Friday, December 28, 2012

JATUH ASMARA

Dalam aku berduka,
Setelah berkali-kali dirundung sepi,
Engkau pelawa aku pergi berjalan-jalan.

Ke Istanbul.....
Tidak ku harap cinta berputik di sana,
Hanya untuk berbuai di buaian kayu,
Diiring oleh tali berdaun,
Di bawah pohon seratus tahun.

Buai laju-laju...
Tidak ku sangka,
Yang teman mahu jadi mesra,
Kepiluan tadi telah jadi misteri,
Hilang..
Di lorong yang sibuk.

Seminggu dua seperti telah lama,
Bila dua hati,
Jatuh asmara. Jangan lupa hati pernah berubah...

No comments:

Post a Comment