Tuesday, July 10, 2012

HANYA AKU SAYANG KAU SEORANG

Image Detail Bila engkau tiada di sisiku,
Aku gembira...

Senyum sayangku,
Muka begitu sudah ku sangka,
Ayat itu belum selesai,
Kerana,
Bila engkau ada di sisi,
Aku sangat gembira,
Tiada kesayuan bersama dirimu,
Keranamu,
Aku sentiasa ceria,
Seceria sifatmu,
Bila duka,
Aku turut berduka.

Bila jauh ku tutup mata,
Dalam hati ku rasa engkau ada di sini,
Di sini,
Dalam dadaku,
Di sana terasa sayang menusuk kalbu,
Meriah terang di gurun ini,
Australia...
Di sana kita bertemu.

Wahai angin lautan Pasific,
Sampaikan salam kepada lautan Hindi,
Layarkan cinta sayang padanya,
Katakan padanya,
Hanya aku sayang kau seorang..
Hanya aku sayang kau seorang,
Hanya aku sayang kau seorang...
Tiga kali,
Supaya dia mengerti.

No comments:

Post a Comment