu,
Aku terasa sepi. Bosan dan tidak terasa hendak melakukan apa-apa. Ke laut, aku malas... ke darat, sungguh kepenatan. Aku pasti bukan hanya aku seorang yang pernah rasa begini. Pasti juga ada yang sama pada malam itu.

Lalu ku bawa langkah ini ke belakang rumah. Bergelap aku seorang. Ku gores mancis ini dan membara sudah peneman rasa, Dunhill.

Waktu tadi telah hampir tengah malam. Sedang aku melamun entah apa, terdengar dayu bisikan. Seram... seorang ku di rumah, kalaulah hantu. Ku perhati pokok mangga itu, ku amati tiap daun-daun dan dahan-dahan, kalaulah ada yang putih bertenggek-tenggek.

...subuh itu,
Terbuka luas mataku. Hendakku tidur lagi, tetapi lima kali ku cuba lelapkan mata, mata terus mahu terbuka. Jam rasanya belum pun pukul tiga.

Perlahan ku bangkitkan tubuh dan menuju ke jamban. Ku panggil jamban kerana ia ada di luar rumah. Sejurus selepas menjirus, teraba-raba hati ini. "Mahu buat apa ya?" Bisikku.

Lalu ku bawa langkah ini ke belakang rumah. Bergelap aku seorang. Ku gores mancis ini dan membara sudah peneman rasa, Dunhill. Seperti selalu...

...sekarang,
Setelah keputusan kulakukan, dalam tak sedar... kenangan yang ku kenangi tadi tidak dapat mengubah apa-apa.

Lalu, aku menyemat tali itu di leherku. Aku tolak kerusi plastik berwarna merah. Di bawah pokok mangga. Mungkin tiga minit yang mengejutkan. Akhirnya, aku mengalah pada kehidupan...

*** BAB 2 ***

Kejutan tadi bermain di minda ini. Terbayang akan kulakukan satu tindakan yang sangat mudah dan diakhiri dengan sebuah penyesalan.

Aku bersiap untuk ke tempat kerja. Setibaku di sana, "Hai, lambat hari ni," sindirnya sambil menyusun kerusi merah di gerainya. "Kerusi merah?" membisikku dalam hati kerana teringat pada peristiwa subuh tadi.

Kucurahi kasih sayang melalui sebuah senyum kepadanya. Aku menjawab, "Biasalah... jem!" Tanpa buang masa, walau dalam hati ini, ingin sekali aku duduk di sana dengannya selama mungkin.

Aku ke tingkat satu. Masuk ke ruang mejaku, duduk di kerusi empuk yang telah lama jadi tempatku bersandar. Pada waktu tulang belakangku rasa letih, kerusi inilah yang selalu kuharapkan.

Setelah memuji kerusi itu, aku mencari kerja tertangguh. "Tolonglah jangan ada yang datang menambah," bisikku dalam hati. "Selamat pagi Lee," sayu suara itu dari sebelah kiri pintu masuk ke pejabat ini. "Oh, engkau Roy, ya selamat pagi," jawabku. "Macam lemas ja kau Roy?" tambahku lagi.

"Ya Lee, nda dapat semalam!" guraunya. "Hahahahahaha...!" tersembur riang ketawa di pagi yang sunyi sepi tadi. Mungkin mayat di tanah perkuburan juga terbangun apabila berdua kami ketawa.

Tengahari mula menjelma. Ketekunanku bekerja membuat masa cepat sangat berlalu. Gurauan dan penumpuan terhadap penyelesaian segala masalah pejabat kami selesaikan bersama-sama.

Gosip sekali-sekala ada juga yang menghiburkan hati. Aku tak peduli, yang penting senang hati. Geram pun ada pada arahan yang seperti, "Sudah jatuh, ditimpa tangga."
Segera kumengidamkan lagi. Maggie kari ketam. Tapi hari ini malas hendakku kupas kulit tebal sang ketam. "Kalaulah si dia mengupaskannya untukku," berangan dalam fikiran, wajahnya yang menawan pasti comel ketika menyuapkan.

NONI

Nunu abal nu
Osonong ko nogi ngawi
Nung noilaan ku daa mantad di pogulu
Igitai ku do ginawo nu gisom do baino.

Sunday, October 19, 2014

LAJONG

Laut kekal di situ
Angin rindu tiupkan ombak tinggi
Juang sampai menjulang
Onak duri kulintas tanpa peduli
Naikkan lagi gelora markah semalam
Getaran... antara guru, ibu dan teman. Dia pula, terus bermain.

