Sunday, June 15, 2014

KERINDUAN

Awal lagi...

Telah hatiku bawa turun ke sana
ku bawa bayi kecil
ku mahu dia merasa,
apa yang pernah aku rasa.

Ketenangan sepi pagi
bila cahaya mula mengusik
panas...
berselindung aku di bawah rimbunan hijau.

Bersandarkan bayang-bayang
ku intai renang ikan
mata melihat bunga Teratai
terhidu harum dahulu.

Kerinduan melanda...
terlintas zaman indah
waktu wang bukan jadi igauan
berlari-lari tanpa kejemuan.

Onak duri dan lumpur ku gagah
syahdu rindu bertambah-tambah
harum sawah
buat aku terkenang pada hidup yang lalu,
sungguh pilu,
mahu aku ke sana semula...
sungguh mahu aku ke sana semula
hanya seketika.

No comments:

Post a Comment