Monday, July 23, 2012

TUTUP MATAMU

TUTUP MATAMU

Aku seperti mahu menggila,
Bila minda sangat terbatas,
Untuk melakukan tugas harian,
Minda tepu..
Tersekat segala madah.

Ku pohon bantu darimu dinda,
Namun membisu,
Bagai berkata dengan pokok getah,
Ditoreh pagi mengalir susu,
Luas terkata sepuluh juta.

Lena ku cari untuk membiarkan,
Masa berlalu juga tidak membantu,
Kerana aku perlu bekerja,
Sehari satu sekurang-kurangnya satu,
Untukmu..
Sempena perpisahan itu.

Di mana lagi ku cari ganti,
Berjuta bintang sebilangan bulan,
Tidak sama, tidak sama...
Bila matamu terpendam semalam,
Aku tahu hatimu renang,
Tutup matamu,
Kenang sewenang-wenang...
Kisah itu milik kita,
Walau hanya bermain di dalam minda.

Tutup matamu..
Aku sudah di depanmu.

No comments:

Post a Comment