Friday, July 19, 2013

MAAFKAN AKU

Aku terus menjelaskan..
berharap engkau faham,
terus lagi cuba menenangkan keadaan,
sehingga aku tidak terkata lagi.

Walau setiap hari,
kuhadiahkan engkau seluruh indah,
engkau masih berdiam..
dengan muka berkerut kening,
dengan tangan berpeluk tubuh,
berkata dengan mereka..
biasa pula.

Aku tahu..
ini keranaku.

Maafkan aku sayang...
aku tahu,
kata, tidak lagi dapat menyampaikan makna,
airmata bergenang dan jatuh membasahi pipi,
kita berdua...
tidak lagi dapat berkata,
kerana hati terlalu luka..

Maafkan aku...
biarkan airmata berbicara,
bila bibir tidak lagi dapat berkata-kata.

No comments:

Post a Comment