Wednesday, December 30, 2015

DALAM BAMBU ADA BAHAGIA

kesima seketika
sedikit manis, masam, pahit
akhir pula bahagia
kenapa?


ya...
ada teman
seperti kamu!

SUNGGUH AKU MAHU

cantik pula matamu
bibirmu,
sungguh aku mahu cumbu
senyum,
lalu aku ragu
benarkah...
benarkah untukku
atau hanya sedekahmu
berlalu dan terus berlalu
biarlah lagi mimpi aku sandarkan.

KUALI LUSUH

kuali lusuh
berkerak hitam bagai
lava hujung lautan
tidak lelah dek zaman
belian bapa
sempena hari perkahwinan ibu

masih lantang berbunyi...

Tuesday, December 1, 2015

#‎bagaiputeri‬

Bawang merah, bebawang putih
antara marah dan rendah diri;
bukan kucari tubuh memutih
tetapi hati buatku seri.

DIDUA

Ada wanita nan dicinta namun lebih suka diluka oleh wanita tidak sepertinya...
kekal dalam hatinya,
seperti dia tidak mahu terluka; didua-
Sakitnya...

Aku tertanya, "Kenapa tidak kau sanggah dan sanggup merana?"

HATIKU MENGARAHKAN

Suasana pada ketika ini gelap tanpa suatu pun suara
hatiku sedikit resah,
tetapi kerana suka aku tetap gagah
dalam hati mendambakan engkaulah antara nan di sana...


petikan dimulakan oleh tali satu
jari telunjuk dan ibu memetik indah
aku nan tadi diam kini mula mahu berkata
menyanyi engkau rasa nan sebenarnya aku resah

hendakku tahu kau tahu
jalan kulalui setiap hari disemarakkan oleh dirimu
suaramu nan sayu memberi ilham kepadaku
seakan seribu madah tiada nan menjelaskan siapa dirimu!

...cuma satu;
Aku cinta padamu.
dan tidak engkau tahu.
Bagaikan bunga merah ditanam suka lalu kembang tidak sangka.

Sunday, November 29, 2015

DWIHATI

Argh...
aku menghembus nafas ke pantai dan membayangkan begitu senang mengatur perang
darahku waktu muda penuh berisi besi-besi
darah nan semakin tua tidak lagi mahu berfungsi
kenapa? Bisik dwihati.

CUKUP

Cukup.
Teruslah hujan hingga ke malam dan usah berhenti selagi masih panas tengahari
juga belum tercuci debu-debu di nusantara.

AWAN MARAH

Awan marah. Dia diam seketika sambil memancarkan sinar menunggu saat runtuh
berdentum bunyinya masuk telinga hilang begitu jua
pasti lebih baik tulisnya maka air hujan turun melorek hati nan kononnya berwibawa manusia
sekali air bah,
lirik hujan sejam terus jadi igauan pemimpi.

#‎booyah‬!

Aku lebih percaya pada pemimpin yang bercelana jeans.
Biar kuyak janji rock!



TERATAI ABADI

Akarmu mencakna manis ke arah tanah
gugat tidak tika keringnya dinihari
darah nan kental kekal mengalir hingga memancar sinar
teratai...


hati ini,
terpaku lama di pinggir tasik nan jauh
engkau ada pada sanubari
depan mata aku mengharapkan teratai ada senantiasa

keraplah berkata agar rindu ini kau sergah
katakan kita bersama sua
menyulam manja segar memandu rasa
cinta kepada cinta

mata dan bibirmulah penguat sasa
hilang aku melayan sandiwara
gurau senda antara kita berdua
ingin sekali aku abadi

kasih mula bercambah
satu teratai sama antara wanita
sama...
hanya engkau akan kekal di sini hingga nanti pencipta minta berhenti.

MASIH BERBARING

Ia hampir tengah malam dan aku masih berbaring memikirkan engkau...
Semoga mimpi nanti, engkau ada memelukku.

#‎hantu‬

Mata lelaki gagah itu menoreh perlahan-lahan pohon dukacita
digenggamnya obor api
yang sebentar tadi hatinya luka parah
setelah dilaluinya hanya dedaun kering
kering... daun padi.

Kini gelap dikuasai oleh api membara!
Ladang padi marak sekitarnya.

Dia menoleh sekeliling...
Pada sinar matanya menahan suatu kepayahan
bumi telah hancur oleh peperangan
antara manusia dan hantu bangkit!

Tanah gersang yang telah pun tenang dari api radang
menjanjikan sebuah harapan
selalu tanah ini akan mula bertunas lagi
dengan benih-benih yang paling aman
hairan... bagaimana benih itu menahan api kepanasan
lalu juga memancar kehidupan
selepas kematian.

#‎pm‬

Bangunlah,
dan mari memuji cinta...
kerana cinta dia masih berkuasa.

DEDAYANG UNIVERSITI

Melainkan bulan jatuh meriba,
tidak akan kupernah menyesalkan
apa kini nan terjadi pada diri sang pari-pari...
mungkinkah pari-pari jadi puteri?
Atau puteri memang permaisuri namun belum disedari.


Bersahaja lintasku di laluan bukan diterangkan bulan purnama
hanya dijuang bersama teman-teman sepermainan
hari demi hari dilalui jelma hati
semakin hari,
semakin aku miliki...

Akhirnya! Aku miliki.

Lihatlah pandangan mata nan aman
lihatlah lelaki jika engkau putera,
lihatlah lebih dalam
hayatkan betapa peritnya perjalanan namun teman nan memungkinkan aku terus idam.

Sekalung bunga tidaklah aku nantikan;
dari insan tersayang
pasti malam nanti suatu ciuman kelegaan pada dahi
seyakinnya semalaman...

Dinihari bangkitku keriangan
kepuasan akan kejayaan
kini aku,
kini aku Dedayang Universiti Malaysia Sabah.

Percayalah,
tidak di sini akhirnya impian!
Tidak di sini akhirnya kepercayaan; kepakaran.

YA, AKU MAHU

Terlalu indah wajahmu nan senyum,
sudikah dikau menyapaku terlebih dahulu
kerna aku malu,
dalam hatiku... aku mahu. Ya, aku mahu.

#‎janganjeles‬

Tenang pagi jam tujuh, nun jauh pasti sesak jalan diharungi. Aku hanya duduk berkelana, menghirup kopi panas dan roti bakar...

KUTUNGGU JANDAMU DI BAWAH POKOK

Siapa nan bersalah sebenarnya? Aku, kau atau dia.
Atau, dia...
Begitukah kisah nan sebenar?
Bukan, pasti bukan. Aku tahu punca sebenar.


Setelah aku duduk dua minit bertentang mata dengan tubuh longlai si manis
sayur manis,
pada dedaun ada lelubang kekecewaan
pasti menyebabkan hati mati
juga ada dedaun kuning kekeringan?
Tidak menurut akta,
ia kuning kerna air berlebihan. Hatinya tidak tertanggung.

Belum parah itu,
mata nan sayu turut menumpang kegelisahan
pada dedaun nan berkeritingan
nampaknya semua terjadi pada suatu masa.

Bukan hanya satu punca
hati remaja semakin senggang...

Aku pun menelaah bebuku terdahulu
siapa nan menulis ia memang keterlaluan
keterlaluan sumbunya ingin menerangkan dasar percintaan
namun itu pula impian
tertanam hasrat untuk memulangkan
percaya atau tidak bukan niatnya
pemikiranlah jadi keutamaan.

Nanti petang sebelum senja datang
kutunggu jandamu di bawah pokok sempadan
kubicarakan kepadanya cara menanam
agar nanti ada nan merasa buah segar semalaman
bibir merah tidak lagi tampak kekeringan
hanya basah menawan
biar kau merawan
ingin kembali meroman.

Kekadang,
manis itulah nan menyakitkan
aku lihat sedikit bawah dari tinggi si manis
tertanam bawang kayu sendirian
rasanya ada sedikit memeningkan namun lebih banyak kebaikan.

Cubalah untuk setia. Semakin hari semakin sayang...

Tuesday, November 10, 2015

SURELY COME

In time of darkness, light of the colourful will surely come.

‪#‎happydiwali‬

HASHTAG SPM

Kamisa sebak.
Alis matanya telah mula berpura-pura
pura-pura tabah di sudut sepi
dadanya mula ditikam oleh pisau renungan
terlalu pedih...
terlalu pedih sedang dia rasakan.


Nurul datang,
dia ini wanita yang sungguh mengerti
lebih dulu dia lalui danau-danau berduri
sekadar memetik kasturi.

Dia menyentuh bagai sentuh syurga
tiada kata perlu dikata seketika
dua-dua jadi kesima
tiada yang lebih indah selain; Kamisa...
nama yang terpanggil memaling lembut, selembut dayang di kayangan
si manis sahut dengan diam.

Bahu Kamisa dipeluk kesabaran
titis-titis permata mula berlinang pada pipi seseorang
dan seseorang mula bersuara,

"Hidup ini seperti SPM. Kita laluinya dengan seribu daya. Usahalah yang paling bermakna. Kejayaan pasti datang. Kalau bukan di pergunungan, tentu berlaku dalam perjalanan.
Lihatlah bunga-bunga indah.

Lihatlah perlahan-lahan. Lihatlah pohon-pohon matang. Lihatlah perlahan-lahan. Lihatlah matahari Suraya. Kongsilah bersama dengan Rogaya. Sedut dan hembuslah harum syurga tatkala pagi menjelma. Sedut dan hembuslah harum syurga tatkala senja mula berserah.

Pada malam simpanlah kenangan. Usah lagi goyang. Simpanlah kenangan, simpanlah bersama perawan. Katakan pada Tuhan. Katakan aku selalu menang... dan senang bersama takdir Tuhan."
Semoga menang!

Dan Kamisa pun tenang... hati Nurul turut senang.

‪#‎spm‬

Sadhguru:

Untuk memulakan langkah pertama hidup dalam rohani, setiap pagi kita bangun dan mendapati diri kita masih hidup, sedarlah bahawa kita makhluk yang boleh mati. (mortal)

Bersyukurlah sekurang-kurangnya sejam selepas bangun, mulakan dengan duduk, senyum dan berterima kasih.

Dan, apabila bermula harimu, lakukan perkara yang PALING bermakna untuk anda.

Usah menaruh cita-cita untuk melakukan ia pada umur ke-75 tahun. Tiada jaminan!

(2) Sadhguru:

25-30% peningkatan kes bunuh diri akan berlaku pada masa depan. Ia kerana manusia semakin dekat dengan ilmu.
Namun sedih, penggunaan ilmu itu tidak mampu dikawal oleh individu. Ia sedang berlaku kini, internet.

