Thursday, September 19, 2013

NAFAS BAHARU

Sebaik sahaja kakiku berpijak,
di bumi nyata,
tanah kota larangan,
di sinilah bermula,
kedinginan pada kenangan lalu.

Sini jua..
akan kubuka hatiku,
yang selama ini tertutup,
dihempas taufan cintaku,
dulu.

Akan ku lihat tinggi-tinggi ukiran pagoda,
akan ku lihat betapa besarnya simbol istimewa,
akan ku lihat infiniti keterbukaan,
untuk mengagumi.

Hello Beijing..
di sinilah pusat segala cipta,
andailah dapat ku cipta semula,
detik cinta yang pernah ada,
namun ku tahu... ia telah tiada.

Datang pula kau bawa aku nafas baharu,
(bisikmu..)
Percayalah padaku,
ker'na ku tahu..
jalan ini nampaknya rapuh,
tapi percayalah,
ia kekal, lebih dari yang kau tahu.


No comments:

Post a Comment