Friday, September 21, 2012

RINDU YANG HILANG

Tidak perlu ku ingatkan semula,
Cerita mula bila aku tahu merindu,
Ku ingin kongsikan kehangatan dari malam ini,
Saat bila aku hanya bertemankan satu cahaya,
Tamadun kehilangan..
Suatu hati yang menyepi.

Selang masa beransur jauh,
Hidup semakin lama di bumi yang istimewa,
Begitu jua rinduku padamu,
Yang dahulu boleh buat diri di awangan,
Cinta dan rindu-rindu yang hilang,
Ia menjadi bila ku temui rindu yang baharu,
Tak perlu disesal rindu semalam,
Malam ini ku terima gelap alam dalam hidupku,
Kerana secebis cahaya mula menyinar,
Betul-betul di depan mataku.

Sambil ku lihat titisan jernih,
Bila hangat tiada,
Ia jadi wanita,
Sering disakiti namun tidak akan hilang.



No comments:

Post a Comment