(3) Sadhguru:

Kita membazirkan hampir 20 tahun dengan ABC, akhirnya hanya untuk makan dan minum. (bekerja)

(4) Sadhguru:

Tubuh kita mempunyai memori yang paling tinggi. Ia masih mengingati paras rupa generasi kita yang terdahulu.

(5) Sadhguru:

Tubuh kita merupakan kejuruteraan yang paling unggul. Apa yang anda mahu akan terus berlaku. (wish)

(6) Sadhguru:

Apa yang akan berlaku selepas kita mati? Wau, itu soalan besar! Anda kena melaluinya untuk dapatkan jawapan.

(7) Sadhguru:

Tuhan, ada?

Suatu ketika Gautama beri jawapan, tiada. Maka bergembiralah sekalian rakyat.

Selepas seketika, timbul sedikit keraguan. Bertanyalah kembali mereka. Gautama kata, ada.
Apa sahaja yang kita percaya, kita boleh. Dan, semakin mahu anda tahu, semakin dekat anda pada jawapan.

(8) Sadhguru:

Wajib hanya, lahir dan mati, tanpa tarikh luput. Kenapa menyulitkan hidup anda?

EMBUN MALAM

Pigi tamu aku
bilang urang saja-saja cuci-cuci mata
ujan-ujan tida juga aku risau
biar la ba asal hati sinang...


suda paking kerita,
bejalan la ba aku macam selalu
dari gerai ke gerai aku merunda
betul-betul indah, lagi-lagi mura-

pigi la aku di baju-baju bundle
meningu kalau-kalau ada yang ngam di hati
takajut juga la
dulu ada yang dua ringgit sikarang paling mura pun lima ringgit

minyak naik dua pulu sin ba kan?
Kenapa ka baju naik harga sampai tiga ringgit?
minyak naik dua pulu sin ba kan?
Kenapa ka tadi itu martabak jawa naik satu ringgit yang dulu satu ringgit?

dalam ati merunta-runta
bikin panas... bilang si gaman
nda la ba aku membeli sebab hilang mood sudah
telampau la ba dorang ni kasi naik harga, bisik di hati

sedang hatiku kegerigittan
tejumpa pula si Rujiah, belimpas kami
aku tegur la ba dia...
"Hai, Rujiah..." nada lembut tu.

Dia pun jawab juga,
"Hai... apa ko buat di sini?"
Aik, bilangku... pigi tamu la ba...
Ketawa kami sama-sama...

tiba-tiba,
datang buduku...
aku belanja dia martabak jawa
yang tadi aku mara-mara.

Apa la kaitannya sama tajuk embun malam?
dalam hati ko kan.
Tamu kudat malam selasa la ba...
‪#‎demisinta‬

THE GREAT

Love is love when I love you...

‪#‎thegreat‬

JODOH

Pernah aku sungguh-sungguh mencintai namun berlalu pergi,
mencintaku seadanya pasti beroleh bahagia.

‪#‎jodoh‬

UMPAMA MIMPI

...dan aku pun bangun, menyedari hidup ini hanyalah mimpi dan mimpi itulah realiti.

‪#‎umpamamimpi‬

BISIK DWIHATI

Argh... aku menghembus nafas ke pantai dan membayangkan begitu senang mengatur perang
darahku waktu muda penuh berisi besi-besi
darah nan semakin tua tidak lagi mahu berfungsi
kenapa? Bisik dwihati.

CUKUP

Cukup. Teruslah hujan hingga ke malam dan usah berhenti selagi masih panas tengahari
juga belum tercuci debu-debu di nusantara.

LIRIK HUJAN

Awan marah. Dia diam seketika sambil memancarkan sinar menunggu saat runtuh
berdentum bunyinya masuk telinga hilang begitu jua
pasti lebih baik tulisnya maka air hujan turun melorek hati nan kononnya berwibawa manusia
sekali air bah,
lirik hujan sejam terus jadi igauan pemimpi.

Tuesday, October 27, 2015

BAKAL GURU: Ini nasihat untuk bakal guru.

(Sebenarnya kamu bukan guru tetapi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, mana ada nama jawatan GURU)

Bersedialah, untuk mengajar 3 jam sehari, selama 5-6 hari seminggu.

21 jam lagi untuk kerja-kerja pentadbiran, termasuklah rancangan utk sesi pengajaran hari esok.

Ini benar, sebenar-benarnya.

Pensyarah di Institut Pendidikan Guru tidak beritahu kerana tiada dalam Sukatan Pendidikan Guru.

* Kamu fikir...

Jika dan hanya jika, kamu mahu jadi guru.

‪#‎kamigurumalaysia‬

Sunday, October 25, 2015

BIRO TATANEGARA

Hasil seminar bersama BTN hari ini:

...berkata sahaja perkara yang dalam bidang pengetahuan kita,
...dan tahu di mana limit atau batas pernyataan kita.

UBAH!

Saya ditanya tentang politik semasa (oleh orang bukan sembarangan):

Saya jawab,
"Kenapa takutkan perubahan?"

Saya jawab pula sendiri,
"Ubah!"

~ Setiap pemerintah akan berusaha melakukan yang paling baik, mengikut visinya. Tiada pemerintah mahu hanya kekal sementara.

(Jika dan hanya jika, selamanya)

TINGKAT TIGA LULUH

Tingkat tertinggi akan kudaki
ia mungkin tinggi ke seratus
satu,
ku tak dakap
malah kulebarkan saat-saat
nan keliruan
jatuhlah...
hingga kecai jantung dan hatiku
hanya jasad sempat menapak bumi
rohku pula telah lama pergi di tingkat tiga luluh

atau,
seperti kini kau di hadapanku
tidak perlu jauh
kau putuskan kesetiaan
cukup parah
cukup, cukup parah dan sepahit hempedu-

Monday, October 19, 2015

OPEN SUPER HEART

...then, you cannot see the tiniest atoms without using the super microscope nor you cannot see god without your open super heart.

PETI SEJUK

Ada ketika,
untuk setiap waktu
sejak semalam hujan tak tentu reda
matahari belum lagi menyinar
namun sejuk ini telah lama dinanti
daun hampir meronta akibat kepanasan, cuma kekuningan
debu di jalanan menyesakkan rongga pernafasan
beralih kini lopak nan meleburkan tanah-tanah gersang.


Tenang sayang...
kasut sekolah yang tidak kering
malam ini kita sandangkan di belakang peti sejuk.

Sunday, October 18, 2015

WHY?

Inilah dunia yang sebenarnya; diperkenalkan oleh kuasa kapitalis!

They know how to do it.
That is why, we adore heaven. But we must die to go there?

MINUM DULU

Wah,
amat indah kulitku rasa...
mata pula mencanang mendung selayang
rumput nun hijau juga bangun menabik tenang
hari ini aku akan ke mana,
bisik nurani.


Tiada tempat kutuju,
hanya di rumah ruang yang selalu indah
minum dulu.

PEMIMPIN 10

Mesti comel dan tahu bergurau!

PEMIMPIN 9

Dia mengatakan tidak dalam hatinya. Beri peluang untuk dinyatakan. Dan jika benar hatinya kata, tindakan dan suara memancarkan, "tidak".

PEMIMPIN 8

Komited bermaksud fokus, akui kelemahan dan menimba ilmu dari yang berpengetahuan atau berpengalaman, disusuli dengan adaptasi yang segar untuk mencapai objektif sebenar.

PEMIMPIN 7

Admit his mistake not telling you their mistake. (or her)

PEMIMPIN 6

How can you be a great leader if you are driven by money? Great leader driven by vision! (money will go)

PEMIMPIN 5

 If you want to be great, make it great!. (It; used to refer to a thing)

PEMIMPIN 4

Saham, tertakluk pada persepsi (waspada).

PEMIMPIN 3

Bukan tentang kekayaan tetapi tentang kepuasan dan kesyukuran (manusia tidak pernah puas).

PEMIMPIN 2

Tuhan tahu cara kita bekerja. Dan datanglah masalah (selalunya bertimpa-timpa) kerana cara kita bekerja.

PEMIMPIN 1

 Anda perlu jadi pengikut (menuntut ilmu) yang terbaik!

TUJUH TINGGAL DUA

Sesat di negeri sendiri
makan tercari-cari
dicari
menanti-nanti


sesat di tanah sendiri
teman separuh mati
menitis tidak lagi
pasrah mandiri

sesat mahu mengerti
kacau jiwa nan asli
seperti...
lunas pedati

mengerti,
siapa kamu untuk mengerti
siapa kamu untuk memahami
tiada siapa mampu selami

hanya kami.
Tapi doakan kami.
...dan terima kasih, selamatkan kami.
Terima kasih sekali lagi...

Friday, October 9, 2015

SEGALANYA MUNGKIN

Pastikah engkau apabila kukatakan bulan,
bulanlah yang kudamba
juga mampukah engkau benarkan
jika nanti matahari aku kata duduk di sebelah
bintang pula memagar tepian rumah
nan cahaya sinarnya menerangkan laluan si pencinta?


Setujukah engkau jika kujadikan angin malam mendodoi rambutmu
agar tidur engkau lena
mimpi tidak mahu menyerah selagi dinihari belum jelma?

Segalanya mungkin
dalam puisi
dan cinta.

Friday, October 2, 2015

BOOYAH!

Booyah!
Melihatku ke langit ada bulan kecil rupawan
di kanan sipi mata,
matahari membangkitkan harapan
walau guruh berdendang bagai Tahun Naga
awan pula laju diserah angin
lalu pecah menyiram selepas seketika aku mensyukuri
pemandangan...
jerebu pun hilang
siang jadi malam
kembalilah bintang-bintang berkelipan.


THE DAY

The day,
when I was standing alone
viewing the city that never sleep. What a mess!

GOOD NIGHT

If you see again...
The bright and twinkling star,
Never to forget then...
The hard and sorrow night that we have shared last September.

Good night.

Wednesday, September 30, 2015

PUISI GERILA

Senyap aku senyap
tatap tidak tetap
sentap satu aksara rentap ribu suara
sampai resah


sebaik datang berjabat tangan
namun datang terus ditentang
hulu
hulur senapang

bongkar dan selongkar
buku-buku terbakar
arus perdana kami sangkar
terus mekar atau terlakar.

Kita terlalu sunyi, "Sang Pemuisi, mari bertengkar!"

