Saturday, March 3, 2012

APA LAGI KU CARI

Lepak sahaja di petang yang renyai,
Tadi lebat rintihan hujan,
Cari makan terpaksa redah berjuang,
Hidup basah di tepi lautan.

Ayuh beri aku buah fikiran,
Perlukah semua berganti baharu…
Senang sayang,
Tidak perlu.

Ada perkara perlu diperbaharu,
Banyak juga dibiarkan sahaja,
Seperti baju kau ganti baharu,
Kereta jua boleh cari yang baharu.
Tercabut kuku ganti nanti yang baharu,
Radio berteriakan Selamat Tahun Baru.


Pecah pembesar suara beli saja yang baharu,
Rosak komputer banyak yang baharu,
Rosak hati kau tanggung sendiri,
Ombak rindu? Ra-One? Superman 2012?
Angry birds? Samsung Galaxy 7?

Sayang,
Tetap sayang…
Bolehkah diperbaharu?
Cinta…
Boleh baharu.
Sayang…
Ku biarkan sahaja kekal begitu.

Apa lagi ku cari…
Manusia memang suka yang baharu.

No comments:

Post a Comment