Saturday, October 18, 2014

GUMANDANG

Gadis itu bersila tanpa berkasut putih
Umurnya masih ke bawah
Masih mentah namun sudah berpunya
Ayahnya gagah perkasa
Neneknya seorang pujangga
Datuknya telah lama tiada... juga ibunya.
Aduhai,
Nur Asneah namanya
Gadis itu dipunya mereka; Cikgu...

LANDUNG AYANG

Lelaki itu,
Ada tiada, ada tiada
Namun, hari Rabu dia pasti ada
Demikian dua tahun lamanya...
Umum bertanya,
Naluri seorang ibu turun bertanya
Gambarkan kepada aku jejaka, kenapa?


Aku bukan sengaja, katanya...
Ya aku mengaku, telah lama kamu berduka
Aku bukan sengaja, ulangnya lagi...
Nila setitik merosakkan susu sebelanga; Rabu kujaga
Gambarkan aku sedang membantu ibuku menyara keluarga.

DUALOG

Dalam satu hari
Ulangnya janganlah lagi
Amanat paksa kuteruskan
Letih dan hilang selera
Oleh punca api
Geguru tetap bertahan; kuharapkan memurid pun jua...

MARIANAH

Mengapa dikau malu adinda...
Anggap sahaja kisah kita drama di istana
Raja sedang memikat sang permaisuri
Ibaratkan sahaja...
Atau,
Niatkan sahaja seekor kumbang sedang terbang pada dinihari
Akan berkatalah ia kepada bunga
Harumnya adinda dan biarlah mekar hingga ke senja.

LU TZE FUI

Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri
Utuskan sajak indah untuk yang telah tiada.

Telefon tidak mampu membisikkan
Zillion kali pun kulakukan,
Engkau tetap berdiam.

Fasih mendoakan,
Untukmu kusimpan sebuah harapan...
Ingati aku di sini, dan engkau... ibuku, sentiasa kurindukan.

ANGLITA

Anggaplah
Nostalgia hari kelmarin
Ganjaran untuk hari ini dan esok pagi
Lihatlah sejauh hati
Impikan lagi dan lagi... dan lagi,
Tanpa ada rasa jemu
Antaranya, rehatlah sayangku.

JESSY

Jejari ini terus mengetik sebuah cerita
Entah mengapa suasana berubah
Saatku perlu suatu rasa indah
Saat itu juga petahku kelu
Yakni yakinkan aku...

Thursday, October 16, 2014

BABI

Betulkah?
Apa yang engkau katakan,
Benarkah apa yang kudengar...
Insan yang kuharapkan sedang bermain dua.

KERBAU

Kau bilang cinta padaku
Esoknya kau putuskan aku
Rindu semalam telah jadi sembilu
Bagai berenang di dalam laut berapi-apian
Andainya lusa datang kau memujukku kembali,
Umurmu mungkin setakat hari itu.

ANJING

Adakalanya,
Nurani ini hendak menyalak tinggi seperti ia
Jika aku anjing...
Ikatkanlah aku agar tidak kau kukejar sampai tidak mampu berlari
Nanti, akan kusiat daging di betis berbulu itu
Garangnya aku, sudah di ICU baru kau tahu.

LIPAN

Lihatlah anak itu...
Ingatkah dikau pada masa kecilmu
Pada waktu dikau sepertinya
Amati hati dan kaitkan dengan masa depannya
Nercaya, akan kau tahu jalannya.

KATAK

Kalaulah dapat kuberkata-kata seperti manusia
Akanku katakan kepadanya,
Tolonglah berbaik sesama sendiri
Ambillah kesempatan dalam hidup ini
Kesempatan yang hanya sekali akan kau perolehi. Berbaiklah...

LIPAS

Laju kularikan diri ini darimu
Ingatkan hadirmu membawa bencana padaku
Padahal, hadirmu bagaikan hujan di musim bermentari
Anggun kasihmu tidak ternilai dengan sejuta rasa sang hati
Sehingga mataku yang celik jadi buta kerana tidak langsung mendengar.

SIPUT

Sendiri kumelangkah
Ingin diri kecapi hati abadi
Perjalanan masih terlalu jauh
Umpama tiada henti, laksana tiada hujungnya
Tetap kuteruskan... selama mana mampu kubertahan.

TERHAD

Kepandaianku
terhad pada sebuah buku,
ketidakpandaianku seluas langit biru.

MENANGIS

Terharu hatiku
airmata mula mahu menitis
di hati sudah mula berair, rasa terlalu sebak
keningku sudah mula berkerut, kiranya hendak menahan
liang airmata sudah tidak tertahan...
menitislah, dan menangis aku.


