Di padang besar,
Dua insan turun basikal,
Melebarkan alas mahu tukar acara,
Duduk berdua,
Samping bersama,
Ilham di awan kasih dijalin sayang.
Putaran masa tidak diendahkan,
Bumi jadi milik kita sahaja,
Dilupakan kehuruharaan,
Kezaliman dibiarkan,
Asal kau dan aku,
Selalu...
Dekat antara sesama.
Kadang kesepian seperti melupakan,
Bukan...
Sepi itu indah,
Jika dilalui dengan hati terbuka.
No comments:
Post a Comment