SE... SEORANG

Ya,
di meja ini dulu seorang lelaki muda berkelana sendiri
memiliki kepingan wang yang sederhana
menanti cahaya terang...
untuk bersama se... seorang

tidak pernah lelaki itu tahu
akhirnya waktu itu tiba
setelah melalui lorong-lorong kekusutan
meniti atas air nan bergelora
kini berlalu tanpa sedar
cinta juga cahaya mata sebenar
telah sempurna.

WANITA ATAU MANGGA

Lelaki itu memilih antara dua,
wanita atau mangga?

Selagi matanya tenung pada mangga
wanita yang menyedia akan jadi pertama
di hatinya
walau bibirnya tidak berkata
kerana air liurnya telah mula gundah
hatinya telah jatuh cinta.


RASA RIANG

Telah berulangkali rumah itu kekikisan minyak
dengan bijak
si peramah mula memotong panjang
direbusnya daun-daun hutan
udang-udang kecil
juga kering disebati sesama garam
didandan oleh cili-cili laman
hari-hari suami 

rasa riang!

Sunday, September 27, 2015

MALAS AKU BANGUN

malam ini aku tidur di samping matahari
tiada pula cahayanya
hangat tembus dalam dada
langsung tak lena aku
dan menulisnya pun kepeluhan

aku ke luar
mencari bulan
cengkerik mengejekku silih ganti
nyamuk mencuit dan menggatal di telingaku
aku mahu awan ke seberang horizon

matahari pula memanggil lagi
melaung kerinduan?
semilir pun meredakan
kenikmatan terasa sehingga siang
dan malas aku bangun walau embun membuai suatu ingatan.

"Kerja, cuti telah di penghujung malam."

Saturday, September 26, 2015

BENANG SUASA

Suasana yang hingar jadi sepi
warna tadi berwarni
kini hitam dan putih
aku masih menanti di gelanggang pelari


rama-rama melintas di atas matahari
gelombang hari bertukar hari
aku menanti dan memerhati batang berganti-ganti...

matahari aku capai sebagai penyinari
letusan tanah nan tinggi membuat hati ingin berlari
terlalu kuat hati!

aku belum berlari,
belum lagi
nanti
aku lari

ayah dalam realiti membakar mimpi
katanya, "Percaya pada diri."
aku masih mencari erti untuk jiwa sebati

pasti kemenangan selalu dicari
oleh negeri
apatah lagi dalam perang pertiwi
namun haruskah lebih banyak korban diri?
Sehingga ada hati yang akan menyesali lantas merindui...

Dan rindu itulah penyebab aku berlari
lari dan lari sepantas hati-hati
rama-rama tadi ada di bawah matahari.

Aku mula alami
wajah-wajah nan berseri menanti aku di garis tengahari
bukan hadiah jadi misteri
tetapi kekayaan hati mahu aku kecapi;
bersama isteri
dan anak-anak syurgawi
juga saudara dan saudari
hingga ke ikatan cucu serta cicit pemeri

tidak perlu kutegakkan benang lalu terlindung oleh matahari
namun perlu kurentangkan keadilan dan keabadian benang suasa nan berkilau bak matahari

boleh aku menang sendiri
namun aku kongsi perlumbaan ini.

BE FEARED

It is better to be feared than loved,
if you cannot be both.

(Niccolò Machiavelli)

TINGKAT SATU

Satu persatu dengan lelah; tabah
si kurung merah naik tangga
tudungnya telah buka

beg sandang sepikul berat rupa
umur telah lama
naik tak sasa ke tingkat satu

di situlah rumah
keluarga ada
dan pernah ada

nanti aku pun begitu juga
cuma,
rumahku aras tanah

tongkat mungkin ada
langkah guruh perkasa
aduh... aduh...

dia dan aku pasti berdua namun tidaklah bersama
dia nun di sana aku nun di situ
enam kaki bawah tanah.

Tuesday, September 22, 2015

SEMBILAN MALAM

tudungnya hitam
baju hitam dan seluar hitam
terkedip-kedip berkaki ayam
kurus bukan lagi perawan
beras lima kilogram disanggul tangan


perlahan dia berlalu sambil berperhatian...
apa kata hatinya?
tidak dia tahu aku terperhatikan

kalau aku,
"malam ini jam sembilan
telah larut perlahan
untunglah aku akan makan
cahaya suram sedikit memaklumkan
mendengarkan kadang-kadang jeritan
jiran-jiran-
kadang-kadang seperti khayalan
aku teran
dan sebentar nanti makan."

 syukur dan terima kasih Tuhan; kumengaminkan...

Monday, September 21, 2015

MENGHARAPKAN

Kusedekahkan
bait-bait puisi untukmu
suratnya mungkin tidak seindah bunga
namun sirat hatinya ada suatu makna; aku pernah mengharapkan.

JEREBU

Dan hari itu kau bakar hutan kerana cemburu
saksikanlah batas-batas telah terbiar
benih api telah melangit jadi awan kelabu
berjerebu...
hingga ke Malaysia 


apakah tiada maaf untukku lagi,
Arjuna?
mentari warnanya semakin suram
bangun tadi kuingatkan malam; rupanya telah lama siang
jiwaku masih meniti pinggir kesepian, kehilangan

maafkan aku sayang...
kusangkakan engkaulah pahlawan Juwita
kebakaran yang kau laku benar-benar memberiku pilu
cemburumu...
terlalu tepu!

terlalu tepu hingga berjerebu
lantas bagaimana lagi hendak kucari cinta abadi
dalam kesamaran dan linangan
dalam sesak senak pernafasan
aku kekal ada; hanya perlu kau kembali ke Indonesia.

INDERA KAYANGAN

Berikan kepadaku sebenih harapan
akan kubenam seiring kasih sayang

Berikan kepadaku rekah cambahan
dan kekuatan terus meninggi ke awan

Berikan kepadaku satu batang,
urat dan tulang sumber ketabahan...

Berikan kepadaku ranting-ranting dan dahan
aku faham erti perbincangan, dan pengorbanan

Berikan kepadaku sehelai daun
akan kujadikan seluruh daun ketenangan, pasti kehidupan

Berikan kepadaku...
buah, itulah syurga sepatutnya

...kenapa perlu semata wang
hingga ada pergaduhan?

Engkau bukan indera kayangan
hatimu belum kesampaian kerana perlu kau lalu kematian.

KESEPADUAN

Sabah ada agenda sendiri...
begitu juga Sarawak dan Tanah Melayu.
Indonesia dan Singapura beralah.

Kita; Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu, tidak sama, langsung tidak sama.
Tetapi ke arah yang sama; Perpaduan!

Salam Hari Malaysia.
Kepelbagaian itulah yang menjadikan kita sempurna.

Lelaki dan wanita amat berbeza
apabila mereka bersama,
sehati dan sejiwa-
lahirlah sebuah cinta.
Di mana lagi kalau bukan di Malaysia.

Thursday, September 10, 2015

INGATLAH, WAHAI ORANG BUJANG!

Ibu bapa yang terbaik
bukan melihat A dalam keputusan anaknya;
melihat kemampuan dan bakat yang terpendam,
itulah kehendak kehidupan.

Jangan terbawa-bawa oleh pertaruhan kapitalis
bawalah pedoman daripada ketentuan Tuhan.

Ingat ini, wahai orang bujang!

DETIK-DETIK

Oh...
tak tahukah dikau ini syurga
kepuasan semesta alam.

Di sana...
akan tiada lagi
sebab untuk aku mahu.


Aku hanya menunggu
detik-detik
pengadilan...

Takut hanya aku
pada,
sang Tuhan.

KEMATANGAN DAN KETERBUKAAN HATIMU

Cikgu,
tidak pernah mahu A daripadamu
cukuplah C
kerana dari jalan hidup cikgu
itu bukan penentu hidupmu...
kematangan dan keterbukaan hatimu
itu yang jadi impian selalu.


Semoga berjaya...
dengan restu.

JADI RESTU

Saya cikgu...
dan saya merayu!
Janganlah kerana kehendak A cikgu jadi tak tentu.

Selama saya hidup...
bukan A jadi penentu hidup modal insan selalu
adalah lebih baik modal insan itu ditentukan kerana bakat;
anugerah daripada yang Maha Esa.

Saya sedih dengan keadaan kini...

Membelakangi kehendak Tuhan yang tertentu.

Semoga dan kita hampir mendekati ketentuan itu, walau sedikit lewat kerana hal-hal tertentu,
semoga impianku jadi restu.

BOLA

Bola itu bulat
susahkah diatur? ...atau memang diatur.

ANAK DIDIK UPSR

Cikgu mengajarmu sebuah proses
bukan keputusan
komitedlah...
hasilnya nanti pasti memuaskan.

Daripada cikgu
kepada anak didik UPSR 2015.

SEPETANG DI LANGIT KONIUNG

Sesekali aku mendongak ke langit jerebu
keluh akan sebutir kenyataan
bukankah aku cikgu
jika cikgu tak perlu fikir buntuh


walau seribu datang menyapu
sapulah aku ke mana pun aku
aku tetap aku
cikgu...
hatiku bukan ilmu bahkan buku

ya...
apabila kudongak mendepani laut Mantanani
dari atas gunung Koniung
bagaikan aku helang di langit tinggi
mencari dan terus mencari
kejayaan anak didikku
tidakku harapkan sebuah kemewahan
cukuplah sebuah senyuman
daripada yang tak tahu jadi mengerti
bukan keputusan yang aku jelajahi
keyakinan!
Itulah yang kunanti.

Teruskan perjuangan...
perjalananmu terlalu jauh lagi.

DANAU MARIMBAU

Jalan yang kulalui
danau rimba di Marimbau
aku menyepi hati
bukan tidak mampu lagi tapi menghayati


misi berubah jadi
mentari bersinar kembali
amat indah dialami
kini tidak mampu sangsi

teruskan...
hingga ke turus menara
puncak tertinggi pasti boleh kita kecapi
selagi pantai di hujung danau berduri kekal menanti.

SEMALAM

Semalam,
aku bermimpi sesuatu yang tenang...
mimpi itu berbual dengan Tuhan.
Dia dalam mimpi itu, mendengar setiap bait kata-kataku.

Lalu aku baru sempat mencari tafsir mimpi itu,
kata mereka impianku akan tercapai.
Tapi, apa pula impianku?
Aku mula keliru. Tetapi syukur kerana mimpi itu...

Sunday, August 30, 2015

INGINKAH LAGI

Binalah setinggi mana
bila hilang seri; langit lalu kelam tapi tidak sinar bintang

elaklah selama mana
esok ada walau bukan aku yang punya; ditulis sejarah

rombak, rempuh dan rasuklah sebanyak mana harga
ranjau yang paling berduri lusuh disapu bersih

saatnya telah tiba,
salur kebangkitan semakin serlah seantero dunia

inginkah lagi tuan bertahan; inginkah lagi
ibarat siang telah mula malam; tidurlah

hentikan
hari baharu nian datang...