Tunggu,
aku menangis dulu...
...
...
...
...
...

Hm... nafas kusedut sedalam mungkin
airmata yang terlalu limpah
sudah mula berlalu di rongga hidungku
pipiku sudah mula malu
bibirku sudah mula bersuara
teresak-esak.

Di saat aku hampir putus harapan,
kamu datang...
kawan-kawanku yang tersayang
hanya kamu yang aku ada
setelah cintaku patah di tengah malam.
Terima kasih.

ALEXANDER

Aku mengingatkan diri ini,
Lupakan kisah lalu yang tidak menjadi
Engkau akan lebih hebat nanti
X... pangkah segala kenang-kenangan
Aturi kembali langkah pertama
Nubuat belum lagi terjadi...
Demi diri, bersama insan-insan tercinta
Esok kekal ada bagiku
Relakan yang pernah pergi, sambutlah harga diri yang baharu. <3 you...

ALESIAH

Aku...
Lebih dulu melihatmu
Engkau mungkin terlewat
Saat mata kita bertemu
Itulah saat yang sering ku tak jemu
Andailah akan sentiasa begitu...
Hanya seminit, sudah memadai bagiku.

BALAN

Betapa seksanya batinku
Apabila kau sentuh dengan penuh luluh
Langsung tidak kau memahami apa yang terbuku
Aku resah dan terlalu pasrah
Namun niat di hati akan terus ke hadapan. Teruskan...

HARLINA

Hanya untukmu kusimpan sebuah rasa
Atas dasar kesetiaan,
Rinduku telah menggunung bila tidak, bertemumu.
Luahan rasa kulepaskan di dalam seribu lagu
Ikhlasku lakukan agar kau memahami maksudku
Nantikan setiap hari; selama seribu hari, hari-hari…
Aku janjikan ini, sehingga kau menerimaku kembali.

PANUDAHAN

Pergilah...
Atap merah, pergilah...
Nilaimu hanya beribu
Umpama janggut yang dicukur, esok pasti tumbuh lagi.
Dermakanlah kepada kami walau hanya secebis rasa darimu
Atau, berbumbunglah kami dengan awan biru di sini
Hanya demi perjuangan yang tidak mungkin pernah selesai
Atau, bermegahlah kami kerana pertolongan
Nercaya... nilai empati yang diberikan, pasti Tuhan merestui.

SUSAN

Sukar...
Untuk kau percaya,
Sayangku kepadamu masih lagi seperti yang dahulu
Adakah kau pun jua?
Nantikan sahaja... jika sampai waktunya, akan kita tahu.

HENRY

Hadapi dengan hati yang tabah
Esok, mungkin... aku tiada lagi...
Namun, tabahlah sayangku
Ranjau hidup ini masih belum berakhir
Ya... kalaulah aku 'kan kekal bersamamu setiap waktu.

HASMIDAR

Hari-hariku,
Aku lalui dengan penuh berbunga
Setiap pagiku diseri dengan suatu keindahan
Meski aku tahu...
Impian, lama lagi dikecapi
Dalam diam aku selalu menghajati
Angin taufan yang datang
Ribut yang seperti mahu menelan, kekal aku bertahan ker'na kamu.

SCHOLASTICA

Sesungguhnya
Cinta ini,
Harus kuhargai
Onak berduri... akanku
Lalui
Agar
Setia
Tidak lagi sesia
Impian 'kan jadi nyata
Cinta antara kau dan aku
Akhirnya berbuah dalam sebuah perikatan.

ASMIATY

Alangkah indahnya
Suara hati itu...
Matamu,
Ibarat...
Awan suci pemurni
Tenungan mata itu,
Yang terindah pernah kualami.

PETER

Perlukah kuakui cinta ini di Milimewa?
Engkau yang sedang bekerja pasti akan...
Terkejut dan berairmata darah
Engkau akankah mengatakan, "Yes, I do."
Raja sedang menunggu jawapan dari bakal sang ratu.

PUTERI GUNUNG LEDANG

Perahu kusediakan
Untuk pergi ke gunung Ledang
Tanpa kuhirau lagi ribut dan taufan yang melanda
Engkau lebihku takuti
Rasa kehilangan akan dirimu, tidak, tidak sekali lagi...
Ibarat lagu dan melodi yang sering memerlukan.


Gesekan dayung ini,
Umpama mahu mematahi semangat jiwaku
Namun...
Untukmu, lautan api yang sedang membara akan kuharungi
Neraka bukan lagi bandingan,
Gadis, aku pertaruhkan.

