Friday, September 20, 2013

DUDUKLAH

Bolehkah..

Berikan aku secebis roti yang kau makan,
kerana anakku dalam kelaparan..
berikan aku sehelai baju alas,
musim ini sejuknya berpanjangan..

Duduklah sebentar..

Ceritakan pengalamanmu tentang perjalanan,
kerana aku hanya mampu mendengar..
hanya mampu berangan-angan..
indahkah di luar sana?

Sukarkah harimu di dalam bangunan,
kerana aku tidak bekerja..
rumah pun aku tiada..
inginku kau datang setiap masa,
hanya engkau yang melihat aku..
yang lain,
hanya berlalu.

Mahukah engkau mengerti,
apa beza kita..
engkau kulihat usaha untuk dunia,
aku berusaha untuk,
dia...
Tapi, kita tetap manusia.


No comments:

Post a Comment