Sebelum kau pergi,
Di sebalik pintu ini aku meminta,
Ketuklah pintu kamarku,
Katakan kau suka aku..
Aku begitu,
Suka padamu.
Perlukah ku nyatakan apa?
Semua tentangmu, sayang...
Sungguh sedih menahan kata,
Tidak rela ku lepaskan dinda,
Sebegitu sahaja.
Dari jendela berbayang tubuhmu,
Bersiap pergi,
Kerana hatimu pilu..
Seperti aku,
Tidak percaya,
Pada keistimewaan cinta kita.
No comments:
Post a Comment