Monday, July 8, 2013

SENJA PELANGI

Aku mahu engkau lihat sesuatu,
seperti hendak ku rasa yang itu,
namun..
aku belum mampu.

Bahu ini semacam lemah,
tak mampu aku berdiri teguh,
sungguh tidak mampu.

Kalaulah beban ini hilang ke tepi,
ada mungkin kau punya peluang untuk melihat aku,
dalam keadaan yang meriangkan,
seperti yang aku mahu.

Kusandarkan tubuh ini ke dinding,
dengan duduk pengemis,
melihat keadaan ini,
kabur..
disebaliknya ada suatu kepastian,
hanya kini,
ku hayati norma warna ini,
setelah senja.. pelangi ini akan pergi.


No comments:

Post a Comment