Thursday, July 5, 2012

SEHINGGA JADI BATU

Image DetailSEHINGGA JADI BATU

Setelah masa berlalu,
Sejak kepedihan menghancurkan,
Cintamu..
Bila segala rasa jadi binasa,
Aku bersalah...
Kerana membunuh setiamu.

Maaf tidak lagi mampu ku kata,
Sudah tidak bermakna bagimu,
Maafkan aku,
Aku bersalah padamu.

Hendak ku jelaskan dari mula hingga akhir waktu,
Namun aku fikir,
Tidak ia membuka lagi hatimu,
Kepadaku,
Namun dari engkau sayangku,
Semua daripadamu.

Aku lihat serpihan hatimu,
Di ruang jalanan,
Telah engkau bakarkan,
Melalui helaian kertas,
Yang disumpah agar tidak bermula.

Aku bersalah,
Aku sungguh bersalah,
Akan ku pikul beban itu,
Sehingga jadi batu,
SEHINGGA JADI BATU.

Melebihi semua itu,
Hatiku kekal padamu,
HATIKU KEKAL PADAMU.

Engkau tidak tetapi aku...
Percaya padaku.

No comments:

Post a Comment