Saturday, December 24, 2016

KEPUTUSAN

Setelah lima jam aku duduk sendiri
detik waktu itu
genaplah
sepuluh tahun hidupku tanpa cinta
masa yang lama inilah masaku untuk
mencari diri
telah sedekad lalu terputus hubungan
cinta kata orang
berkata cinta pun aku jadi seram

berdirilah aku kini
masih memandang jauh ke hadapan
tapi...
bukankah yang jauh telah dijanjikan untukku
jadi sia-siakah sepuluh tahun lalu itu
kenapa hari ini hanya aku anggap sebagai proses kemenjadian
sedangkan hari inilah realiti
esok pun belum tentu ada untukku lagi

aku membulatkan keputusan
untuk menerima cinta kembali
ya,
pastilah pada rasa bahagia
seperti setiap kali aku lihat panorama indah
di bendang
di kolam
di lautan
di hutan
di pergunungan
di dalam aliran sungai yang mengerti
ketika waktu aku menyendiri
menangis dan meratap sedih.

Aku kembali mencari bakal isteri.

Bukan suka-suka;
aku mahu berkeluarga
aku mahu beranak pinak
aku mahu harta yang sederhana dijaga
ketika aku sudah tiada
dan doa bahagia
sementara aku melangkah ke alam teristimewa.

MAS CARRA
Kota Belud, Sabah
4 Disember 2016

No comments:

Post a Comment