Saturday, December 24, 2016

BUNGA BERSERI

Adakalanya aku bermimpi
amat sukar meneruskan hidup
selang suatu masa aku berdoa
moga kita 'kan bertemu
s'moga kita akan bertemu

adakalanya aku bermimpi
amat sukar meneruskan hidup
selang suatu masa aku berdoa
moga kita 'kan bersatu
s'moga kita akan bersatu

namun yang pasti
bunga-bunga menari
menghiasi alam hidup ini
walau seminit aku berjanji
tak 'kan pergi dari sisi
tak 'kan pergi walau seminit

dengarkanlah
puisi tentang hidupku
usah biarkan rahsia cinta kita
berkocak di air tenang
namun siramilah ia
hari ke hari
agar terus tumbuh berseri.

MAS CARRA
Kota Belud, Sabah
20 Disember 2016

No comments:

Post a Comment