Tadi ku lihat berdua memancing,
Selisih gurau penat lelah menunggu,
Ikan tak memakan umpan,
Peti ais ku buka,
Meneguk secawan untukmu.
Kelu lidah..
Tidak tahu hendak dibual apa,
Ku beranikan diri tanya khabar kampungmu,
Adakah ibu sihat menyapu,
Masihkah ayah ke sawah bertani.
Terjawab satu persatu,
Ku tunggu tanda tanya darimu,
Sambil memandang jauh ke turus benua,
Ku hunus joran,
Ku semat dekat denganku.
Dibuai ombak,
Tiba-tiba disamun sang lanun,
Tinggal diri,
Yang lain dibawa pergi,
Ketawa..
Begini mungkin hari ini,
Ada hari untuk setiap hati.
Tenang mata memandang..
Walau beribu beban di bahu ini,
Sekali sahaja ku lihat dirimu,
Hatiku rasa senang,
Ringan seringan senyummu sayang,
Selalulah ada di dalam hidupku,
Kerana bila dahan ku hampir patah,
Hanya pandang matamu,
Ku tahu mata itu turut memandang,
Seperti biasa..
Dari mata turun.. ke hati.
Dari hati ingin setubuh denganmu.
No comments:
Post a Comment