Di sana aku syahdu kerinduan,
Bahu itu mengingatkan dirimu,
Insan yang aku damba,
Ruang aku bermanja.
Ada titik jarum dahulu,
Ketabahan hati kecil yang lalu,
Ada bulu halus di situ,
Ku dekat sayu ada harum kulitmu,
Juga tepuan lemak berpadu,
Terbayang engkau kandung anakku.
Ada rasa yang mahu di situ,
Bahumu...
Sentiasalah di sampingku,
Ku tundukkan dahi ke bahu sayangku,
Kekebalan hatiku jatuh memohon restu,
Maafkan aku,
Tangismu,
Jadi kelemahan diriku,
Bahumu...
Tempat aku mengadu..... selalu.
No comments:
Post a Comment