Lambaian semakin sampai,
Empunya diri sedang memandikan diri
Dia... isteriku...
Amanat yang diserahkan oleh ibu mertuaku
Nilai cinta yang terlalu sukar aku tafsirkan
Gumpalan rindu sudah mampu mengalir, malam ini.

MAHANI

Maharani,
Aku
Hadiahkan
Akan dikau...
Nilai setinggi
Intan berlian bak gunung Akinabalu.

NUR HAYATI

Nercaya, apabila kau baca coret ini
Unggas di rimba akan pasti kedengaran
Riuh kota tidak lagi kau peduli, hanya cahaya si kunang-kunang dicari.

Hayati...
Akan hadirnya hati ini
Yang telah lama menanti suatu detik
Agar peluang untukku menyatakannya kepadamu terlerai...
Tua sudah aku,
Isi hatiku kekal selamanya menyanjungi laksana cinta pandang pertama.

ROSMAH

Rambutmu,
Oh!
Sungguh
Membuat
Aku
Histeria...


Wednesday, October 8, 2014

NANA TANJUNG

Niat hatiku pergi ke gunung
Akan kucari tujuh warna selendang
Nurani mengimpikan hanya satu harapan
Andai tersematlah cincin, dalam pernikahan.


Tasik ini selalu membiaskan
Apabila senja, hilanglah ia...
Nestapa hati turut keigauan
Jikalah dia ada meneman.
Untuk setiap petang,
Namamu selalu datang...
Gila sudahkah aku, kerana wajahmu sentiasa berbayang di tanjung ini.

ROSE LINE

Rinduku sudah mahu melayang...
Oleh kerana diam kau dan membisu
Sakitkah hatimu hingga kau buat begitu,
Engkau... janganlah begitu.


Lihatlah aku,
Ibaratnya aku sebatang tunggul yang telah mati
Namun, masih menunggumu selalu
Engkau... janganlah begitu; tidakkah kau baca betapa rinduku padamu.

Sunday, October 5, 2014

BIAR

Biar... ilham aku rencanakan
biar... isi atma rindukan
biar... ia aku relakan
biar... impian akan rungkaikan.

FITNAH

Fitnah memfitnah
biasa...
malah, lumrah dalam POLITIK.

Lebih baik aku tak tahu
tentang ia...
berbanding terjerumus dalam perangkap samar
fitnah hukumnya DOSA.

Namun,
jika niatnya betul
dan yang paling UTAMA
landasannya mengikut intergriti
ANDA sememangnya wakil Yang Berhormat...
ANDA tadi sudah YB,
kini rakyat pula mula memfitnah.

FITNAH, semata-mata kerana apa?

BULAN DATANG

Si bunga lala
telah indah dalam gelap gelita
betapa
bila bulan datang serigala jadi teman.


cumbulah aku...
berdiriku menghadapmu
ciumlah dari atas ke bawah tubuhku
muah... dari dahiku, ke pipiku, bibirku, leherku dan lakukan.

Agar malamku yang dingin
sinarmu hadir mengasyikkan
dalam hangat berpelukan
bila... bulan datang.

JANE

Jarimu malar membeku,
Adakah kerana segan engkau padaku?
Nafasmu membisik laju,
Engkau... sungguh teruja dekat denganku.

Sunday, September 21, 2014

JANJI DI BUMI

Tidak lagi,
salamku dikau sambut sahut
senyum yang ku ukiri
tidak lagi bermakna padamu
apatah lagi
pandangku padamu
seperti tiada aku di depanmu.


Ke sana dikau...
aku turut sesamamu
umpama ku kejar cinta yang pergi
akhirnya tinggal
pungguk merindui bulan.

Hati tidak tertahan
lalu batin memekik sekuat guruh di langit
Sayang! ...memandang pun kau tiada.

Genangan airmata
mula membanjiri perigi hati
tersedar di alam delusi
rupanya...
jasad telah mati, tapi kerana janji di bumi;

"...akan cintaimu hingga ke syurga" ...kini, merana aku menanti di sini.

MINUM DULU

Takut aku memikirkan tentang hari esok
desas-desus melanda
umpama virus yang tidak mungkin terhenti
sampai hati.


Sedikit kecewa mahu pula aku, kau tinggalkan
katamu janjiku
janji terang bulan.

Aku semakin tua
banyak perkara perlu kugusarkan
lebih dari perjanjian itu,
namun...
tidak pernah aku melupakan.

Kini kau ingatkan aku
resahmu akan janji itu
lalu kau tuduh aku sengaja mendua.