KEPADA SIAPA

Cikgu bertanya kepada...
kepada siapa?
Melihatmu gembira itu beri selesa
ditambah ria walau tidak sempurna
nan indah kita bersama


lihatlah tuan,
lihat wajah mereka
usah kita direndam teluk wacana
tetapi kita merencana
ibu dan bapa pasti megah

suara cikgu menunjuk arah
walau lelah cikgu terus berarah
kerana siapa sama kepada siapa
pernah cikgu tangis berserah
usah air mata jatuh curah, sekadar luah

demi masa
demi nusa dan keluarga...
esok pasti bukan cikgu lagi
daun hijau dulu segar dan indah,
"siapa" -lah akan jadi ganti.

Friday, August 21, 2015

TUNAS CIPTA

Telah disemai benih-benih
dilihat hari-hari
kini,
tunas buah telah kelihatan...
jika nanti menjadi
Tunas Cipta dalam memori hati.
Kunikmati.

MEMADAI

Yang lain telah mula tidur
dan aku masih lagi mengingati dirimu
kuabadikan selalu dalam sajak rindu
sehari satu.


Kau tahu bukan kerana sesuatu tetapi kerana rindu.
Rindu aku pada suaramu.

Aku akan berhenti nanti
jika dirimu ada di sampingku.
Cukuplah walau hanya sekali lagi, memadai.

Wednesday, August 19, 2015

AKAN DATANG

Terbuka mataku dari rehat yang panjang
lalu aku dirikan tubuh
terkesima seketika kira-kira dua saat
kenapa...
kenapa rasa senang sahaja
aku hanya perlu memikirkan; bukan lagi berusaha


oh tenang terlalu tenang suasana
putih bagai di awan
bersih bagai di taman
suci...
yang ada hanya keindahan
dan Tuhan.

belum sempat aku tanyakan
Dia ada dengan senyuman
dia ada dengan senyuman
dia, dia, dia dan dia...
mereka yang aku rindui; yang telah pergi dahulu
ada menyambut kedatanganku

sejenak ada bisik yang menamatkan kerinduan
bersalut kepiluan,
"Mereka juga akan datang."
Lalu aku berteman
tidak lagi risau pada kekurangan
di sini kini aku sungguh-sungguh sempurna.

TANDA SYURGA

Berlariku ke tanjung yang paling hujung
seakan rapuh tapakku berpijak
kuleraikan rambut lesu
nama-Mu kuseru hingga hujung nafasku


tiada sebab mempertahankan diri
agar terus terpisah
jalan buntuhkah yang kutemui
seperti tanjung ini yang mungkin akan jatuh?

menentang angin dari ufuk laut biru
seakan tubuhku mengalah hingga luluh
duduk aku tersipu sambil mengenang takdirku
tiba-tiba tanah runtuh

luka berdarah aku
tembus ranting-ranting di celah tanganku
meraung aku kesakitan
sedu air mata mula menyakitkan

aku mula pitam
beransur-ansur warna kegelapan
diakhiri sinar keputihan
adakah itu tanda syurga?

...dan aku bangun di samping penyelamatku--

MASA ITU PASTI

Hari ini aku menulis warkah berlagu syahdu
ketika engkau tidak dapat kuhangatkan ketika turun salju
juga pada siang tidak ada aku untuk menahan terik sinar matahari
bunga mawar tidak dapat kupetik segar bagi meraih hari lahirmu
senyum pun tidak mampu berdepan
hanya doa dan renungan masa silam
ketika kau dan aku masih lagi bersama
ada yang lebih menyayangimu
sayangku...

walau telah dua tahun kau kembali ke tanah suci
selalu akan aku cinta padamu di situ
dan pasti sahaja nanti aku akan hadir menemani. Masa itu pasti.

Monday, August 17, 2015

KURANG PERCAYA

Mawar putih
bergincu merah jambu
melinangkan air mata penahan nyata
telah suka namun takut terluka
durinya disembunyi oleh kurang percaya.

Bagaimana akan bahagia; terpulang hanya pada masa dan kekuatan rasa?

TERLALU KAYA

Aku,
tidak cukup kaya untuk mengembalikan masa silam.
Terlalu kaya pula menghabiskan sisa masa yang mungkin, esok tiada lagi.

DAN BULAN DATANG LAGI

desir suaramu umpama dahan bergeser dalam rumpun bambu
sesekali bayu termangu harmoni dengan alun daun semalu
mataku asyik memandang...
lupa malam telah jauh di bendang


kau lilin hidupku juga terang bagiku
kau teratai angkasa tempat kumengadu
mengisi ruang masa
meraih panorama

dalam hati berbicara
datanglah bulan dan bulan datang lagi
datanglah bulan dan bulan datang lagi...
aku kegelapan tepi malam
laluan tidak gemerlapan dan tidak terbungkam buku pedoman
dan datanglah
bulan di sisi bintang.

TUTUP

Kalau saya yang cakap,
orang tak dengar;
mahu doktor falsafah yang cakap,
barulah kau gentar dan ambil iktibar.

Kalau doktor falsafah sudah cakap,
tidak juga kau dengar;
tutuplah itu universiti- Tutup!
biar hingar-bingar orang di pasar.

Wednesday, August 12, 2015

ALI BABA

…tiap kesilapan itu merupakan satu titik perubahan. Saya memberitahu diri sendiri dan golongan muda.

SEBELUM UMUR 20 tahun:
Jadilah seorang pelajar yang baik. Cari pengalaman. Nikmati kesilapan dan kegagalan yang berlaku. Jatuh dan bangun semula. Hayati…

SEBELUM UMUR 30 tahun:
Ikut seseorang untuk dijadikan model dan teladan. Kerja di suatu tempat yang sederhana kerana di sana anda akan belajar banyak perkara dalam tempoh yang sama. Ia berlainan jika anda bekerja di tempat yang besar. Maka, bukan tempat anda bekerja yang utama pada ketika ini, tetapi siapa majikan anda. Seorang majikan yang baik akan memberi anda ilmu yang berbeza.

SEBELUM UMUR 40 tahun:
Anda perlu fikir semasak-masaknya, adakah anda perlu bekerja sendiri atau sebaliknya.

SEBELUM UMUR 50 tahun:
Ketika ini anda perlu buat sesuatu yang paling anda tahu. Usah membuang masa melakukan perkara-perkara baharu kerana pada ketika ini, risiko kematian amat tinggi.

SEBELUM UMUR 60 tahun:
Bekerjalah kerana golongan yang lebih muda. Mereka akan dan dapat melakukan yang lebih baik berbanding anda. Melaburlah kepada mereka dan pastikan mereka akan lebih baik.

SELEPAS UMUR 60 tahun:
Luangkan masa untuk diri anda… sudah terlalu lewat untuk berubah.

PENYESALAN SAYA:

1. Menghangatkan media
2. Tampil ke muka umum (Kedua-dua perkara ini meragut privasi saya.)
3. Menghabiskan terlalu banyak masa untuk syarikat sehingga masa bersama keluarga sangat kurang.

Jika, sekali lagi saya ditakdirkan hidup dalam kehidupan akan datang, saya tidak akan melakukan perkara ini.

Isteri saya menyatakan bahawa hidup saya bukan miliknya, tetapi milik AliBaba.

Apa boleh buat, ia telah terjadi… ramai orang melihat persepsi kehidupan ini secara berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang memikirkan bahawa bila kita kaya; kita berjaya, bila kita tidak kaya; kita tidak berguna. Mungkin tidak. Setiap orang memilih cara kehidupan sendiri.

Saya amat menyesal dan menangis. Jika syarikat dalam kawalan anda memiliki 500 juta pekerja, dan 1% daripadanya orang yang tidak baik, anda memiliki 5 juta pekerja yang tidak baik.

Namun, apa boleh buat… ia telah pun jadi. Saya melupakan tentang penyesalan dan kini lebih menumpukan 10 atau 15 tahun akan datang untuk memperbaikinya.

-JACK MA-

*********************

KONSEP REZEKI

Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita.

Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

Konsep Rezeki Keempat
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

-WhatsApp-

https://www.facebook.com/dipohon.maskara/posts/1880111245547649 

NASI DAN KICAP

Kenapa itu saja bos? Hairan si kawan.

Jauh kurenung nasi yang disiram kicap manis. Nasi kosong dan kicap manis, aku minta dari pelayan di sebuah restoran tanpa nama. Mungkin nama itu telah diterbangkan angin baru-baru ini dan pecah berderai. Itu cuma anggapanku. Belum lagi aku rajin bertanya ke mana hilang papan tanda nama kedai mereka. Nantilah... aku sedang bersedih.

Lalu mahu mengingat kembali kisah lalu sebagai penaik semangatku yang semakin luntur.
Waktu itu, seleraku melihat kicap dan nasi terlalu tinggi. Riak muka itu masih dapat aku bayangkan. Percikan air liur masih segar seperti titis hujan yang telah turun tiga hari berturut-turut. Renyai-renyai, tidaklah terlalu lebat. Cukup melanjutkan hawa dingin di musim yang sangat panas ini...

Tapi berbeza sedikit pada hari ini. Aku hanya mampu melihat dan merenung nasi dan kicap ini. Tidak dapat kumenawan kembali seperti dahulu. Bukan juga niatku hadir di meja ini untuk makan, sekadar minum dan mahu bertemankan sesuatu. Aku pilih nasi dan kicap, berpinggankan lusuh.

Kini aku sudah kaya. Terlalu kaya. Tapi rasa kebahagiaan tidak pula turut serta dalam kekayaan ini. Aku mahu tahu, kenapa? 15 tahun yang lalu, tempatku mengadu.

Gusar sungguh hatiku. Geliga di kepala seperti berputar-putar tanpa haluan. Umpama bebola ahli sihir. Mungkin aku terkena sihir. Jenis apa sihir ini? Mindaku sedikit kencang ingin tahu. Biarlah tu. Pujuk aku.
Maka dengan pantas aku meneguk air sejuk yang telah 10 minit terdampar di tepian. Silap pegang, jatuh ke pihak lawan. Sambil menurunkan air itu ke dalam perut, aku menggigil keseraman. Macam hantu sudah lari pulang. Pada kala itu, aku mengimbas kembali waktu kicap dan nasi. Bukan aku seorang yang ada di situ. Aku melihat kelibat ibuku yang sedang geram. "Pulang... makan..." jeritnya kepada adik-adik perempuanku. Mereka masih bermain bunga-bunga di depan rumah. Tahukah mereka, yang ada hanya nasi dan kicap?

