Tidak ku nafikan,
Wajahmu buat hati ini tergoda,
Oleh kerana mata...
Tapi belum aku menjatuh cinta.
Ku beri jalinan ini suatu peluang,
Untuk engkau bersama aku,
Seketika..
Sementara menanti cinta,
Suka memang sedia ada.
Suatu hari...
Aku tergamam lihatmu melepaskan rasa amarah,
Tertanya hati kecil ini,
Kenapa dengan dia?
Sesudah itu,
Terdengar laungan kerasmu di dalam ruang itu.
"Kerana kamu sakitkan hati dia,
Akan ku hapuskan segala-galanya milik kamu!!!
Pergi kamu dari kampung ini!!!"
Aku tahu maksud itu.
Sebentar pagi aku digoda untuk pergi dari sini.
Kampung halamanku.
Demi kemewahan dunia penuh tamak haloba.
Aku berpaling... arah rumahku,
Ku tujukan kata padamu,
(membelakang) "Cukuplah... mari balik."
Di saat itu,
Hatiku telah terbuka untuk menerima jati cintamu.
Gerak pejuangmu,
Mengagungkan falsafah cinta Kung Fu.
No comments:
Post a Comment