Ku akui...
telah aku melukakanmu
pernah aku melakukan kesilapan
atas dasar perjuangan,
hingga terlupa
sepatutnya,
janji itu perlu kukotakan terlebih dahulu.

Ketakutan ini membuat aku
sukar tidur malam
mengingati kesesakan yang mungkin terjadi
reaksi...
akibat janji, belum ditepati.

Tunggu dulu sayangku,
bukankah di sini telah lahir cinta kita?
Usahlah kau pergi dulu,
kita minum dulu.

DEKAT DENGANMU

Tak siapa yang tahu
yang di dalam hatiku
aku pun tak mahu memberitahu...
Betapa ku ingin selalu dekat denganmu.

MARRY

Yang dikejar sudah kahwin dan lari

Yang mengejar, kenapa tidak kau 'marry'?

GADIS MONTEL

Matamu sayu-sayu
senyummu
memukau hatiku
mencuit ingin pipimu
manis sungguh wajahmu.


Dua tiga kucing berlari
panas mentari
tidak ku sedar lagi
ingin diri rapat menari
memelukmu sepuas... hati ini.

Gadis montel
bermerah jambu
mendedah putih betis kakimu
kasut biru
kereta kelabu.

Membisik jantan pemalu...
hendak tahu siapa namamu
sudikah jadi bintang di hatiku?

TAKUT

Ingin menyayangi
tapi takut mencintai

Ingin mencintai
tapi takut hilang harga diri...

SIANG MALAM

Malam
membuat aku bermimpi

Siang
belum tentu terjadi...

Hati merintih,
menyembunyi misi.

JATUH CINTA

Berbenih lalu tumbuh
benih jatuh kerana cinta
maka hati
sudah mula mekar nan hijau.


Demi cinta
bertahun selalu
ramai hanya melintas lalu
sekadar suka membulatkan mata
tiada memuja
belum ada mampu mencinta.

Datanglah dia...
merenung dalam ke tubuhku
dilihatnya rambutku
dilihatnya satu persatu kelibat diriku.

Dan mula aku tahu,
dialah yang telah jatuh suka
cukup membuatku berdebunga
walau kutahu dia dan aku
tidak mampu bersatu cukuplah menghargai.

Jatuh cinta...
bermula benih baharu
kemarau pergi lalu
sebuah hasrat cinta
demi dia,
kuhasilkan hembus nyawa selama aku mampu
mengindah seindah pohon cinta Akasia.

TERUS BERSERI

Di mana tumpahnya kasih,
jika bukan pada kekasih...

Di mana tumpahnya seri,
jika bukan pada sang hati...

...cintaku padamu kekasih, semoga hati ini engkau terus berseri.

SAMPAI BILA

Bila hujan,
akan dirindu sang matahari...
Bila panas,
akan dirindu pula, titis hujan.

INDAI-INDAI

Indai-indai
wadakam sarum
sarum dipetik dari gunung sinambung
sambung-sambung
sampai ke perum
perum binasa merah jadi pirung.


Indai-indai
wadakam sarum
sarum disebut kedapi santung
payung mimpi perdalam-dalam
mungkinkah hati sudah jatuh semalam.



1 Kor 14:13-14:
Karena itu siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia harus berdoa, supaya kepadanya diberikan juga karunia untuk menafsirkannya. Sebab jika aku berdoa dengan bahasa roh, maka rohkulah yang berdoa, tetapi akal budiku tidak turut berdoa.

Saturday, September 6, 2014

LOVE SAID

Love said;

I can
make you smile
can make you 'high'.

I can
make you cry
can make you 'die'...

UBATI RINDUKU

Merinduimu
membuat hidupku umpama demam selsema
makanku tiada selera
hari-hariku berlalu hanya engkau difikirku.
Datanglah dirimu ke sini
ubati rinduku...

Friday, September 5, 2014

TALAK TIGA

...kerana terlalu mencintaimu,
dan terlalu menyayangimu...
apa pun yang telah engkau lakukan terhadapku
perkara-perkara yang menyakitkan hatiku
hati seorang wanita...
tidak akan engkau kutinggalkan,
kerana telah tertulis pada sumpah perkahwinan kita
hanya Tuhan yang mampu memisahkan kita.


Dan untuk aku menenteramkan jiwaku
...belikan aku talak tiga lagi.
Kalau tidak, akan kucakar dadamu!

PARABOLA CINTA

Di bawah bintang aku seorang
ada bulan di sebalik awan
sinar lampu di air tenang
lagu berkumandang
air terjun menjunam.


