Bila dua hati sudah sebati,
Meleraikan ia amat sukar...
Maafkan aku,
Mungkin selama ini,
Aku melihat engkau hanya dari yang nyata,
Cinta boleh buat manusia jadi berpura-pura.
Setelah lama kita tidak bermanja,
Setelah masa mahu meleraikan kita,
Itu hendakmu,
Aku hanya menunggu.
Ku tahu hatimu telah tiada,
Itu yang kau beritahu..
Ku mahu hatimu dahulu,
Itu aku beritahu.
Belum lagi aku temui jalan yang punah,
Kerana sebati,
Memang benar susah dileraikan.
No comments:
Post a Comment