Sunday, December 16, 2012

ADA JIWA

Kali ini,
Ku cipta bait kata hanya untukmu,
Tanpa iringan lukisan indah,
Kerana...
Kata ini dari hatiku,
Untukmu,
Yang berjiwa seperti aku.

Kita tahu beza antara noktah,
Ada berhenti,
Ada terus berlari.

Jangan hentikan,
Bila jiwa itu adalah milikmu,
Biar harta di bumi tiada,
Yang cuma ada jiwa.

Ku tahu engkau di sana,
Semalam kau inginkan aku berkarya,
Malam ini...
Pintamu aku tunaikan,
Bukan kerana diri ini,
Tapi kerana hatiku kepadamu.

Pernah ku tatap matamu,
Tanpa kau sedari,
Perlu kau tahu...
Kau.....
Jiwaku!!!

No comments:

Post a Comment