Friday, July 26, 2013

BUMI NYATA

Tadi aku bermimpi..
rembulan dahulu aku rindukan,
kini tiba,
betul-betul kupijak tanah gersang di negeri orang.

Rasa kepuasan,
hanya untuk seketika...

Sedarku dari fikir ini,
Rupanya di sini tiada kehidupan,
bulan ada hidupnya sendiri,
aku pendatang dari bumi yang indah.

Ku cuba menyedut angin lautan,
tiada..
hanya ada kesesakan di sanubari,
hampir-hampir aku mati.

Setelah menyedari hakikat ini,
ternyata penantian jadi penyesalan,
setiap malam rindukan bulan,
lihat tinggi ke atas awan,
bintang cuba memberitahu..
di sini bukan tempatku.

Lebih indah bila di bumi nyata,
berbanding hidup dengan suatu penipuan..
pada diri.. pada bumi.


No comments:

Post a Comment