Ku lihat ketawa pasangan insan
muda remaja... duduk bermain cinta
rasa bahagia di samping indah
parabola cinta
memukau pandangan mata
tidak terkata
seperti saat pertama ku lihat wajahnya...

Monday, September 1, 2014

MENTARI MULA TENGGELAM

Dakapan...
kian dieratkan
sayang sudah semakin sayang
wajah sudah malap hilang
namun sentuhan terus mengalirkan harapan.

Petang...
mula tenang,
kelihatan awan mula memandang
wawasan masih di rantauan
ingin pula hatiku bercumbuan.

Drastik burung berterbangan
sekumpulan deras tanpa berperasaan
hanya hati sedang bergelora
wajah kekal tenang
di kala mentari mula tenggelam.

Saturday, August 30, 2014

BATU

Ada apa pada batu?

'pabila ku melihat batu itu
teringatku waktu dahulu
waktu itu
kita bergaduh
dan kau baling, batu itu padaku.


Aku tahu
balingmu itu
tidak kau sasarkan kepadaku
saja kau lepaskan geram padaku
tapi sayang ada di hatimu.

Hatiku seperti batu katamu...
tiap waktu kita bertemu
selalu kau ingatkan aku
agar tidak menigup selalu
sayangkan paru-paru ucapmu.

Masa berlalu...
tidak pernah lagi kau kata begitu padaku
adakah engkau sudah jemu?
atau... telah kau terima diriku
seadanya aku.

Pernah satu kawanku
berlari sepuluh batu
kereta biru telah rosak tidak mahu lalu,
dan kata kawanku...
setibanya aku di situ
melihat sahaja rupa kasihku
segala penat lelahku
semua kerisauanku tentang kereta itu
hilang seperti angin lalu.

Kerana...
kereta itu boleh kucari selalu
tapi engkau kasihku
tiada lagi sepertimu.

Dia aku...
ingatkah engkau akan peristiwa itu?
Engkaulah kasihku
engkaulah syurga di hatiku
engkaulah ratu di istanaku
engkaulah yang selalu mengajarku
erti rindu... dan engkaulah penawar beban rindu itu.

 Setiap batu, ada kisah sepertiku.

Thursday, August 28, 2014

SAATNYA

Keadaan terlalu sunyi ketika itu
hati sudah tidak lagi mampu berbisik kata
benak fikiran bagai telah mati
hanya aku di sini.

Tiap langkah memercik bebunyi
krek... krek... krek...
kananku berdendang bayu sayu
fuh... fuh... fuh...
terhenti langkahku.

Duduklah aku menghirup udara nan syahdu
telinga tertutup antara dua lututku
mataku melihat ranting rumput yang rapuh
jariku perlahan memutus-mutuskan
dan di saat inilah
hatiku mula gersang
juga saatnya mataku mula senang...
menitiskan kepedihan,
antara benci dan kerinduan.


HATI INI

Jika tidakpun kau datang berjanji cinta
cukuplah sekadar
gurau senda denganku.

Tapi tiadapun hadir kau di sini
menunggu aku
akankah hingga selama-lamanya...

Si insan melihat sang bulan purnama
bertanya di hati ini
apakah dia seperti aku...

Si insan hanya duduk seorang
maklum di hati ini
aku persis seperti dia.

Datanglah temanku...
hiburkan aku
walau tidakpun kau cinta aku.

Datanglah insan...
berdua kita
jalin satu ikatan, agar dua hati yang sepi, tidak lagi kekosongan.


PERLUKAH

Mengapa cemburumu begitu buta?

Perlukah sampai kubuktikan dengan tubuh ini...
jika itu yang kau mahu,
sanggupkah kau nikahi aku terlebih dahulu?

...dan pada malam pertama kita bersatu
akan kuserahkan segala cintaku kepadamu
dan semoga tidak lagi kau cemburu.

Kerana tubuhku akan membuktikan cintaku padamu
kesakitan yang teramat itu...
akan kuhadapi demimu, raja di hatiku.

Jika tidak sanggup kau nikahi aku,
tinggalkan aku...
perlukah lagi kumenunggu? ...ramai lagi yang menunggu.


DI SINI

Bermula dengan niat di hati
dengan tahu apa rasa disakiti
bukan mengejar mimpi
cuma mahu mengenali.

Selang masa berlalu pergi
tanpa ada aku menanti
kadang pergi
nanti datang kembali... bagai merpati.

Lama sehati...
telah kita mengenali
sudah kira mengerti
apapun yang hendak dibisik hati.

