Monday, December 17, 2012

KERAMAT USANG

Nyaman siang di tepian lava,
Suatu waktu itu,
Duduk berdua mengisi ruang hidupku,
Bawah sinar...
Setelah subuh pergi.

Pintu kecil di ruang segi,
Kayu beruti dijadi tema bumi,
Petang hari mencari rezeki,
Ikan dibakar,
Diulit sambal belacan.

Kerana kemajuan desa,
Rumah ini telah ku tinggalkan,
Atas pinta keramat,
Usang kini jadi memori silam.
Tidak berulang,
Berulang tidak lagi sama.


Tak ternilai yang muda atau lebih lama,
Telah lama penuh wacana,
Tak ternilai erti cinta sulaman,
Mata indah seiring senyum menawan,
Setahu aku...
Mata lebih lama ku pandang,
Senyummu jangan ragu-ragu.

Kerana;
Suatu tatapan jadi berharga,
Melebihi kata,
Senyumku pula berbisik suka.

No comments:

Post a Comment