Tuesday, September 10, 2013

KAU FIKIR KAU SIAPA

Ku rasa..
belum sempurna ini rasa,
jika hanya muncul kata,
kurang lara..
situ juga.

Kalau dulu pernah aku kata,
kau ilham bagi mata pena,
telusnya ku kata..
hari ini ku cuba,
dari kelmarin aku memangkah,
kesampaian,
tidak mahu tiba.

Kau fikir kau siapa?
Kau ingat selamanya kita perlu bersama?
Tidak... pasti tidak.

Ku hasilkan wadah,
bila waktu berdua,
katamu..
engkau mahu tinggal sengsara,
baiklah,
kau pergilah..

Aku tahu engkau siapa,
di hatimu bersaksi dusta,
untuk yang telah kita lalu berdua,
aku redha.


No comments:

Post a Comment