Wednesday, December 12, 2012

TIDAK TERKATA

Perahu kecil berlabuh petang,
Dari semalam bersauh di lautan,
Meniti hari hidup pembilang,
Disambut senyum buat lelaki kenang.

Dalam putaran hidup yang senang,
Ada hari hidup sungguh bertaburan,
Di sana pinang,
Sini dedaun sirih,
Bersatu jua namun dibuang sayang.

Ada ingin aku katakan,
Namun ku tahu ia buatmu muntah,
Kerana sudah berkali ku bilang,
Senang berkata digenggam berzaman.

Tidak terkata...
Ku sampaikan dari cahaya,
Bila terbit nanti,
Kau tahu,
Aku sentiasa mahu bersandiwara.


No comments:

Post a Comment