Friday, December 28, 2012

TERBIT

Hendak ku kata lagi padamu,
Ku tahu sungguh beribu telah kau tepu,
Ku tunggu diam..
Tidak jua boleh diriku,
Ku tak tahu kenapa engkau di hatiku.

Oh... cinta sungguh mengasyikkan.
Setiap insan suka padanya,
Kerana rasa itu buat hati rasa nyaman,
...jika bermula.

Ku terbitkan suasana mula,
Seperti yang selalu ku rasa,
Igauku padamu,
Semakin menjadi-jadi,
Bila..
Ku lihat muka,
Ku lihat mata,
Ku lihat dirimu..
Bila..
Kau tiada,
Ingin setiap masa aku mencarimu,
Tahu pergerakan manamu,
Harapan kau sentosa dan selesa.

Hendak ku satukan sebuah kata,
Namun seperti membuat kaca,
Siap 'kan terbenam jua. Terbit...

No comments:

Post a Comment