Ibu kini ada di perkampungan. Adik-adik telah lama bekerja. Aku pula sudah kaya. Terlalu kaya. Ayah pasti pada ketika ini sedang membaca surat khabar lama. Membidas kelicikan para pencuri, perompak, kemalangan, rasuah dan penemuan bangkai MH370. Aku, seorang di kedai ini, bertemankan sesuatu. Tiada orang makan ketika ini, kerana hujan masih berterusan. Aku harapkan kadang-kadang.

Dalam memori itu, aku mula makan. Nikmat sungguh air tangan ibu menanak nasi dari kayu-kayu, juga manis sungguh kicap itu seperti perawan dan aku pada malam pertama. Oh... nyaman, kata orang brunei.
Aku tidak akan, tidak mahu pulang selagi aku belum tenang. Nekad aku pada ketika ini.

Dan benak fikiran pun terus melayang. Ini bukan cerpen. Aku hanya duduk bertemankan nasi dan kicap, bermonolog antara diri sendiri. Juga kenangan 15 tahun yang lalu. Waktu aku duduk makan nasi berhiaskan garis-garis hitam, kicap cap ayam.

Aku reda sekejap. Jariku pantas merampas kotak rokok dari poket seluar. Kucubit dengan kuku, sebatang anak rokok dan terus dengan gaya koboi menyalakan mancis aladdin. Kekal dari dahulu, warna hijau.
Aku sedut nyawa taruhan, aspek yang sangat mendebarkan para doktor dan orang tersayang.

Menenangkan diri dengan kekeliruan. Nikotin telah meresap dalam, sedalam laut biru. Dihembus asap bukan hitam, setinggi langit biru. Aku belum lagi kecundang...

Ini masih tentang nasi dan kicap. Aku sentuh tanpa sedar pinggan yang jadi peneman. Dia hanya diam. Aku senang. Segala keluhan dia dengar tanpa prejudis, bukan macam seseorang; peguam.

Sambil kuintai bunyi resam dari hujan. Hanya 2 kaki membezakan kedudukan antara aku dan hujan. Kadang kala terhiris juga hatiku oleh titis hujan, membasahkan kulit-kulitku yang kebingungan. Kata peramal, ini bukan musim hujan.

Masih lagi aku belum meluahkan. Tidak mahu mengaku lagi kebenaran.

Lalu aku kembali ke masa silam, 15 tahun yang lalu.
Setelah sudah banyak suapan, bunyi larian bagai rumah mahu berguguran, adik-adikku pulang. Mereka segera duduk bersebelahan. Memandang mataku terlalu tajam. "Inilah makanan?" Mungkin dialog itu dalam hati mereka. "Mana ayam?" Aku buat tambahan.

"Mak, ini saja?" Kata adik seorang. Aku sudah jangkakan. Seorang ini pasti tidak senang.
Namun ibu hanya diam. Aku tahu dia menahan perasaan...

"Makan saja." Sahutnya tenang. Adik yang seorang lagi telah pun mula makan. Kesedapan juga dia, aku yang rawan. Namun, inilah cabaran. Dugaan Tuhan.

Di sana, aku sudah siap makan. Di sini, aku tidak makan. Aku senyum sipu mengenang kenangan. Cabaran dan dugaan ketika itu telah kami lalui dengan aman. Tiada perpecahan.

Dengan manis aku mempersendakan, "Itu ayam sudah jadi hitam." "Nasi ayam baini, kicap cap ayam." Terbahak-bahak adik-adikku kebingungan. Berketawaan kami umpama sedang berkelahan di "Giligan Island".

Oh... bukankah itu kebahagiaan. Kelibat ibu di dapur kekadang kelihatan. Pasti dia riang, kami riang. Ayah hanya berseorangan. Duduk melihat kandang ayam yang baru dibina, menggantikan yang telah suram.
Hampir aku ketawa seorang di kedai makan. Tapi tertahan oleh kemaluan. Indah... sungguh indah kenangan.

Aku semakin tenang.

Rokok nan sebatang telah pun jadi debu. Tiada pula tanda-tanda hujan akan berhenti. Hawa semakin meremangkan bulu-bulu jantan. "Kopi kau satu bos!" Lafazku. Suara bergema seperti dalam dewan serbaguna, terasa seperti satu Sandakan kedengaran. Selain suara-suara garau kodok-kodok yang bersembunyi di dalam longkang-longkang.

Nasi dan kicap masih lagi megah di meja bulat. Seakan telah beku dimain masa. Ini antara aku dan dia. "Aku bayar bah..." bisik sanubari. Takut kempunan seperti si Tanggang dan ikan Tembakul, "Pun... pun..." kumitku.

MATI DUA KALI

Kita mati
sebanyak dua kali.
Pertama; ketika jasad dan roh berpisah,
Kedua; ketika orang terakhir yang mengenali kita meninggal dunia.

KAYA RAYA

Nasihat anak kepada ayah:

Ayah...
Kita sudah cukup kaya
cukuplah,
jika pun hingga kaya raya
raya itu ertinya kegunaan semua.

LETAK JAWATAN

Nasihat anak kepada ayah:

Ayah...
Letak jawatan,
kembali kepada keluarga
di pangkal jalan
sedarlah dari tangkal kuasa.

DRAMA

Nasihat anak kepada ayah:

Ayah...
Drama sudah dijangka
episod biarlah bahagia
waktunya
bermaaf-maafan.

KEPUASAN YANG UTAMA

Orang tahu-
apa akan berlaku; ANDA KALAH,
Orang TAK sangka ini berlaku; ANDA JUARA...

Hidup SEBENARNYA memberikan sesuatu yang ISTIMEWA.
BUKAN kerana WANG SEMATA-MATA!
KEPUASAN yang UTAMA.


Sekecil mana pun ia, ANDA PASTI TAHU.
DAN, ANDA PERLU TAHU, ORANG TIDAK PERNAH PUAS!

DATANGLAH

Jika awan tebal itu hendak datang,
datanglah...
kerna aku sedang menanti hujan.
Ribut dan taufan pernah kuduga; ini 'kan pula hujan biasa.

SHIT

Apa yang berlaku kini
umpama SHIT yang kedua...
aku masih menanti penulisnya.
Aku beli, baca dan buang kerana ia pasti terlarang.

HINA

Melandaskan agama dan bangsa
rupanya bersenggama
tanpa rela.
Hina.

DENGAR

Kalau saya yang cakap,
orang tak dengar;
mau doktor falsafah yang cakap,
barulah kau gentar dan ambil iktibar.

Kalau doktor falsafah sudah cakap,
tidak juga kau dengar;
tutuplah itu universiti- Tutup!
biar hingar-bingar orang di pasar.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1008892772483609&set=a.649355245104032.1073741825.100000886886607&type=1&theater 

POHON MASKARA

Terbang kau terbang
hingga ke pohon maskara
jauh menjauh lagi
agar tidak bertemu mimpi...



PUNCH

Semoga peristiwa politik yang berlaku pada ketika ini
akan berakhir dengan penangkapan dalang-dalang puaka.
Kebenaran yang akhirnya terbentang menentang kepura-puraan.

Bukan seperti, "The truth is out there" dalam cerita The X-Files.

ROHANI

...baring aku menanti
petik petik gitari
tapi sedang terhenti
mendengari
suara suara katak lestari
hujan turun sehari
tanpa henti
walau tidak lebat sekali...

Moga malam mimpi
esok hati murni
rohani.

TERIMA KASIH

Masa...
Terima kasih kerana selalu bersama.

MATAMU MASIH SEPERTI DAHULU

Tanpa berkata apa
seminit, setelah banyak tahun berlalu...
matamu masih seperti dahulu.

TIADA YANG LEBIH

Maka
berkatalah si Om,
"Tiada yang lebih kaya daripada Bapaku di sorga."

Monday, August 3, 2015

KATA IKAN

Kemudian dia pun meniti arus kehidupan
difikirkan dalam benaknya
haruskah aku menentang atau menurut sahaja
menentang; tersasarkah nanti dari garis perenang
menurut; telah lelah bahunya menanggung kuak lentang


hanya duduk diam,
duduk di pinggir panggung wayang
bila lapar; makan...
bila rasa mengantuk; tidur didodoi keluhan
makan tak kenyang, tidur tak lena disulitkan dengkuran

maka bermimpilah teman
dia ditendang cemuhan direndam semalaman
terlalu ngeri membingkis fikirannya
laluan nafasnya tertekan oleh air yang dalam
meronta inginkan udara; tetapi udara telah dicemari

sedang berlaku itu berbunyi pula kokokan ayam, jantan...
sedikit bunyi itu jelas umpama suara hati yang bertandang di kala keruh
bangun dan buktikan takrifan keyakinan
bangkitlah dari kubur kecelaruan
"Itu barang harus tenang." Kata ikan.

MASA

Masa...
Terima kasih kerana selalu bersama.

JIKA AKU; KAU CINTA

Buatlah apa saja yang engkau suka
hanya satu kupinta
bila harapan tak berc'haya lagi
di tengah kekarutan metro kota
luangkanlah masa...
jika aku; kau cinta.

KESIMA

Tanpa berkata apa
seminit, setelah banyak tahun berlalu...
matamu masih seperti dahulu.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CAID_2iKO5Y


Thursday, July 30, 2015

PERMATA

Sesal bersembunyi di senyum nan tenang
denai ditumbuh rumput-rumput dan lalang
terhalang...
seketika terhalang


terus juga aku berjuang
berjalan tatkala mengejutkan pak belalang
malam hampir datang
siang telah kian hilang

bukankah di hujung perjalanan pasti ada kemenangan yang dijanjikan
walau apapun yang datang
aku menantikan sungai impian pada saat yang menyesatkan haluan
tiba nanti di sana aku akan mandi dan bersyukuran.

Wednesday, July 29, 2015

AKU BUKAN BUDU

Berbuai selaju laju
hingga pepohon Ara
gedang telah dipalu
dibongkarkah persis rahsia


Bergulai ikan Kerapu
harum menusuk kalbu
tempat telah dikukuh
bersubahat menentang runtuh

Berbasikal ke laut biru
penimbang bertambah buntu
karat diam membisu
sekali kumenghiris nyata aku bukan Budu.

