Sunday, July 22, 2012

MENITI HARI

MENITI HARI

Tidak lama lagi,
Tua ini sedang menanti waktu,
Kini masa untuk mengimbas lagi,
Dari mula dahulu,
Sehingga hari ini berdepan dengan...
Kenangan silam.

Indah...
Hidup ini penuh keindahan,
Jika dilalui dengan tabah dalam masa abadi.

Ku kenang zaman si kecil,
Tidak tahu sampai ke sini,
Banyak masa bermain-main,
Lari dan berlari-lari..

Ku kenang zaman sekolah,
Ramai kawan suka dan duka,
Main lagi..
Remaja mula ku sedar,
Ada duka dalam kehidupan.
Cinta mungkin sudah berputik,
Ingat wajah budak-budak remaja,
Naif...

Sungguh indah..
Seperti air sungai mengalir jernih,
Sejuk bersih nyaman dan sentosa,
Kekalkan begitu,
Untuk pewaris nusa dan bangsa.

Dewasa ini,
Dunia bagai hanya duit dicari,
Harta kebun ladang juga pelaburan,
Sentiasa dibincang sesama sendiri,
Duit, duit.. duit.....
Atas berbagai alasan.

Si tua ini,
Duduk termenung,
Ingin mengingatkan mereka,
Bukan itu jadi bahagia,
Bahagia dan kepuasan hanya berlaku,
Jika kita terima seada-adanya,
Gunakan sekadar yang perlu,
Beri kegembiraan kepada insan yang perlu,
Yang tak kisah,
Biarkan sahaja..

Sambil ku meniti hari yang semakin sedikit,
Senyum ku berikan selalu kepada sesiapa,
Ku ucap salam tiap pertemuan,
Ku beri kata sepatah dua,
Sekadar mengingatkan,
Agar hati sentiasa senang,
Agar ku tenang pergi selamanya.

No comments:

Post a Comment