Friday, December 28, 2012

PEDIH DI SANUBARI

Ku paksa diri menyampaikan lagu,
Ku tahu suara ini tidak semerdu duyung,
Tari ini sekeras buah kenanga,
Senyum terhiris,
Dalam hati mahu cepat berlalu.

Dalam satu tubuh,
Di situ ada kepedihan,
Sangat menyakitkan bila pedih di sanubari.

Hendak ku capai cahaya syurga,
Hendak ku gapai haruman syurga,
Tidak mampu,
Ku sangat tak mampu,
Lagi...
Sesalan sudah diduga,
Kepedihan terus aku rasa.

No comments:

Post a Comment