Sunday, July 26, 2015

BOTAK

Pada waktu itu
hujan lebat selepas waktu senja
cahaya mentari tidak terasa hangat lagi
kedinginan mula merapatkan aku dan dia
sedikit kehangatan cinta mula berperisa
indahnya juga saat sunyi ini
hanya ada gema laungan sang kodok-kodok
dari arah tenggara


kita mula berbisik mesra
masih aku ingat...
dengung suara di telinga
mahu kembang bulu roma
degup jantung bagai terhenti hanya nadi mencuit-cuit di hati

kita bercerita tentang indah bayang sinar rembulan
nun jauh di ufuk utara
dalam malap malam aku tergoda
melihat anak mata yang tercipta sungguh lawa
sesekali desir ombak yang tiba
memesong rambut dari cuping telinga ke mata
dengan pantas kau tarik semula
tanda kau suka bersama
tidak mahu saat mata kita bertentangan dirimbas oleh apa-apa;
aku yang botak biasa sahaja
parut luka yang ada
menyebabkan kita teguh bersama
setelah hampir aku putus nyawa
kerana sakit di kepala

aku cinta
namun tidak mahu meraih simpati
datanglah kepadaku dengan rela
sehingga benar-benar nanti
mungkin aku tidak dapat menahan lagi radiasi akibat kemoterapi.

KUTATAP

Kutatap
penuh resah atau doa

kutatap
ingat papa atau mama

kutatap
bela atau belah?

MALAM SERIBU BULAN

Aku mengharapkan siang
namun malam telah hitam
aku pitam
terlalu mengharapkan bulan
yang terang
juga tenang digogok malam
sedar tak sedar bintang menyemburu
semakin hilang dari pandangan


angin pun menyedarkan
juga menyegarkan
pasti itu suara Tuhan
membisikkan semilir di rongga telinga
usah risau...
"ini kehendak-Ku"
berfirman.

Lantas aku bugar,
kakiku sujud berlututkan muka bumi
dahiku turut tunduk menyentuh
lalu berlinang air mata yang telah lama terpendam.

Setelah itu
aku pun bergegas pulang
menemui bintang-bintang yang hilang
ibu, dan ayah yang telah lama pergi...
juga sanak saudara menjelang Syawal mendatang
atas kesedaran yang diwahyukan pada saat-saat akhir Ramadan
Malam Seribu Bulan.

Sebelum aku pulang,
memohonku keampunan daripada Tuhan
atas dosa-dosa yang tak terbilang
moga nanti senang turut aku memaafkan
diri dan teman;
cuma tinggal kerinduan
pada kenangan yang akan datang
sebelum sekali lagi aku mengharapkan bulan
tatkala kini bintang jadi impian.

Friday, July 24, 2015

DIPILIH MALAYSIA

Daun hijau melangkau masa
batang sasa berkutil-kutil
harum mungkin aku tiada
kelopak lima mekar comel


Kenapa?
...dipilih Malaysia
perlu diselami masa
sejarah terus berbicara

Kenapa?
...dipilih Malaysia
selain bunga Cempaka
hidup selesa di samping pusara

Kenapa?
...dipilih Malaysia
selain bunga Kenanga
indah memori cinta

Kenapa?
...dipilih Malaysia
selain Mawar merah
pasti bukan kerana pasrah

Kenapa?
...dipilih Malaysia
tahukah nanda kerana apa
kenapa dipilih bunga Raya merah.

Wednesday, July 22, 2015

MELAWAN SABAH

...semakin jauh aku menemui kata-kata
dan semakin rapat rasa bersalah
semakin sarat sejarah yang terbuka; dibuka,
juga bertambah serat pemikir nusa
ke mana sepatutnya?
jadi tanda tanya


aku bergugus ke gunung
ke gunung yang paling tinggi dan sepi
mahu jadi pertapa
meninggalkan jika diizinkan satu zaman
ke hadapan atau pula ke belakang?
jadi tanda tanya

pasti binasa
andai tiada sang wira yang bijaksana
hiba pula bila dia wira bukan jadi pilihan sesuara
malah dihina
dan lagi hina jika suara dibisukan sendiri oleh diri
lagi takut berdiri atas kaki sendiri

mungkin masa
akan mengimpal resah
siang masih muda tatkala malam belum berpurnama
mungkin masa
akan menjawab tanya
apabila telah dewasa.

Tuesday, July 21, 2015

TERIMALAH

Sudikah dikau berkawan denganku?

Penamu,
bila sahaja kusebut dalam kalbu
aku teringat sinis para bunga
bisik mereka mungkin, "Wahai lelaki, takkan berlalu sengaja?"


Tidak...
sungguh aku mahu menjawab begitu
namun aku malu
aku masih baharu tahu apa itu cinta

Berkawanlah kita,
berteman seperti jabatan kaji cuaca dengan cuaca
sering riang dan tak tahu
apa akan berlaku

Sudikah dikau berkawan denganku?

Ada sesuatu dalam nama penamu
matamu mahu memberitahu
dan aku mahu tahu,
kekuatan sajakmu

Akankah kita berbalas suka?
Adakah di situ akan lahir sebuah cinta?
Bertemanlah kita sekurang-kurangnya umpama pentas dan pesta
menghangatkan suasana maya sekali-sekala.

Monday, July 13, 2015

HANYA DOA

Hidup kelihatan kadang tidak adil
bunga nan indah hanya mekar semalaman
pohon nan rendang mahu bertahan
namun ditebang insan
kau bilang bangunan sergam mewah itu gemilang?
pohon umpama lalang?
bunga bikin banyak kerja?
noktah


jalan sering mahu ke depan
nasihat usah kenangan dikenang
di mana faham?

Tidak adil,
sungguh tidak adil...
koma.

Aku pinta;
Ayah,
mulia indah namamu
datanglah bersama mukjizatmu
jadikan menurut mahumu
di bumi dan di tanah indah
berilah keteguhan rasa syukur kepadaku
maafkan aku...
aku juga turut memaafkan
tutup hatiku ke arah noda
terangkan laluanku ke syurga.

Saturday, July 11, 2015

SEKETIKA CUMA


BELUM SELESAI

kepada
Tun Dr. Mahathir Mohamad,

Dia pendidikku, dia pendidikmu
satu pada dua, dua pada tiga
A to B, B to C
kenal angka, kenal abjad


kutak mampu, kuhormatmu
dulu, hingga masa kini
Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri
perjuanganmu, belum selesai, perjuanganmu, belum selesai...

Selamat Hari Lahir Ke-90
dari Sabah, Malaysia.
10 Julai 2015

AKU PULANG

Aku terpaksa kerana keliru
tadi aku lihat ombak memutih dan angin sungguh kencang melibas pantai
danau di darat kelihatan sedikit goyang
seminggu ombak berbunyi, seminggu lagi senyap sepi
memercik pula tanah bencah yang dilubang oleh kederhakaan perang
malangkah nasibku?


aku terpaksa menyerah diam
mencangkung di tengah-tengah simpati
silap hari atau suatu hari nanti kebenaran terbukti sendiri
dalam keadaan politik, sosialitik, ekonomitik sekarang...
itik-itik sedang berenang di kolam
masih adakah ikan di dalam
atau terpaksa itik itu kupanggang
bagaimana jika dibiarkan
oh... semacam cerita seram.

Aku pulang.

Friday, July 10, 2015

to Rose

I've never;
never promised you a Rose garden...
but a garden of love.

with Love,
Mama.
26th May 1982

SUPERSTAR

Kerut di pinggir matamu mendahagakan aku
pada kenangan lalu
kerut itu seiring hari-hariku
menenggelamkan aku dalam lamunan
saat sepi dahulu


tatkala hujan mendendangi atap asbestos
kudakap atas katil kapok murahku
hadiah kepada minatku
dari ibu yang sangat mengingini
aku jadi superstar...

aku gubah lagu,
aku sematkan lirik syahdu
semarak jiwaku tanpa haluan ketika itu
mengucapkan hasrat ingin bercinta
pada ketika itu mungkin hanya babu menghargaiku.

T-REX

Pemimpin boleh dicari; ganti, institusi terus kekal abadi.
Sejarah pula membukti; hayati, sedangkan T-rex pupus tanpa simpati.

KENAPA TIDAK BERSAMA

Lukis telah rela tinggal lagi warna
hati telah cinta namun kenapa tidak bersama

tinggallah keping dan tinta bara
aku selam sendiri warnai diri nan melara...

Wednesday, July 8, 2015

Matius 24:35

Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu.

Matius 24:35

APA

Duduk termenung menangiskan apa
apa yang kau tangisi
tangis apa itu
apakah ia hanya tentang apa
sekadar alpa
kenapa
bagaimana jika tiada
apa yang ada
apa?


Apa yang paling penting sebenarnya
nan terutama.

Dia. Tuhan yang tiada rupa... namun kau tetap percaya.

Monday, July 6, 2015

MONA FANDEY

Aku tak ingin...
tak inginku ungkit kembali fakta murka.

Hanya untuk kau kenang; Mona
ayu seperti juga wanita lain
punya impian untuk berjaya; ingin jadi penyanyi.

Seorang isteri yang sangat mencintai suami dan dalam autografnya berbunyi: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.”

“Saya nak senyum.” ...lalu digantung.

~Ubahsuai dari petikan blog "Nota Terakhir Mona Fandey" oleh Que Achmad (2014).

POLITIK

Di sebalik kejayaan seorang lelaki
adanya wanita di belakangnya; begitu juga dengan kegagalannya.

Politik.

TUAN

"...anda berkhidmat antara satu sama lain, kerana yang menjadi 'tuan' adalah cita-cita idea anda."

A. Samad Said, 2015.

MELALUI POLITIK

"Anda tidak boleh mengubah negara melalui apa saja cara kecuali politik."

A. Samad Said, 2015.

BAHAGIA

Tanjung rambutan aku berserah
biar gila,
yang penting bahagia.

Wednesday, July 1, 2015

DEKAT DI HATI BENCI

Tiadaku sesali tanda diberi pada hari itu,
tahun empat puluh lapan aku lahir
pagar kuharapkan jaga padi
berubah pegar insani
makan padi
tikus-tikus dipenjara atas nama nabi
impian ditakluki turun termurun
semakin menambah umurku semakin kuatnya pengaruhmu
sepetik jari,
hujan ringgit cukup hingga kebuluran
wajah nan antik dijual hingga ke pelusuk pertiwi
harum slogan di bulan hairan angkasawan terhidu
laungan jauh kedengaran
beginikah lelaki sejati?
tidakku sesali tanda yang dahulu mengalir bersama arus sungai jernih,
kini sungai tadi mati berhenti
ditenggelami dan ditahan kumpulan besi
hati besi keterlaluan sehingga berkarat bersama puisi
tidakku sesali...
namun aku tidak mengerti,
bagaimana masih arus itu berjaya minoriti
mungkinkah kerana api yang mati?
aku seru kamu berhati-hati
lain kali
dalam diam dekat di hati benci!
X bukan sahaja atas nama intergriti, juga pengasih
aku mahu disayangi.