Dewi sudah jadi jantung hidup ini
tidak mahu kau pergi lagi
tinggallah di sini
kerana, telah lahir sebuah cinta... di sini.

#disinilahirnyasebuahcinta

Wednesday, August 27, 2014

BUKAN MILIKKU (Tribute to #MH17)

Terpanggil dipilih aku
hatiku haru,
lalu tertanya satu, kenapa aku?
Telah aku...

Dari saat itu...
kuimbas kembali nota buku
laluan kerjaya dalam hidupku
sebagai pemandu.

Seminit sebelum saatnya berlaku
setelah butang baju kusemat satu persatu
kaku berdepan waktu
tidak terungkap dengan apa pun buku.

Lalu...
walau berat ribu apa yang kupandu
tahukah kamu, berat lagi hatiku...
terlalu sayu.

Menghembus tanpa jemu
titis airmata adakalanya mahu mengaku
kala di awan biru...
menderu laju-laju.

Setibanya di situ
kulandaskan dengan tabah hati yang paling jitu
persis tidak mahu kamu terganggu
demi tenang rohmu juga jasadmu.

Kau bukan milikku...
kutabik kehormatan padamu
selamat kembali ke tanahairmu, pada keluargamu...
dan damailah ke arah penciptamu.


Tuesday, August 26, 2014

SAYANGKU

Puisi Hanya Satu Huruf - HSH
--------------

SAYANGKU

Saudari:

Salam subuh sayangku
sudah semalaman sayang sandarkan
sudah sakit saraf sikuku
sakit...
sayangku...

Saudara:

Sorry... salam sejahtera,
senyumlah saktiku
satu-satunya seriku selalu
salinlah sarungmu sekarang
sudah siang, suaplah sarapan sayangku.

AKU

Puisi Hanya Satu Huruf - HSH
------

AKU

Aku adanya
angkara ayahku
antara aku ada anak ayu
amboi...
ajaibnya aku atas anugerahMu.

Ayuh adinda ayu...
aku abangmu
amanat ayah akanku abadi,
alih airmatamu adindaku ayu
agar akhirnya akan aman arwah ayah atau aku.

Saturday, August 23, 2014

(Tribute to #MH17)

Kita
datang ke dunia
tanpa
apa-apa
tanpa nama
tanpa apa-apa

Mama
nantikan kita
papa
sungguh teruja
bahagia

Berlalu masa
tanpa
kita duga
nyawa
sudah tiada
kembali kepada pencipta

Kini tinggal doa
semoga
dikau di syurga
bersamaNya
Tuhan yang maha Esa

Hatiku perlu mengerti akan peristiwa
sentiasa
cinta
setia
selamanya

Hatimu perlu terima
akan takdirNya
semua
PASTI sentosa
walau ada...
kecewa

Di sini pasti berbunga
biar dimakan masa
sentiasa
kasih dan cinta
kelak selamanya
setia
di Malaysia.

Berbahagialah dikau di sana.


Sunday, August 17, 2014

HARI BERSAMAMU

Ku berdiri pegun
menanti kedatangan
nun jauh di hadapan, suatu impian.

Hembusan sang bayu
berlagu di jiwaku
indahnya hidupku, ker'na kamu...

Hari berlalu,
kutetap menunggu, hari bersamamu.

Gelora desiran ombak
berlinang di mataku
pelayaran... kubersamamu, pelayaran... bersamamu...


Saturday, August 16, 2014

LANGKAH YANG KIAN TERHENTI

Ku jejak puncak asmara
nyata belum berbunga Lala
aduh,
apakan daya...
masih orang tak sudi.


Ku menghiris hati sendiri
sehari demi sang hati...
langkah kian terhenti
masa tercari
cinta yang sebati.

Bayu...
bawalah aku pergi
buai laju-laju
sampai dia mengerti.
Agar langkah yang kian terhenti, teruslah bermimpi. Berakhir nyata.

KENANGANKU BERSAMAMU SELAMANYA

Raut wajahnya sepertimu...
terkesima aku
lalu,
kenangan dulu bercanda semula di benakku.


Walau apapun yang telah berlaku
ia terjadi indah
betapa mahu senyum terukir di pipiku
tapi aku tunggu.

Patutkah kutunggu?
Agar kenanganku bersamamu selamanya akan berulang-ulang
selagi engkau tidak aku nikahi
atau patutkah sampai aku,
jadi penunggu?

Wednesday, August 13, 2014

KAU ILHAMKU

Sejuta bintang,
bersinar pada malam yang kelam
hatiku terbawa hingga ke ruang awan
bermula lamunan seorang pejuang.


