Sunday, September 15, 2013

YANG HILANG

Terbangun..
kerana terlalu ingat padamu.
Semalam..
tak lalu kumakan,
kerana wajahmu sudah cukup,
jadi hidupku.

Mimpiku..
memang tak lena tapi selalu ada.
Tangisku sudah sering terasa…
Bila mata terbuka,
realiti..
telah jadi hambar tawar.

Hariku..
hari-hariku yang pernah hilang,
hampir aku lupakan..
dia datang bawa harapan,
dia tak tahu,
aku pernah kehilangan.
Perlukah si dia tahu apa yang hilang? 


No comments:

Post a Comment