Tuesday, June 30, 2015

KHAN...

Parti kaum
semakin tenggelam
parti sensasi menambah resepi
jadi,
siapa kau pilih
Mary? Budi? Khan...

AJI NO MOTO

Kita bisnes separuh mati
dia jual hanya plat nombor,
untung sepuluh juta
siapa kita?
tauke garu kepala
aji no moto
kena jual sampai mati.

TEMPAT KEDIAMAN

Naik roket menakluk bulan
dengar-dengar Sinabung berang
masihkah ada gegar-gegaran
sejak semalam
hatiku bimbang
aku mahu tempat kediaman
bukan terperam dalam dewan.

SEMUA DIAM

Suara tenang naik hairan
suara berang naik pula penangan
sana hello sini hello
Azwan melenting 'opocot menate'
kilat sambar ribut langgar
semua diam tunggu perang.

NAIK LAGI

Naik lagi,
...naik lagi?
naik lagi!
aik, naik lagi... naik lagi.
Naik
aik
ik
k
Lagi
agi
gi
i
.
.
.
!
Naik roket belum tentu pun sampai di bulan.
Timbang ditimbang sama si Kadir.

TAUTKAN SETIA

Hai,
kamu...
lukiskan aku sekeping mimpi
sebutir seksi


Mari,
dekat sini
keliling aku
dan lihat pada lensa itu

Katakan,
'seksi...'
senyum, kaku dan terus berbunyi
lakukan untukku

Terima kasih,
sudi bah datang lagi
di Shangri-La
kita tautkan setia.

Sunday, June 28, 2015

SEMAKIN JATUH AKU

Untung akalnya aku
patah bicara telah jauh meninggalkan aku
setelah di laluan itu jejak memaku aku
tidak lalu berkata aku
alun pepatahnya lagi berbisa petah memukau aku


semakin jatuh aku...
jauh lagi perjalanan dan hela nafas aku
dia pernah tempat berguru aku
dasar guru lebih tinggi ilmu dari aku
aku, semakin jatuh aku

ibarat lelaki memandang wajah aku
mencarikah dia bintang dan seri muka aku
atau jijik dia pada aku
jerawat batu diumpamai manis konon aku
malu dan semakin jatuh aku

lima baris kedut dan masuk empat rangkap umur aku
hari itu jatuh aku
semakin jatuh aku
segala usaha tanpa mahu mengaku aku
meleburkan segala beku kebanggaan dan jatuh cinta aku...

(...setelah membaca puisi Cikgu Ismail Ag. Piut,
aku mahu duduk-duduk di situ
sampai tua aku.)

Saturday, June 27, 2015

KAMI WARGANEGARA!

Rambutku sudah semakin putih
menulis tidak semakin jerih
aku melihat titi masa
semakin kuat bersuara
pencerca hati memerca


semakinlah kuat cerca bersuara
aku,
si kerdil dalam kelompok nan teraniaya
dipermain dengan kata-kata
diterjah pada hal-hal tidak munasabah

aku mengerti
dalam diam kami mengerti
belum lagi kami perih
nanti
akan terbukti

kesempitan yang ada dalam minda
perlunya kita rebah
agar bangkit dan percaya
kita seharusnya bersama
dalam sebuah negara nan dewasa

Kami bukan pembinasa, kami warganegara!

Friday, June 26, 2015

Hai...
PENGUMUMAN

Saya menyediakan perkhidmatan buat puisi dan lirik lagu.

Harga,
untuk puisi, ia bergantung pada citarasa anda.
Jika hanya puisi tanpa cetak untuk simpanan peribadi lingkungan harga 5 - 10.
Jika untuk hadiah, ilmiah atau publisiti, lingkungan harga 25 - 100.

Jika puisi perlu dicetak dan dibingkaikan secara kreatif atau bingkai biasa, lingkungan harga 50 - 5000.

Harga,
untuk lirik lagu tujuan publisiti dan berkeuntungan, lingkungan harga 1000 - 100000. Main peratus? 5 barangkali. Kita runding. Sila sertakan 'minus one' untuk tujuan ini.

Orang tengah diterima dengan syarat situasi menang-menang.

*Contoh puisi atau lagu yang telah dicetak atau bingkai atau nyanyi akan dipamerkan nanti.

Sekian. Bah, kasitau kawan...

Thursday, June 25, 2015

WAJAHLAH HENDAK KURANAH

belumpun sempat kulonglaikan diri
sungguhpun masih ada ruang jiwaku takut
pasal kecewa,
sejutapun kata menyapa
aku sudah kecewa...

tali kerbau kugenggam serah
bergantung nyawa hanya lagi seketika
ada harum menusuk tulang rangka
irispun menebar
arah tanah

entah dari manapun dia
seakan lari-lari bersembunyi
itukah buku yang penuh cerita
sensasi apa yang tertulis di dalamnya?
hati sepi seketika

wajahlah hendak kuranah
rambutnya umpama dedayang syurga
pakainya biasa-biasa sahaja
aku harap dia lama menelaah
agar akupun lupa tentang hati patah

Deklamasi Puisi AMBIL AKU

https://youtu.be/2hUxuo4pDAQ


Wednesday, June 24, 2015

JANGANLAH

"Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.
Janganlah cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya.
Janganlah cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui pelbagai rintangan untuk menghargainya."

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Johor.
26 Julai 2014

SUARA GEMPA

Juta telah umurku
kamu...
perlu tahu
jangan enak membuntu
bagai bisu


kamu perlaku aku
umpama tubuhku selamanya untukmu
kau tebuk sedalam jantungku
kau robek kulit-kulitku
kau cantas mahkotaku
kamu tahu
namun terus buat tak tahu

lihat aku!
lihat bukan tempatmu
lihat aku,
dari angkasa pilu

maafkan aku
waktu bertemu waktu
tidakku mahu berlaku itu
maafkan aku
lesu bersama waktu
sakitku tidak mengenal waktu
maafkan aku
jangan kita bermusuh
kau dan aku sepatutnya bermutu.

TARIKH BERSAMAMU

di bawah bayangan pohon sembilu;
melakar langit biru
mengukir akar rindu
menggenggam dingin salju
menghembus angin lalu
mensyukuri nikmat penciptaku
dan selalu aku menunggu tarikh bersama-Mu.

Tuesday, June 23, 2015

AKU BANGGA

Anaknya telah rasa kaya
bapanya daripada susah
lihatlah...
anak mereka ikhlas terbuka
tiada kecewa
aku bangga.

TUN TEJA

Kulihat gunung saujana
hati bermain kata
kulihat lekuk aksara
namamu sajak Tun Teja.

BERBAIK SANGKA

Cukuplah,
cukuplah dengan apa yang ada
selanjutnya
biar takdir yang rangka
semoga dia berbaik sangka.

KAYA

Mengadu susah
tapi teruk berbelanja...
mesti kaya.

TIADA MERANA

Anaknya telah rasa kaya
segalanya telah sedia
apa lagi
kalau bukan dadah
tubuhnya indah
beli dadah tiada merana.

BIAR KAKU

Dakap daku...
di dadamu mahuku mengadu
biar kaku waktu.

LEBIH DULU

Matamu merayu
sayangi aku...
tidak kau tahu,
aku
lebih dulu.

MATI

Masih aku mencari
sajak
sesang merpati
masih mahu mengerti
apa itu mati...

KERAJAAN

Carilah dulu kerajaan syurga?

EMBAL PEGAGA

Harummu berbau syurga
kentutmu
bau neraka
wajahmu anggun permata
sikapmu
"embal pegaga".

DAMAI ABADI

Kucari
puteri mandi
seawal pagi...
yang kutemui damai abadi.

Monday, June 22, 2015

BERSABARLAH

Menanam aku satu dahan dari yang patah
tumbuh bercabang tiga
di bawah, tanah
bercadang lain arah
terus ke bawah...
asas yang kukuh memberi kebebasan untuk mereka terus mekar
Pasti semuanya berbunga
cuma tunggu masa,
bersabarlah...

BAHAGIA, KEMBALI UNTUKKU SEMULA

...tolong jangan kau hilang-hilang
tidakkah melihat si bintang di balik awan
ada aku di tapak bumi menanti
kehilangan yang pasti
kemeriahan
dinanti-nanti


Bahagia,
kembali untukku semula
usahlah dusta
betapa kedut muka dan warna rambutku rekah
hati yang dulu kaku luka
tiada daya berbunga semula
hanya kau diusaha dan didamba

jika benarlah dan memanglah tidak kau kembali semula
baiklah...
lurah tinggi akan kucari
jika berani
lori-lori dan kereta api akan kutemui
jika berani
pisau akan kuhiris hingga perih mata memandang
jika berani
tali kuutuskan di pohon tinggi
tempat aku bersemadi
mungkin lebih baik mati.

SIAPA ORANG ITU

Siapa orang itu,
sehingga ombak dan danau taat kepadanya?

LANGGING

Akankah
apabila kubaling mata pancing
dari tebing
ada langging berpaling?

KECUAIAN

Aku dari semalam lapar
bangun dan ke pasar menanti kecuaian
meminta tidak membantu
malah dicaci dan halau
hanya kerana sekeping roti putar,
ke jauh sedikit aku
seberang jalan
menanti kecuaian...

dan jatuh sekeping roti
jatuh di tempat kering jauh dari lopak hujan semalam,
sungguh-sungguh berdiri aku dan terus berlari...
belum sempat mendapatkannya,
Nissan Vanette bertembung denganku
...
Tuhan berkata kepadaku:
Jika mahu kau roti lagi, berjanjilah pada dirimu...
lain kali jangan terus berlari. Pandang kiri dan kanan lebih dahulu.
...
Aku bangun,
di pangkuan ayah angkatku.
Di situ kami bermula...

SAMBAL BELACAN

Mangga aku, kau curi
ubi kayu
pucuk dan ubinya kau kebas
cili dengan tenangmu petik
aku, biarkan...
lain hari bila kucuri hatimu
mampukah
kau balas sayang?


Kerana aku tahu
engkau akan sediakan
jeruk mangga campur sambal belacan
pucuk ubi ditumis manis
isi ubi dikuih
nikmat cili tidak dipisah
seakan selamanya...

BIKIN SUSAH

Mungkin itu agama
tapi kau bukan manusia...

pasti itu bangsa
tapi kau pembinasa

bikin susah!