Mengikutkan hati
tidak tercapai berjuta teman
terima, cukuplah satu bintang...
penerang jalan ke hadapan, arah kemenangan.

Bertahun pun cahaya bintang kukejarkan
bintang yang terbentang di depan mata haruskah kulupakan?
pasti ada yang di sana memuji bulan
kenapa pula dia kubiarkan, sendirian...

Bulan...
kau ilhamku,
beriku suatu harapan
agar keyakinan ini selalu berkemungkinan, tak akan hillang.

Tuesday, August 12, 2014

LAMA KU MENANTI

Merasakan,
kering ini semalaman
benih yang kusemai sejak sebulan lalu
dengan harapan setelah satu tahun buah akan kutuai.

Lama ku menanti...
terasa lama hingga mahu aku pergi
secebis bisik di hati yang dikau katakan naluri
aku pilih hati.

...yang mana tidak mungkin dikau ketahui
kerana ia sangat menyakiti
takut aku kau cemburu
lalu kau tinggalkan aku.

Bukan kau kutinggalkan
sayang... bukan...
aku menyepi mencari erti diri
dari sisi merpati, jika sudah kau miliki pasti 'kan kau dapat kembali.


Friday, August 8, 2014

KE MANA LAGI

Ke mana lagi hendakku beralih...
tatkala hujan sedang menyusuri jendela hati
impian nun di hadapan
semakin kabus menyelubungi dan sepi.


Ke mana lagi...

Mendongakku ke bawah,
melihat ada lagikah serpih yang boleh tercantum
setelah derai bunyi jatuh bertitis airmata
memecah sunyi pagi bila bangunku tiada lagi sisiku.

Ke mana lagi...

Nur tadi sudah tidak memercik malam
terhempas bagai ombak yang tempuh pinggiran
tiada lagi kemesraan...
ke mana hilang cinta itu.

Monday, August 4, 2014

MIMPI SESEORANG

Lindungi mimpiku
biar tidak akan berakhir tapi tanda bermula
seri senandung mewarna hati dalam sentuh cinta peramah.

Lindungi mimpiku
agar berulang tiap subuh
dakap bahuku tersemat tubuhmu
kugenggam rasa sayang pada harum mawar pendiam.

Percayalah padaku
waktu ini bukan lalu umpama sedu
mimpi ini tanda kau kuingati biar tidur berjauh-jauh
biar tidak pernah engkau mimpikan
kerana kau telah pun ada dalam mimpi seseorang.

Dalam mimpi itu, dahimu dicium di tengah pergunungan...


Friday, August 1, 2014

LUKISAN HATI

Ke sekarang
masih lagi kehilangan
hijau tadi beransur jadi keperangan
kesiangan tidak lagi kesampaian
belum pun malam telah tidur keseorangan.


Menanti hingga bila,
perlukah hingga teluk sendi mata berkeringan,
dan lingkar gelung jadi hitam kepekatan
lantas diliputi kedutan?

Ke hadapan
meraba dalam kegelapan
sampaikan hati di lorong kebuntuan
kulukiskan hati kerana hanya itu yang ku ketahui
dan satu lagi lukisan hati di bawah hati ini,
kutulis di dalamnya namamu...
yang kudoakan, pulang menemaniku.

Thursday, July 24, 2014

BILA HILANG CINTA

Titis demi titis keringat menitis
tertunduk jatuh hatiku bagai pengemis
kian garang terbuka mataku
menyala umpama naga yang patah.

Melaungkan mungkin sisa-sisa hidup terkini
setelah segi cinta
hilang penuh kegagalan
rasa berazam untuk menamatkan keperitan.

Tajam kumelihat rasa kosong ruang ini
tali... hendak kugantung diri
pedang... hendak kutusuk tubuh ini
ringan hatiku hendak melakukan.

Sempat kufikirkan, inikah jalan yang senang?
bila hilang cinta
sudah di had usaha
bunuh diri atau merangkak sampai mati.


Friday, July 18, 2014

SENJA NAN MERAH

Betapa bencinya aku kepada malam
siang tidak kekal
antara bulan dan bintang
ada langit mengadu.

Itu sudah ketentuan
hati gersang ini terpaksa beralah
merintih di hujung pagar berduri
menanti dan melihat tenggelamnya sang siang.

Merah awan menyerlah
matahari sudah ada di sebelah sana
terbayangku senyum si dia
kerana paginya siang telah ada.

Malam... senja nan merah
selisih menyemarakkan tautan cinta
kerana malam hatiku keseorangan
tanpamu, aku tak keruan...