Thursday, July 5, 2012

SELEPAS SELAMANYA

Image Detail

SELEPAS SELAMANYA

Bertahan lama dalam hati ada kamu,
Langit yang kelabu,
Bakal jadi marah,
Semua harta jadi tidak berguna,
Hidupan akan berkecai musnah.

Lalui hidup untuk hari ini,
Jangan lagi kau fikir hari telah lalu,
Jika mahu,
Itu mahumu,
Aku tidak boleh bantu.

Ku utus surat maya untukmu,
Satu tujuan,
Untuk merujuk engkau,
Yang lalu kau marah aku,
Aku tenang diam mengenang.

Hari ini,
Bila kau baca nanti,
Aku ingatkan untuk pertama kali,
Jangan hilang tahanku,
Jangan marah jadiku,
Kerana...

Akan ku sumpah langit dan bumi,
Akan ku jampi bertemu misteri,
Dahulu bintang ku puja semati,
Bulan terang ku puji lagi,
Sinar mentari setiap pagi,
Merdu siulan jadi bisu kembali,
Hijau alam menjadi debu,
Bumi meletus tiada batu,
Semuanya...
Ku tetapkan tamat menjelang esok!!!
Selepas selamanya,
Hilang dan redah sudah marahku,
Tiada wujud lagi yang wujud dahulu.

No comments:

Post a Comment