MAKAN ANJING

Anjing kau makan
kucing pun kau makan
makanlah apapun rasamu
tidak aku celah,
tapi jangan makan anjingku
kucingku juga.

UBAH ARAH

Politikkah indah?
Ketua dan kuasa dan mewah
banyak pendusta
satu dalam sejuta
itu sahaja kerja
janji dan minta puja...


Salah siapa?
Kitalah,
undi buta.

Kuasa Berubah Arah

BENCANA

Asal bencana
kiamat akan datang kau kata
sudah lama
banyak di sana
kenapa dunia masih ada?

MUHASABAH

Jika aku terlalu kaya,
aku beli Sabah...
MUHASABAH.

SEJUTA

Kau bukan saudara
tapi nah, sejuta.

SATU NEGARA

Sini kata
yang di sana
sana kata
yang di sana
kenapa, kita bukan satu negara?

NERAKA

Dia kata
ini indahnya agama
dia kata
ini kasihnya agama
kenapa, lainkah syurga dan samakah neraka?

Apa, lain juga?

MEGAH

Mega dan megah sungguh kau di pelabuhan
tunggulah di lautan.

PISAH

Setahun lalu cinta kau kata
semalam
pisah kau petah
kau ingat aku kisah?

KETAWA

Kupotong mangga
kau ketawa.

PROTON SAGA

Aku cinta,
pada ibumu
bolehkah aku kahwin dia
janda anak tiga
campur aku punya jadi lima.

Kereta kekal proton saga
warna apa, tanya orang Sabah.

LEPAS NIKAH

Teruna...
cukuplah manis bicara
mari berasmara

bila,
ini masa dara?


bukanlah
lepas nikah

ala...
pasrah si teruna.

Tuesday, June 16, 2015

SEMBILAN BULAN

Pada malam itu,
dua hati jadi satu
begitu pun aku
kembara di lohong gelap


menggapaiku nyawa
yang mana tidak pernah murah
lumrah,
semoga terus murba

sembilan bulan kubersama wanita
sepuluh hari hampir berpisah
resah...
ibu resah, ayah resah, aku semakin mesra

wah, inikah dunia!
sungguh luar biasa...
kini kembara dipohon cerah
semoga aku cepat dewasa, untuk menghargai wanita.

ARCA KEBANGKITAN

Benih jatuh
tegak ke tanah bencah
berdiri nanti rapatlah seni
akar dilaram kunampak tenang

menahan perit
masin nan garam


kematian membawa kusam
dahan penenang terbiar usang
aku datang,
nanti aku datang...
membina arca kebangkitan
agar kita senang

kau bantulah aku
jadikan harimu pulang
kembali gemilang
akan kuhalusi karang hingga terang
kukenalkan kepada pemenang
bukan orang kebanyakan.

Sunday, June 14, 2015

MARILAH

...diam sebanyak makna
baru kucelah sepatah kata
engkau bakal patah,
aku kekal tenaga,
kebenaran ada sama
marilah...


Marilah demi Malaysia.

DAP

Apa guna tulisan sahaja, lebih baik sertai parti politik.

(A. Samad Said, 2015)

ANDAI ESOK TIADA LAGI

Bayangkan...
ini hari akhir bagiku
patutkah lagi aku mengadu dan mengeluh
seawal subuh
detik terakhir beberapa waktuku


bayangkan,
ini hari akhir bagiku
patutkah lagi aku memandu ke meja kerjaku
setelah siap mandi dan makan pun tak lalu
detik terakhir beberapa waktuku

bayangkan
ini hari akhir bagiku
patutkah lagi aku meninggalkan keluarga
demi wang palsu, apakan tidak; wang hanya laku di negaraku
detik terakhir beberapa waktuku

bayangkan...
andai esok tiada lagi
patut apa yang aku lakukan
kata si bijaksana,
"Aku terus melakukan apa sedang kulakukan sehingga hari itu tiada."

Friday, June 12, 2015

RIBUT

...kudengar guruh berlangit
kujeling kilat melarik
bakal datang,
ribut: deretan hujan, angin, kilat dan guruh
pasti gemuruh
riuh...

Thursday, June 11, 2015

TRAUMA (Mengenang Tragedi Gempa Bumi di Ranau)

Telah tanah itu dilanda ngeri
dingin hari mampukah kunikmati lagi

telah ketul serpih kulangkahi
masih ingati jejak-jejak saat hatiku mati

telahku didatangi bakti budi
itukah ganti aku bernyawa lagi

telahku beritai warga bumi
dalam nurani ingin sekali aku noktahi

aku masih menangisi...
aku masih mendalami
masih empati
bagai mimpi siang dan malam hari
gegar terasa lagi
bunyi derum masih lagi menghantui dan dipandang-cari,
resah gelisah tidak mampu bersendiri.

ISTERIKU BERBAU IKAN

Dipotongnya bawang
juga
dihirisnya kantan
dan santan diperam
dia berbau bawang


digurisnya ikan hanyir sakan
juga
dipanasinya minyak makan
dan ditumis garang
hingga berbau halaman

isteriku berbau ikan
lepas makan,
kucium jari tangan
ucapkan...
sedap sayang.

Tuesday, June 9, 2015

ILHAM SECAWAN

Warna masih malam
pada jam satu maya belum mendatang
kakiku goyang jari berkulintangan
mata memeram
ilham secawan...

MALIM GUNUNG (Mengenang Tragedi Gempa Bumi di Ranau)

Dengan latar yang bercahaya dalam kelam
seperti masanya telah tiba
dunia bagai menerpa
namun mata
mata si malim gunung
kekal tajam tidak langsung kuyu


bengisnya terasa
apabila kulihat urat-urat kembang
kulit yang warna sawo matang nampak pekat
kupandang...
sangat yakin jejaknya
tidak ada yang mahu mengalah

bukan satu
bukan dua atau tiga,
seorang malim yang kecundang
seluruh persatuan akan bantu mengundang
seorang tanggungan dalam kecelaruan
seluruh batu di gunung dilakukan pencarian.

AMBIL AKU (Mengenang Tragedi Gempa Bumi di Ranau)

Waktu bertemu waktu
tepu terkaku aku
pada subuh kebas membisu
batu jatuh jam tujuh


tidak sempatku lalu
dia lebih laju
tidak terasa aku
batu jatuh menghimpitku

usah kamu mengeluh, tapi teguh
datanglah padaku
ambil aku
ambil aku sedaya kudratmu

kepada ibu...
maafkan aku kerna aku pergi dulu
aku kekal menunggu
seteguh Akinabalu.

BERGELANDANGAN

Mengenang nasib yang...
di depan,
di kiri,
di kanan,
nun jauh di sana
sibuk mengurus ikan untuk ditimbang
yang aku
duduk bergelandangan.

RATU CANTIK

...melihatmu
aku malu
terlalu indah bagiku

melihatmu
aku jatuh
selipar merapu depanmu

melihatmu
aku ragu
akukah lelaki idamanmu

melihatmu
aku lalu
pura-pura tidak mengaku

melihatmu
aku lihat cermin toyotaku
kelibatmu ratuku.

TERUS

...menunggul kunanti
menangguh berkali-kali
bila akan pasti
rasa cinta kembali.

MEMECAH SUNYI

Mengigauku sendiri
masih menanti si belum pasti
adakah terpaksa hingga pagi
tiadakah walau hanya sekati

mmm... dewi hati
tenang aku memerhati
panorama di bakau sepi
lonjakan udang sungguh sakti

masih aku menanti
si sekati
tidaklah tinggi hingga sekaki
cukuplah sekati untuk dikari

nyanyian para pari sedang berseri
batukan sendiri
memecah sunyi
terus menanti merentap tangsi.

Saturday, May 23, 2015

AKU DAN ISTERIKU

...tidur sebantal
tangan bergenggaman
sepanjang malam

aku dan isteriku...
bila siang jalan berduaan
berdua satu tujuan
sepanjang siang

aku dan isteriku...
duduk bersuapan
tubuh duduk bertentangan
mata memandang sampai kenyang

aku dan isteriku...
mandi bercucuran
bersimbah benih siraman
sampai kesejukan

aku dan isteriku...
tidur sebantal
tangan bergenggaman
sepanjang zaman

aku dan isteriku
bersatu dalam perkuburan
tenang dan aman
menuju tanah idaman.

Friday, May 22, 2015

TERJEMAHAN: LET HER GO

Sayang sekali,
engkau hanya tercari cahaya apabila dian hampir padam
hanya merindui hangat mentari apabila mulai salji
hanya tahu hatimu mencintai apabila melepaskannya pergi

hanya sedar
engkau pernah bertahap tinggi apabila kini terasa rendah diri
hanya membenci jeraya apabila engkau merindui rumah
hanya tahu hatimu mencintai apabila melepaskannya pergi

merenung di bawah gelasmu
mengharapkan suatu hari nanti mimpimu kekal
namun mimpi-mimpi datang perlahan dan pergi sepantasnya

engkau melihat dia apabila matamu tertutup
mungkinkah suatu hari nanti engkau memahami
semuanya yang engkau sentuh pasti pergi

sayang sekali,
engkau hanya tercari cahaya apabila dian hampir mati
hanya merindui hangat mentari apabila mulai salji
hanya tahu hatimu mencintai apabila melepaskannya pergi

hanya sedar
engkau pernah bertahap tinggi apabila kini terasa rendah diri
hanya membenci jeraya apabila engkau merindui keluarga
hanya tahu hatimu mencintai apabila melepaskannya pergi

merenung pada siling di kala gelap
ruang kosong di dada masih seperti dahulu
kerana cinta datang lambat dan terlalu pantas pergi

engkau melihat dia dalam tidurmu
namun tidak pernah untuk disentuh dan untuk dimiliki
kerana terlalu engkau cintakan dia
dan terlalu dalam menyelami...

TERJEMAHAN: SAFE AND SOUND

Aku ingati air mata itu
yang jatuh linang pada wajahmu
tatkala kukatakan kepadaku, "Takkan kau aku tinggalkan"
apabila semua bayang itu hampir membunuh cahayamu

turut aku ingati katamu, "Usah biari aku sendiri"
namun semua itu dilupai dan pergi
dan kini sendiri...

tutupi matamu
matahari sudah mula benam
engkau akan baik-baik sahaja
takkan ada lagi mampu sakitimu

hadirlah sinar dinihari
kau dan aku,
jauh dari percubaan...

usah kau paling ke luar jendela
sedang berbakaran segalanya
perang yang ganas menghampiri pintu rumah
bertahanlah...
bersama mazmur ini
walau nanti irama akan hilang
hilang.