Sunday, September 29, 2013

HILANGKAN SEGALANYA

Ke sana..
ingin ku capai impian satu puteri,
berlari hingga rambut mengurai,
sudah tidak terurus..
dibiar ditiup bayu gembira,
dengan senyum putera,
kau tidak mengendahkan,
terus mencapai,
dan cium aku.
Lalu berkata... kau suka aku.

Masih lagi kuimpikan...

Setelah tangan ini kau lepaskan,
hanya selangkah lagi,
kufikirkan segalanya jadi kenyataan,
tidak tahu hatiku bahawa ini..
hubungan ini..
mendukacitakan.

Hilangkan segalanya...

Mampukah aku hilangkan segalanya tentang kita?
Semacam tidak mampu,
kulihat hati ini jatuh di depan mataku,
kulihat jua senyumku..
terus menghiris wajahku,
ngilu,
alang-alang sembilu.
Masa pasti membantu...


No comments:

Post a Comment